Total Pageviews
Saturday, 12 December 2015
DIA BUKAN JODOH KAU
ke tak gempak ehh??
entah la
he just so care about me. he got a feeling that I'm in problem. I don't know how. but seriously thanks a lot because care about me. I just like wanna cry when I heard his words.
ayat dia yang mengejutkan pada aku ialah "dia bukan jodoh kau"
hah?!!!
kau rasa seram ke idak? bayangkan kau tengah syiok sayang gila kat pakwe kau tetiba ada orang cakap macam tu kat kau. kau cemana?
em aku takde pakwe la sekarang ni. tapi tu la, ada orang yang dok suka kat aku je la.
aku tahu ada orang yang boleh tahu sama ada seseorang tu jodoh untuk seseorang itu atau tidak. sebab aku kenal orang yang berkebolehan macam tu.
dia siap cakap "jodoh kau orangnya kulit cerah"
wehhhh
meremang bulu roma aku dengar macam tu. aku tak tahu dia tu serius atau tidak. nada macam serius.
but, yaa anyway, kalau dah ditentukan itu jodoh aku, yaa itulah jodoh aku. kalau bukan, ya jodoh aku dengan orang lain.
apa yang aku tahu sekarang ni, aku just nak fokus pada diri aku dan family. kalau ada rezeki lebih kerja okay dan gaji okay, itu rezeki mak aku ngan adik-adik aku.
nak kahwin, emm lambat lagi laa. 4 tahun lagi. inshaaAllah. semua ketentuanNya. aku hanya memilih jalan yang terbaik dari pilihan yang ada.
easy. I don't want to think about love for now.
Wednesday, 9 December 2015
Saturday, 5 December 2015
BALDU BIRU
ella:
sehelai baldu biru
yang kau berikan dulu
lambang cintamu itu
ku simpan di kalbu ku
masih jua ku buntu
ooo buntu
cinta si baldu biru
yang ku dambakan dulu
ternyata hanya palsu
awie:
anggaplah baldu biru
semurni cintaku
kepada mu
sejenak ku teringat
saat manis ku dulu
bersemadi di hati ku
inginku bersamamu
seperti masa lalu
ku merindu
ella:
tangisan beribu
celaru ku celaru
rinduku menghantui mu
awie:
oh hampa ku hampa
cinta kau yang ku damba
melara oh hoo
ella:
malam terus kelabu
baru kini ku tahu
ella&awie:
bagai ditusuk sembilu
ooho
awie:
baldu biru itu
yang ku beri dulu
menghiasi kamarmu
ella:
malam terus kelabu
baru kini ku tahu
ella&awie:
bagai ditusuk sembilu
ooho
awie:
baldu biru itu
yang ku beri dulu
menghiasi kamarmu
ella:
baldu birumu dulu
membaluti tubuhku
awie:
ku terharu
ella&awie:
hooo
ku terharu
ku keliru
ella:
hooo
baldu biru
awie:
ku terharu
ella:
hoo hoo hoo
baldu biru
ku terharu
baldu biru
*typing while listening to the song and eating chocolate
Saturday, 28 November 2015
Saturday, 14 November 2015
TAKNAK KAHWIN MUDA
dah stop, jangan merepek sal!
7 nov 2015 starts mid sem break for a week. aku balik pulak ngengada pada awalnya berangan nak balik awal sebab kenkonon nak buat kerja lah, tak nak balik hari ahad sebab nanti penat lah, pape lah, lah lah. bila tiba hari ni, hari sabtu, jam 8 pagi.
aku : maa, boleh tak kalau nak balik esok? *sambil merangkak naik katil maa dan baring >.<
mama : *ambil bantal pukul aku. tu laaa haritu kenapa gatal sangat beli tiket bas hari sabtu?
aku : alaaaa. tetiba malas nak balik awal laa. kita g jela stesen bas mana tau ada tiket hari ahad ke.
kalau dah hari ni hari sabtu dan besok hari ahad, jangan berangan kau nak dapatkan tiket hari ahad sekarang ni!
sudahnya balik jugak lah hari ni.
sampai ktm serdang, cari teksi. santek! RM12 ke kolej serumpun. kalau RM14 pun aku bedal yang penting idoknye aku nak nunggu selama sejam semata nak naik bas UPM free!
pak cik driver teksi : tahun berapa dah ni?
aku : saya tahun akhir dah *aku jawab dengan habis lembut.
pak cik driver teksi: bagus la tu
aku : *ah sudah. ape yang bagusnya pak cik?
pak cik driver teksi : bagus la, lepas habis belajar nanti boleh terus kawin.
aku : nak kawin apenye pak cik. calon pun takda lagi. pak cik ada calon ka?
