Total Pageviews

Friday, 24 April 2015

SIKIT PASAL MATRIKULASI PAHANG, GAMBANG

assalamualaikum dan haiii

berapa minggu lepas budak lepasan spm baru dapat keputusan permohonan program matrikulasi . mesti korang tercari-cari pasal matrikulasi yang korang dapat kan?? 


jangan risau , sekarang ni maklumat semua di hujung jari je kan . apa lagi , google aje lah kan sonang . jangan la pada zaman maju ni korang hanya reti dok berwechat whatsapp facebook twitter instagram jerrr yang lain akak tak tahu apa lagi social apps yang korang guna . nak promote sikit lah , bukan nak promote ape kan , cuma nak promote pasal blog lah , korang jadilah blogger supaya senang sikit nak share cerita pengalaman korang contoh cenggini ramai budak nak cari makluamat pasal matrikulasi . 


okehh di sini hakak ni ex-student matrikulasi pahang batch 2011/2012. sapa nak jadi student KMPh meh ler ke blog sini cari info sikit-sikit hehehe


- masa batch akak tshirt KMPh ni ada dua , satu jenis cotton yang warna oren dan yang jenis kain jersi yang warna merah lengan biru . akak suka baju merah biru tu , sedap je bila pakai dan dua-dua baju ni masih cantik lagi sampai sekarang (2011-2015). tapi tshirt untuk batch korang lak tak tahu la warna apa dan macam mana kan. tapi haritu akak  ada nampak budak pakai baju tshirt KMPh tau, warna merah jenis cotton kalau tak silap lah.


- pasal bilik pulak akak tak banyak ambil gambar bilik tapi cukup la sekadar korang nak tengok kemudahan apa yang ada dalam bilik korang kan . katil, bantal, tilam, almari besi, meja belajar dengan 2 laci, kerusi, rak buku, bawah rak buku ada lampu (jadi kalau nak study sampai lewat malam boleh la tutup lampu utama ) , tempat sidai tuala atau sejadah semua ni korang ada korang punya sendiri. kipas ada jangan risau . satu bilik ada 4 orang ok la tu kan. bilik besar selesa. dalam bilik tu pepandai la korang nak beramah mesra , hormat rakan sebilik demi keharmonian korang setahun tu atau dua tahun tu. setiap aras ada 2 tempat sidai baju dan juga toilet. dalam toilet ada 5 bilik shower dan 5 jamban (*jamban, hahaha*) lah jugak kan kalau tandas tu. satu aras ada 41 bilik. ce lah kire bape ramai budak satu aras korang tu. hehe kalau nak mandi pagi  tu emm beratur laaa jangan risau kompom ada yang mandi dalam tandas. 



jangan cepat melatah ye, ni gambar bukan di usm walaupun meja tu ada sticker usm. laci tu bukan tak da, cuma akak keluarkan masa tu. lek eh
ni tempat akak yang agak bersepah sikit haha
haaa kemas gila kan?? ni sebab sumbat barang dalam almari . nak cuti 2 minggu kannn

- ok kat kmph ada blok A B C, setiap blok tu pecah pada dua blok A1 A2 B1 B2 C1 C2 . blok A dekat dengan dewan kuliah, blok C dekat ngan bilik tutorial dan blok B dengan makmal dan juga bangunan pentadbiran. antara blok 1 dan 2 kat tengah tu ada cafe. cafe besar tapi kalau besar mana pun time rehat kol 1-2 penuh jugak sebab tu akak jarang makan kat cafe kalau time rehat. baik makan kat bilik lagi best. boleh terus solat zuhur. makanan kat cafe bergantung pada orang yang niaga lah sedap ke idak, murah ke idak hehe tapi masa batch akak makan sedap gila kat cafe A. cafe blok akak lah. ada western food jugak tapi pasta tak da lah,chicken chop,fish n chip, sizzling *ye ke ejanya hmm, koteaw sup pehh sodap gila makanan feveret haha dan macam-macam lagi. akak dok matrik ni jadi bambam sebab banyak makan. tak tertinggal jugak ada kedai runcit berdekatan dengan student centre, kedai alat tulis, kedai buku, kedai roti. 

