Total Pageviews

Tuesday 30 June 2015

APA SALAH SI ISTERI

pada suatu hari, lahirnya seorang bayi di sebuah rumah usang yang didiami oleh sepasang suami isteri yang hidup dalam serba kekurangan. cahaya mata yang pertama. anak sulung adalah anak pertama ibu bapa belajar menjaga anak, anak pertama yang menerima kasih sayang ibu bapa. anak sulung dialah pertama dalam keluarga.

kehadiran cahaya mata yang kedua membuatkan anak sulung mempunyai teman bermain dan bergaduh. si ibu bertambah sibuk menjaga anak-anaknya dan si bapa bertambah semangat untuk mengubah cara hidup mereka.

alhamdulillah. dengan hasil titik peluh si bapa dan sokongan si ibu, keluarga itu dapat menjalani hidup yang lebih baik. dapat membina sebuah rumah yang lebih selesa. dengan bantuan kenalan si bapa, dia dapat membuka sebuah perniagaan. perubahan yang baik dengan usaha, sokongan dan juga bantuan.

ahli keluarga kian bertambah dan kehidupan mereka semakin senang. mungkin juga rezeki anak-anak. si bapa meluaskan perniagaannya dan disegani ramai. si ibu tidak pernah mengeluh dan tidak pernah menolak apabila si suami meminta tolong sedangkan dia juga bersusah payah menjaga rumah dan anak-anak mereka. isteri yang tidak mengenal erti penat dalam membantu suami. ada yang kata, berjayanya seorang lelaki itu dengan berdirinya seorang wanita di belakangnya.

namun, kehidupan ibarat roda. adakala kita di atas dan adakalanya kita di bawah. kehidupan tidak mungkin tidak diuji oleh-Nya. si suami mula belajar untuk mencari perempuan lain mungkin dia berfikir dia mampu untuk bernikah lagi. si isteri kecewa dengan perubahan si suami. sentiasa berfikir apa salah dia. apayang kurang dari dia. siang malam menangis. si suami keluar rumah berjumpa dengan perempuan lain dengan alasan ada urusan kerja.

si isteri sentiasa bersabar. namun dalam kesabarannya, adakala disebabkan tekanan, marahnya dilepaskan kepada anak-anaknya.

si suami kembali seperti sebelumnya apabila sudah menedari kesilapannya. dia memujuk isterinya yang telah disakiti.

setelah enam tahun...

perniagaan semakin maju. si bapa semakin berehat dari kerja apabila ada pekerjanya yang boleh buat kerja serta anak-anaknya dan isterinya juga membantunya.

pada suatu hari, si isteri tidak berpuas hati apabila si suami meletakkan nama adiknya sebegai pemilik sebuah perniagaan kedai makan. si isteri berhujah kerana adik si suami tidak pernah membantu suaminya tetapi dengan mudah mendapat nama sedangkan isterinya dan anak-anaknya tidak diberi apa. si suami menyatakan, adik beradik tidak boleh dicari tetapi anak-anak boleh dicari. si suami melebihkan adik beradiknya daripada keluarganya sendiri. sedih si isteri.

hidup keluarga adik si suami pula hidup semakin mewah mengalahkan keluarganya sendiri. ditambah pula si suami kembali mencari perempuan lain. lagi bertambah kecewa si isteri.

terdapat seorang pekerja suaminya yang tidak sanggup melihat isteri majikannya ditipu, dia memberi tahu semua perangai majikannya bila berada di luar rumah dengan buktinya. si isteri sudah tidak percaya kepada suaminya.

si isteri mula memberontak meminta itu ini. si suami mengadakannya.

si suami membawa si isteri berjumpa dengan teman wanitanya. isterinya semakin sedih apabila si suami melayan teman wanitanya seperti isteri sedangkan isterinya sendiri tidak dilayan. runtun jiwa seorang isteri.

isterinya bersetuju memberi izin untuk suaminya berkahwin lagi dengan bersyarat dan syarat itu tidak disetujui oleh si suami dengan alasan tidak mampu. dengan itu isterinya tidak akan memberi izin untuk si suami bernikah dengan yang lain. teman wanita suaminya tiba-tiba melarikan diri dan si suami berfikir disebabkan oleh si isteri. si isteri marah dan dipukul. apa salah si isteri?

si isteri membawa diri. anak-anak ditinggalkan. yang menanggung susah anak kedua. anak sulung tidak langsung membantu walaupun sudah habis belajar. anak kedua kepenatan menguruskan rumah, adik-adik dan sekolah. begitu juga si bapa tidak menolong.

tidak lama kemudian si ibu kembali kerana kasihankan anak-anaknya bukan kerana suaminya. si suami semakin meliar melayan wanita di luar sana. semakin banyak rahsia si suami yang dibongkarkan oleh pekerjanya dan si isteri mendengar penuh sabar. di samping itu, si isteri berdoa agar suaminya berubah.

setelah setahun lebih, apabila si isteri tidak dapat menahan sabarnya apabila si suami melampaui batas, si isteri mengamuk menghempas semua barang. tika itu, pekerja suaminya ada begitu juga ibunya. disebabkan si suami mahu orang nampak semua itu salah si isteri, si suami menendang si isteri dan memukul si isteri dengan kerusi di kepala. mengalir darah. tika itu juga si suami melafazkan cerai dan memaki hamun isterinya di hadapan semua yang ada. si isteri mengalir air mata bukan tanda sedih tetapi tanda gembira akhirnya beban dia menanggung sedih sudah bebas. lepas ini dia sudah tidak perlu berasa sedih disebabkan suaminya.

namun, sengsaranya tidak berakhir di situ kerana bekas suaminya menabur fitnah terhadapnya kerana tidak mahu orang sekeliling memandang hina kepadanya. bekas isterinya meneruskan hidup dengan hati yang dikuatkan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan bantuan sedikit oleh bekas suaminya. mungkin balasan, si bekas suami kembali bekerja keras kerana perniagaan yang sedikit goyah tanpa bantuan anak-anak dan juga isterinya yang telah diceraikan.

No comments:

Post a Comment

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...