pak cik driver teksi : hahaha
aku : tak de la pak cik, saya tak nak lah kawin awal. saya nak kerja dulu. saya ada perancangan saya sendiri.
pak cik driver teksi : bagus la macam tu, jangan bila habis belajar terus nak kawin. cari kerja dulu. capai cita-cita dulu. nanti-nanti la baru kawin. nanti dah kawin senang. sekarang ni lelaki tak ramai yang baik. bila isteri ada kerja, lelaki takut sikit. lagipun, bila suami buat hal, si isteri takde lah susah sangat nanti. lalalalala~ ~ ~
sepanjang perjalanan dari ktm serdang ke kolej aku tu, pak cik ni bercerita. aku pun layankan aje lah.
bercerita dengan input yang baikpunyerrr.
yaa, memang aku tak nak kawin bila lepas habis belajar, paling tak pun tunggu la 3 atau 4 tahun lepas habis belajar. aku ada perancangan sendiri bila aku habis belajar.
kat sesiapa pun, maa, abah, mak cik, pak cik tanya bila nak kawin, aku jawab 3 atau 4 tahun lagi.
Saturday, 17 October 2015
PERSONALITI DIRI
orang yang memviralkan benda macam ni, buat aku terfikir, ni fakta ke auta? atau kebetulan? bila terviral, ada aku nampak list sifat tu katanya anak first la, anak second la, anak third la, semua anak la kiranya. lahaaiiii orang lain pun apa lagi, emm share dengan caption "aku share sebab aku macam ni" boleh dikatakan dia punya probability adalah besar hanya kebetulan.
kita sendiri tak tahu sebenarnya nak describe personaliti kita macam mana. penilai terbaik adalah orang sekekliling kita, sebab mereka ni yang tengok perangai kita macam mana. ada juga yang kata, kalau nak tengok diri kita, tengoklah siapa kawan kita, dengan siapa kita selesa berkawan yang kita boleh reveal perangai kita yang sebenar tanpa rasa awkward.
kadang-kadang even dengan family pun belum tentu kita boleh reveal perangai kita yang sebenar. ada orang ada satu perangai gila-gila bila dengan kawan sebab ada geng nak gila-gila, tapi dengan family kau nak gila-gila dengan siapa? kalau nak gila-gila pun boleh jadi sedikit formal haaa hahaha. ada yang lagi teruk, bila depan family cover habis. baik jer perangai dia.
ada yang kata, perangai kita sebenar bila kita keseorangan. hee tak tau tak tau.
dan mungkin juga ada orang yang boleh describe diri dia yang sebenarnya macam mana.
my lazy thought
Monday, 21 September 2015
FASILITATOR PROGRAM
bila dah final year ni kan, kekadang rasa rugi tak luangkan masa untuk join apa-apa aktiviti.
so, dengan cara bidan terjunnya aku pun setuju turut serta jadi fasilitator untuk program gerak ilmu pada jam 8 malam hari khamis. program yang aku nak join tu will start on the next day. it will be held friday till saturday at Sungai Congkak, Selangor. the meeting for facilitator is on 8.30 pm thursday. haha meanwhile I was planned to have lepaking with friend and have dominos.
friday, we left UPM at 4 pm by bus with 10 facilitators, 57 participants and less 20 of AJK.
malas nak cerita pasal program tu sangat. sebab banyak sangat nanti nak diceritakan. hee.
tapi malam ice breaking was sooooo havoc! hahaha
the next day, I love taking picture because the scenery was so nice and lovely. I wish to have a DSLR one day. okay, lets put it on wishlist! =D
the very fresh face without taking bath |
get ready for warming up |
biha with her bottle |
lets stop taking pretty face |
i love the grass, sooo green |
this is my group, Fibonacci which got award the manja group hahaha |
me is salimah |
when the half of my heart gone |
sis biha again. hahaha |
Saturday, 29 August 2015
DEMAM
Setelah sekian lama tak demam, balik dari setia city mall boleh pulak demam. Haih. Sebelum balik lagi aku dah rasa semacam ngan badan aku ni. Selera makan pun kurang dah. Padahal aku mang suka makan. Bila dah kat rumah, badan rasa panas ja. Bersihkan diri. Terus baring selubung ngan selimut tebal. Kipas pun tak de hala aku. Sejukkkk. Kaki lahaiii. Yang peliknya, badan rasa sakit2, tangan, jari macam tak boleh sentuh, sakit. Dah kenapa aku ni?? Aduhaiii
Nak buat cemana kan, dah nak demam. Terima ja. Kalau dulu masa kecik demam je pergi klinik ready. Dan doktor akan cakap, minum air masak banyak2 ye. Tapi kan, sekarang kalau adik aku demam pastu pegi klinik situ jugak, doktor tak suruh minum air banyak2, tapi suruh minum vitagen. Hehehe maju dah doktor sekarang ni. Air masak tak laku dah. Hahaha
Air masak penting dalam badan kita. Minum at least 2 liter kot. Seliter pun okay dah tu. Banyak wehhh. Jagalah kesihatan korang eh, kalau dah sakit, sapa yang susah?
Pikir pikirlah, dan selamat beramal. Wink
Wednesday, 26 August 2015
OH MY ENGLISH
hey
first of all , I'm so so sorry if throughout my short writing for this entry makes you like heh ? supeduper broken english .
haha sorry .
did or do you ever think about how far your english ? I admit , my english is in really bad state . and at this age , I try to improve my english .
in every language , vocabulary is the most important things . we couldn't understand the sentences if we don't know the meaning of some words .
Wednesday, 19 August 2015
PEREMPUAN MEMBEBEL BANYAK CAKAP
sorry , I just love to be so nagging for now . I don't know why *shrugs .
I just thought that you all dah dengar la girl yang dilabelkan with perempuan suka membebel , perempuan membebel merimaskan , perempuan banyak cakap and whatsoever la kan . hahaha
perempuan kuat membebel ni actually interesting tau hahaha *hope memuji diri sendiri
banyak cerita , macam tak membosankan sangat laa
just imagine la kan , korang yang boys ada kawan perempuan but your girlfriend ni senyapppppp je . cakap bila perlu , cakap ayu-ayu , senang cakap pemalu sangat la even korang ni dah kenal lama gila . here I didn't mean girlfriend is your girl buat just a friend lah . kalau dah memang jadi your girl mana maunya kadang nak having casual relay with their boys . am I right or not yeah . mostly macam tu lah . hahaha . kadang kalau banyak cakap pun korang akan jadi rimas jugak la kan . it is good if membebel ikut keadaan . jangan la everytime nak membebel . ye dak ?
taknak la cakap pasal orang kat sini .
nak cakap pasal myself lah . *ala-ala diri ni em femes ke you all hahaha
membebel is banyak cakap la kan .
me la kan . haha . me is so membebel . not all over the time but when needed . bila dapat mula cakap , emm tadah je la telinga korang wehhh . BUT orang yang tak kenal me will thought me is sombong . yeah , I admit la , muka I ni agak kerek la . ehh kau jah , tak kenal memandai ja cakap I ni kerek .
kita ni hidup kena banyak cakap , kalau hidup ni diam je , member pun malas nak dekat . pastu membosankan pula .
tapi kan tapi kan , kalau banyak cakap sangat pun tak elok . sebab kalau tersalah cakap boleh mendatangkan dosa jugak . contohnya , macam mengata orang . haaa perempuan dengan mengata orang ni kekadang macam tak boleh dipisahkan tau . tak caya tanya je la mana-mana perempuan hahaha . paling tak pun kekadang tak sedar terngata pasal orang . mungkin la jugak ada yang takde mengata orang . baguslah . kita ni kalau dah sedap cakap mohon-mohon la sedar sikit , jalan terlanjur ngata orang . bahaya . cakap biasa >> mengata orang >> fitnah orang . haaaaa gittuwww .
*peringatan untuk diri sendiri
bear in mind omputih cakap hahaha .
Sunday, 16 August 2015
KOLEJ 16 UPM
tahniah kepada anda yang telah berjaya dapat tawaran sambung belajar kat UPM.
dapat kos apa??
yang susah?
yang senang?
hehe
belajar ni takde ape yang senang laaa kalau korang malas belajar, tak fokus dalam kelas, berjimba je kerjanya dan papejela macam-macam sebab yang boleh korang anggap kos yang korang dapat tu jadi susah gila wehhh
okkayyy
siapa dapat kolej 16? tarik bulu keti! *kalau ada hahaha
jangan risau la kalau dapat kolej 16 ni.
korang tak terikat dengan program kolej yang korang perlu join untuk dapatkan merit. merit perlu dikumpul untuk stay lama kat kolej, kalau korang tak dapat kumpul yang banyak, korang akan ditendang keluar dari kolej. hahahaha, takat ni takde laa, taktau la tetiba nak mulakan sistem merit tatau tatau
kalau kolej 16
akak ni tak pernah bersusah payah nak kumpul merit. tapi akak ada la jugak join aktiviti kolej. kekadang bosan jugak kalau hidup takde buat pape asyik ngadap buku ngan nota ja boleh jem jugak otak ni. haih *sigh. but kalau dah biasa tu taktau la *shrugs
mostly akak just join sukan je, handball, futsal, badminton, softball dan rugby touch. hahaha game yang paling akak suka handball. kalau kena team korang tu jenis yang sempoi, best weh kawan ngan diorang. tapi kalau jenis team tu emm kau kau aku aku, mang bosan la. AKU SAYANG TEAM HANDBALL 16 !
sekarang ni bercakap pasal kolej an? okayyy back to the real topic haha
what do i know, kolej 16 kalau budak baru ni blok perempuan 4 orang 1 bilik dan blok laki 2 orang 1 bilik. pada student perempuan, hampa kena la bersabar dan jangan terkejut beruk bila masuk bilik tu kan. akak dulu masuk, mak aihhhh sempitnyaaa. tapi lek ahhh sempit cenggini pun aku sumbat jugak 5 member lepak sini makan dominos bagai. tapi kalau sem 2 tu uolls nak pindah blok boleh, kolej 16 ada blok perempuan yang 2 orang je dalam 1 bilik. BUT! it is located far away from cafe and bus stop.
abaikan jela kalau sepah hahaha |
ruang antara katil tu muat untuk solat ja. siap ada divider kan hehe kat sebelah tu ada dua lagi katil. so semua 4 orang la kan. hopefully korang dapat sebilik dengan roommate yang sempoi.
biasa sangat la dengar cite kat putra confession pasal tak sebulu dengan rakan sebilik. yelaa, kalau dapat rakan sebilik yang tak reti nak hormat asyik nak buat bising ja tak kira kita tengah belajar sekali pun, tak reti kemas tempat sendiri yang boleh menyemakkan mata memandang, rakan sebilik yang mementingkan diri sendiri; rakan sebelah katil on lampu study pun tak bagi alasan dia nak tidur dan migrain oh pelisss ; , tolong hormat rakan sebilik sebab tak semua orang boleh tidur dengan lampu di'on'kan, dan mcam2 lagi.
kita share bilik wehh, jangan selfish ehh. kalau tak tahan sila angkat kaki keluar dari bilik.
dewan besar, biasa taklimat student akan tidur. tapi hati2, sebab fasi akan rakam or ambil gambar korang masa tidur. jeng jeng |
lawan cheer. |
masa orientasi, tengok fasi la jugak an, bantainya korang kena stay sampai lewat malam tu perkara biasa la. wake up early in the morning, before dawn haha. penat? yeahhh exhausted ! korang dah biasa an dengan penat orientasi kan? hahaha lek ahh
masa orientasi make sure suara tu tak mudah serak lah. sebab korang kena buat cheers lawan antara kolej. masa akak dulu, mang penat la nak cheers tapi masa lawan antara kolej tu best. siyes talk la. there are few videos were uploaded in last two years entry hee.
aduihhh apa lagi aku nak cakap pasal ni ehh. blur tetiba. haih. kalau dah mula hari kelas tu, korang kena get ready dengan map hahaha google map. mau sesat cari kelas kat upm ni. sedangkan senior pun boleh sesat nak cari kelas haha. nak pergi kelas, naik bas. kalau jalan kaki pun boleh. tapi cuma bila sampai kelas korang penat gila la.haha ada jugak kolej lain yang takde bas. kalau pergi kelas kena jalan kaki. mohon tabah yerr.
yasssss baru terpikir, kelas akak dari isnin sampai jumaat mula jam 8 pagi. marilah sesama kita rebut naik bas. hehehe
ehh, anything boleh la tanya hehe
anyway, semoga berjaya menempuh kehidupan seharian di yupiyem =)
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU !!!
Friday, 7 August 2015
HARGAI
pasangan
kawan
dia hadir dengan seribu makna
s/he is there in all situation
senang mahupun susah
adakala kita
sedar ataupun tidak
kehadiran pihak ketiga
lupakan kita pada dia
ketiga membahagiakan
namun
saat kita
sedih
susah
kita mencari dia
kenapa
kenapa
kenapa
kerana dia lebih mengenali kita
kerana dia lebih memahami kita
kerana dia lebih sayangkan kita
hargai dia
biarpun dia tidak boleh jadi yang ketiga
tetapi jangan buat
dia seperti
tandas
tempat melepaskan susah kita
tempat melepaskan keinginan kita
tetapi
tempat kita melepaskan kasih kita
pada ketiga
wahai kita
hargailah dia
daripada : salimahfai
BUKAN MILIK KITA
perasaan yang hadir
tidak sama dengan perasaan sayang
ia datang tanpa perlu dipaksa
ia datang tanpa sedar
rasa yang kadang kita pun keliru
cinta
seseorang yang buat
kita terfikirkannya
tak kira masa
mahupun tempat
boleh tersemat memakan tahun
adakah itu cinta?
rasa yang sangat menggasak jiwa
ceria bila
dengar suaranya
ceria bila
terima text darinya
ceria bila
berjumpa dengannya
dengan cinta
tanpa sedar boleh mengubah diri kita menjadi
yang lain
yang kasar
jadi lembut
yang selekeh
jadi kemas
jika kita betul rasakan
cinta
cinta tidak salah
tetapi
jangan cinta terhadap seseorang
melebihi
cinta kita pada Allah
daripada : salimahfai
Tuesday, 30 June 2015
APA SALAH SI ISTERI
kehadiran cahaya mata yang kedua membuatkan anak sulung mempunyai teman bermain dan bergaduh. si ibu bertambah sibuk menjaga anak-anaknya dan si bapa bertambah semangat untuk mengubah cara hidup mereka.
alhamdulillah. dengan hasil titik peluh si bapa dan sokongan si ibu, keluarga itu dapat menjalani hidup yang lebih baik. dapat membina sebuah rumah yang lebih selesa. dengan bantuan kenalan si bapa, dia dapat membuka sebuah perniagaan. perubahan yang baik dengan usaha, sokongan dan juga bantuan.
ahli keluarga kian bertambah dan kehidupan mereka semakin senang. mungkin juga rezeki anak-anak. si bapa meluaskan perniagaannya dan disegani ramai. si ibu tidak pernah mengeluh dan tidak pernah menolak apabila si suami meminta tolong sedangkan dia juga bersusah payah menjaga rumah dan anak-anak mereka. isteri yang tidak mengenal erti penat dalam membantu suami. ada yang kata, berjayanya seorang lelaki itu dengan berdirinya seorang wanita di belakangnya.
namun, kehidupan ibarat roda. adakala kita di atas dan adakalanya kita di bawah. kehidupan tidak mungkin tidak diuji oleh-Nya. si suami mula belajar untuk mencari perempuan lain mungkin dia berfikir dia mampu untuk bernikah lagi. si isteri kecewa dengan perubahan si suami. sentiasa berfikir apa salah dia. apayang kurang dari dia. siang malam menangis. si suami keluar rumah berjumpa dengan perempuan lain dengan alasan ada urusan kerja.
si isteri sentiasa bersabar. namun dalam kesabarannya, adakala disebabkan tekanan, marahnya dilepaskan kepada anak-anaknya.
si suami kembali seperti sebelumnya apabila sudah menedari kesilapannya. dia memujuk isterinya yang telah disakiti.
setelah enam tahun...
perniagaan semakin maju. si bapa semakin berehat dari kerja apabila ada pekerjanya yang boleh buat kerja serta anak-anaknya dan isterinya juga membantunya.
pada suatu hari, si isteri tidak berpuas hati apabila si suami meletakkan nama adiknya sebegai pemilik sebuah perniagaan kedai makan. si isteri berhujah kerana adik si suami tidak pernah membantu suaminya tetapi dengan mudah mendapat nama sedangkan isterinya dan anak-anaknya tidak diberi apa. si suami menyatakan, adik beradik tidak boleh dicari tetapi anak-anak boleh dicari. si suami melebihkan adik beradiknya daripada keluarganya sendiri. sedih si isteri.
hidup keluarga adik si suami pula hidup semakin mewah mengalahkan keluarganya sendiri. ditambah pula si suami kembali mencari perempuan lain. lagi bertambah kecewa si isteri.
terdapat seorang pekerja suaminya yang tidak sanggup melihat isteri majikannya ditipu, dia memberi tahu semua perangai majikannya bila berada di luar rumah dengan buktinya. si isteri sudah tidak percaya kepada suaminya.
si isteri mula memberontak meminta itu ini. si suami mengadakannya.
si suami membawa si isteri berjumpa dengan teman wanitanya. isterinya semakin sedih apabila si suami melayan teman wanitanya seperti isteri sedangkan isterinya sendiri tidak dilayan. runtun jiwa seorang isteri.
isterinya bersetuju memberi izin untuk suaminya berkahwin lagi dengan bersyarat dan syarat itu tidak disetujui oleh si suami dengan alasan tidak mampu. dengan itu isterinya tidak akan memberi izin untuk si suami bernikah dengan yang lain. teman wanita suaminya tiba-tiba melarikan diri dan si suami berfikir disebabkan oleh si isteri. si isteri marah dan dipukul. apa salah si isteri?
si isteri membawa diri. anak-anak ditinggalkan. yang menanggung susah anak kedua. anak sulung tidak langsung membantu walaupun sudah habis belajar. anak kedua kepenatan menguruskan rumah, adik-adik dan sekolah. begitu juga si bapa tidak menolong.
tidak lama kemudian si ibu kembali kerana kasihankan anak-anaknya bukan kerana suaminya. si suami semakin meliar melayan wanita di luar sana. semakin banyak rahsia si suami yang dibongkarkan oleh pekerjanya dan si isteri mendengar penuh sabar. di samping itu, si isteri berdoa agar suaminya berubah.
setelah setahun lebih, apabila si isteri tidak dapat menahan sabarnya apabila si suami melampaui batas, si isteri mengamuk menghempas semua barang. tika itu, pekerja suaminya ada begitu juga ibunya. disebabkan si suami mahu orang nampak semua itu salah si isteri, si suami menendang si isteri dan memukul si isteri dengan kerusi di kepala. mengalir darah. tika itu juga si suami melafazkan cerai dan memaki hamun isterinya di hadapan semua yang ada. si isteri mengalir air mata bukan tanda sedih tetapi tanda gembira akhirnya beban dia menanggung sedih sudah bebas. lepas ini dia sudah tidak perlu berasa sedih disebabkan suaminya.
namun, sengsaranya tidak berakhir di situ kerana bekas suaminya menabur fitnah terhadapnya kerana tidak mahu orang sekeliling memandang hina kepadanya. bekas isterinya meneruskan hidup dengan hati yang dikuatkan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan bantuan sedikit oleh bekas suaminya. mungkin balasan, si bekas suami kembali bekerja keras kerana perniagaan yang sedikit goyah tanpa bantuan anak-anak dan juga isterinya yang telah diceraikan.
Friday, 19 June 2015
Salam Ramadhan al Mubarak 2015
bila fikir balik, best ape sesekali berpuasa selain dari rumah family. kita dapat rasa kelainannya. bukankah hidup perlukan kelainan sesekali? ala bosan la kalau sama ja. eceh, bosan konon, padahal first day lagi dah sibuk pikir nak balik ah besok(hari ni) haihhh
dalam dilema nak balik rumah ni, sebab next paper hari isnin dan subjek ni susah oiii
selesai berbuka, pastu terawih, selesai terawih aku, cek fon sebab terdengar bunyi mesej masuk. whatsapp, dikejutkan dengan berita dari EEB yang anak buah dia meninggal jam 4 petang. innalillahiwainnailaihirojiun. semoga cikgu dan keluarga kuat hadapi ujian dari-Nya. walaupun dia kat hospital serdang yang sungguh dekat la jugak dengan kolej aku ni, tapi aku tak dapat nak jenguk sebab tak do transport. katanya meninggal sebab pneumonia. penyakit yang agak bahaya. semoga engkau di tempatkan di kalangan orang beriman dik. =(
jadi kita yang masih bernafas, sedarlah hidup ni bukan sahaja yang tua akan pergi duluan malah yang muda juga boleh kembali kepada-Nya dulu. beringat mati tidak memberi signal. selagi mampu menambah pahala buat bekalan di sana, maka kita tambahlah. di bulan Ramadhan ni kita di galakkan bersedekah. itu perkara paling mudah untuk menambahkan pahala. =)
SELAMAT BERPUASA DAN MENAMBAH PAHALA KEPADA UMAT ISLAM DAN KEPADA MEREKA YANG BUKAN ISLAM NAK JUGA TRY BERPUASA, SILAKAN. =) =)
Thursday, 4 June 2015
FINAL WEEK OF 6TH SEM
Bila kerja semua dah siap, aku pon mula la bermalas malasan. Asyik nak tiiiiddooooo aje. Haih! *sigh
Thursday, 14 May 2015
Friday, 1 May 2015
MARI KITA KOMPLAIN !
Monday, 27 April 2015
Budak malas basuh baju
Friday, 24 April 2015
SIKIT PASAL MATRIKULASI PAHANG, GAMBANG
berapa minggu lepas budak lepasan spm baru dapat keputusan permohonan program matrikulasi . mesti korang tercari-cari pasal matrikulasi yang korang dapat kan??
jangan risau , sekarang ni maklumat semua di hujung jari je kan . apa lagi , google aje lah kan sonang . jangan la pada zaman maju ni korang hanya reti dok berwechat whatsapp facebook twitter instagram jerrr yang lain akak tak tahu apa lagi social apps yang korang guna . nak promote sikit lah , bukan nak promote ape kan , cuma nak promote pasal blog lah , korang jadilah blogger supaya senang sikit nak share cerita pengalaman korang contoh cenggini ramai budak nak cari makluamat pasal matrikulasi .
okehh di sini hakak ni ex-student matrikulasi pahang batch 2011/2012. sapa nak jadi student KMPh meh ler ke blog sini cari info sikit-sikit hehehe
- masa batch akak tshirt KMPh ni ada dua , satu jenis cotton yang warna oren dan yang jenis kain jersi yang warna merah lengan biru . akak suka baju merah biru tu , sedap je bila pakai dan dua-dua baju ni masih cantik lagi sampai sekarang (2011-2015). tapi tshirt untuk batch korang lak tak tahu la warna apa dan macam mana kan. tapi haritu akak ada nampak budak pakai baju tshirt KMPh tau, warna merah jenis cotton kalau tak silap lah.
- pasal bilik pulak akak tak banyak ambil gambar bilik tapi cukup la sekadar korang nak tengok kemudahan apa yang ada dalam bilik korang kan . katil, bantal, tilam, almari besi, meja belajar dengan 2 laci, kerusi, rak buku, bawah rak buku ada lampu (jadi kalau nak study sampai lewat malam boleh la tutup lampu utama ) , tempat sidai tuala atau sejadah semua ni korang ada korang punya sendiri. kipas ada jangan risau . satu bilik ada 4 orang ok la tu kan. bilik besar selesa. dalam bilik tu pepandai la korang nak beramah mesra , hormat rakan sebilik demi keharmonian korang setahun tu atau dua tahun tu. setiap aras ada 2 tempat sidai baju dan juga toilet. dalam toilet ada 5 bilik shower dan 5 jamban (*jamban, hahaha*) lah jugak kan kalau tandas tu. satu aras ada 41 bilik. ce lah kire bape ramai budak satu aras korang tu. hehe kalau nak mandi pagi tu emm beratur laaa jangan risau kompom ada yang mandi dalam tandas.
jangan cepat melatah ye, ni gambar bukan di usm walaupun meja tu ada sticker usm. laci tu bukan tak da, cuma akak keluarkan masa tu. lek eh |
ni tempat akak yang agak bersepah sikit haha |
haaa kemas gila kan?? ni sebab sumbat barang dalam almari . nak cuti 2 minggu kannn |
- ok kat kmph ada blok A B C, setiap blok tu pecah pada dua blok A1 A2 B1 B2 C1 C2 . blok A dekat dengan dewan kuliah, blok C dekat ngan bilik tutorial dan blok B dengan makmal dan juga bangunan pentadbiran. antara blok 1 dan 2 kat tengah tu ada cafe. cafe besar tapi kalau besar mana pun time rehat kol 1-2 penuh jugak sebab tu akak jarang makan kat cafe kalau time rehat. baik makan kat bilik lagi best. boleh terus solat zuhur. makanan kat cafe bergantung pada orang yang niaga lah sedap ke idak, murah ke idak hehe tapi masa batch akak makan sedap gila kat cafe A. cafe blok akak lah. ada western food jugak tapi pasta tak da lah,chicken chop,fish n chip, sizzling *ye ke ejanya hmm, koteaw sup pehh sodap gila makanan feveret haha dan macam-macam lagi. akak dok matrik ni jadi bambam sebab banyak makan. tak tertinggal jugak ada kedai runcit berdekatan dengan student centre, kedai alat tulis, kedai buku, kedai roti.
ni blok A2 ada lima tingkat tetapi tikat dua dipanggil aras 1 jadi ada 4 aras. bawah bilik korang tu ada rumah felo. felo ni lecturer korang jugak. ada bilik tv. |
ni kat cafe C. tengok ada ABC ngan ABJ. hirup tengah cuaca panas sedap jugak kan. hehe |
- pasal kelas pulak korang bakal ada kuliah di dewan kuliah, ada 6 dewan kuliah. ada makmal biology, fizik, kimia dan juga komputer pada yang dapat module 2 dan 3. makmal komputer atas library. pergi library ambil pintu lobby sebelah pintu masuk library ada lif naik aras 2. kat library ada juga kedai tapi kami lebih memanggilnya kiosk. kat kiosk tu korang boleh fotostat nota kuliah dan juga beli tiket bas. kat depan library ada cafe kecik tapi kat situ akak suka sarapan. sarapan feveret megi goreng dengan ayam goreng. fuhh sedap oi!
haa nampak tak tu 3 pintu, dua pintu kat kiri tu pintu untuk masuk dan keluar library. pintu lobby tu nak g ke lif untuk ke makmal komputer kat atas. |
motif akak letak gambar ni bukan nak tunjuk orang tengah buat keje tepi kolam tapi nak tunjuk belakang tu kiosk yang akak cakap sebelom ni. tak nampak sangat kan |
ni antara dewan kuliah. |
ni dalam library |
dalam library, boleh la korang kalau nak baca newspaper |
antara experiment biology bedah tikus. buat experiment ni best. siyes akak cakap. yang tak best buat report |
bilik tutorial. korang kena hafal turutan nombor bilik tutorial moga korang tak sesat dan tak susah nak cari. banyak wehhh rasanya ada la kot 40. |
ada 4 tingkat untuk bilik tutorial |
ni makmal. nak naik makmal ni boleh guna tangga atau lif. |
ni kelas agama. setiap sem ada kelas agama. kelas agama yang ni buat dalam surau. surau 2 tingkat okehhh |
ni haa suraunya |
jamuan makan di cafe B, kalau nak tengok baju yang akak cakap tadi. tuha oren ngan merah lengan biru |
- pasal orientasi akak dah cerita masa akak awal masuk matrik. so malas nak cerita lagi. cari la dalam tahun 2011.
ni kat teluk cempedak. untuk setahun kat pahang 3 kali jer akak pegi. tak sah la kalau student tak jejak kaki kat sini |
student centre yang akak cakap tadi. |
lepas berkayak berendam kejap. yang sini tak dalam. kaki boleh cecah dasar. |
gambar sekelas yang wajib ada |
haa ni masa public speaking. kat belakang tu ada kedai runcit, bakery, ada kedai buku. |
haa panjang gila entry akak kali neh. hanya untuk korang yang bakal jadi student kolej matrikulasi. kalau tak cukup maklumat silakan bertanya. sangat sudi menjawab yaa.
hai adik2, jika ada sebarang soalan, boleh bertanya melalui :
1. komen di bawah
selamat menjadi warga matrikulasi dan semoga berjaya menempuh kehidupan di matrikulasi yaa
okbai
Saturday, 28 March 2015
HATI-HATI WAHAI WANITA , PEREMPUAN
semua itu bukan persoalan dalam entri ini , tapi penggunaan telefon pintar yang salah dari segi kecetekan akal dan juga moral . kadang-kadang kita pernah mengambil gambar sesuatu secara senyap-senyap . gambar apa-apa sahaja . tapi , pernahkah kita mengambil gambar orang secara senyap ? setakat ini saya sendiri tak pernah mengambil gambar secara senyap walaupun terhadap crush , tapi saya tiada crush , gambar kawan adalah . ambil hanya untuk mengenakan dan selepas gambar diambil , saya beritahu mereka .
kalau pernah ambil gambar orang secara senyap , jangan tak terfikir pula yang warga asing akan ambil gambar anda secara senyap . hal ini bukan hanya pemikiran yang berfikir secara random tetapi saya sendiri pernah melihat kejadian sebegini di mana seorang warga asing mengambil gambar seorang perempuan di hadapannya . jangan nak kata saya fitnah . saya sendiri nampak ada flash di lampu kamera dia . nak kata dia menyuluh jalan atau apa sekali pun , tapi ketika itu masih lagi terang dan kenapa cara dia pegang telefon itu dengan cara sedang mengambil gambar ? selepas itu dia berpindah sebelah kiri saya dan kawan saya sejauh dalam 2 meter mengikut anggaran . *ya begitu skema saya menulis entri kali ini. saya perhatikan apa yang dia buat . tapi malangnya dia mencuba lagi untuk mengambil gambar orang lain . tapi arah pada perempuan yang sama dan lampu di kamera telefon dia menyala . lantas saya menegur dia "hey, buat ape tu? ambil gambar sape tu?" dan dia terus tak jadi nak mengambil gambar .
selepas itu saya dan kawan saya bergerak ke tempat lain dan sesekali perhatikan dia .
jadi , perempuan , wanita perlu berhati-hati . kita tak tahu apa yang dia bakal buat dengan gambar kita . kita harus sedar bahawa apa sahaja yang ada pada diri kita boleh dijadikan sebagai satu sumber merangsang nafsu seks pada mereka yang sangat bodoh seperti otak tiada akal . lantaran itu , pemakaian dan keselamatan harus dijaga . jangan leka ketika kita berada di sekawasan dengan warga asing .
Monday, 23 March 2015
TAHNIAH
sorang pengapit saya yang mengalami kemurungan hahaha |
weee dua orang yang kat belakang tu pengapit saya lahh for that dayyy |
ambil kesempatan selfie use EEB's phone haha |
opss laili ambil gamba ada orang di belakang dennn |
yeahhh looks fat. indeed |
maaf dipinta kepada EEB dan tunangnya sebab saya berada di tengah tuu. saya punyalah gelabah sebab ada kat tengah tu.
actually aku dan penat senyum .. tak cukup orang lain yang ambilkan gambar, selfie pulakkk. sapa tak nok woi! |
ni lin yang minta nak selfie sikittt |
haa selfie when keluar from the majlis |
last !
THANKS TO EEB SEBAB SUDI JEMPUT SAYA DAN BAGI SAYA AJAK MEMBER :) :)
What Men Think
September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...
-
assalamualaikum dan haiii berapa minggu lepas budak lepasan spm baru dapat keputusan permohonan program matrikulasi . mesti korang tercari...
-
hai adik adik adik adik semua !!!! tahniah kepada anda yang telah berjaya dapat tawaran sambung belajar kat UPM. dapat kos apa?? yang sus...
-
September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...