ni blok A2 ada lima tingkat tetapi tikat dua dipanggil aras 1 jadi ada 4 aras. bawah bilik korang tu ada rumah felo. felo ni lecturer korang jugak. ada bilik tv.


ni kat cafe C. tengok ada ABC ngan ABJ. hirup tengah cuaca panas sedap jugak kan. hehe

- pasal kelas pulak korang bakal ada kuliah di dewan kuliah, ada 6 dewan kuliah. ada makmal biology, fizik, kimia dan juga komputer pada yang dapat module 2 dan 3. makmal komputer atas library. pergi library ambil pintu lobby sebelah pintu masuk library ada lif naik aras 2. kat library ada juga kedai tapi kami lebih memanggilnya kiosk. kat kiosk tu korang boleh fotostat nota kuliah dan juga beli tiket bas. kat depan library ada cafe kecik tapi kat situ akak suka sarapan. sarapan feveret megi goreng dengan ayam goreng. fuhh sedap oi! 

haa nampak tak tu 3 pintu, dua pintu kat kiri tu pintu untuk masuk dan keluar library. pintu lobby tu nak g ke lif untuk ke makmal komputer kat atas.


motif akak letak gambar ni bukan nak tunjuk orang tengah buat keje tepi kolam tapi nak tunjuk belakang tu kiosk yang akak cakap sebelom ni. tak nampak sangat kan
ni antara dewan kuliah.
ni dalam library
dalam library, boleh la korang kalau nak baca newspaper
antara experiment biology bedah tikus. buat experiment ni best. siyes akak cakap. yang tak best buat report
bilik tutorial. korang kena hafal turutan nombor bilik tutorial moga korang tak sesat dan tak susah nak cari. banyak wehhh rasanya ada la kot 40.
ada 4 tingkat untuk bilik tutorial
ni makmal. nak naik makmal ni boleh guna tangga atau lif.

ni kelas agama. setiap sem ada kelas agama. kelas agama yang ni buat dalam surau. surau 2 tingkat okehhh
ni haa suraunya


jamuan makan di cafe B, kalau nak tengok baju yang akak cakap tadi. tuha oren ngan merah lengan biru

 - pasal orientasi akak dah cerita masa akak awal masuk matrik. so malas nak cerita lagi. cari la dalam tahun 2011.

ni Dewan Besar dan ini masa orientasi pakaian ditentukan oleh akak fasilitator korang tudung tu dibagi jugak. series talk, dewan ni panas gila kalau tengah hari mengalir peluh beb kat badan even korang dok diam je.
ni kat teluk cempedak. untuk setahun kat pahang 3 kali jer akak pegi. tak sah la kalau student tak jejak kaki kat sini
 
student centre yang akak cakap tadi.


aktiviti berkayak. bergantung pada cikgu koko korangla nak buat atau tak. tapi best weh. dalam ni weh. tapi cikgu akak cakap tak dalam ah, cuma paras dada itik je. 
*tapi dengar cite ada kejadian budak lemas kat tasik ni lepas batch kitorang

lepas berkayak berendam kejap. yang sini tak dalam. kaki boleh cecah dasar.
 - korang nanti akan ada sesi photoshoot. setiap kelas. ada yang candid dan juga ada yang formal. pastu gamba tu korang boleh beli. nak berframe pun boleh. tapi gambar akak sampai sekarang tak berframe. hehe

gambar sekelas yang wajib ada




haa ni masa public speaking. kat belakang tu ada kedai runcit, bakery, ada kedai buku.




haa panjang gila entry akak kali neh. hanya untuk korang yang bakal jadi student kolej matrikulasi. kalau tak cukup maklumat silakan bertanya. sangat sudi menjawab yaa.


hai adik2, jika ada sebarang soalan, boleh bertanya melalui :

1. komen di bawah


selamat menjadi warga matrikulasi dan semoga berjaya menempuh kehidupan di matrikulasi yaa


okbai

149 comments:

  1. Orientasi tough ke? Ada aktiviti lasak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de, mostly aktiviti indoor
      =)

      Delete
    2. Hehe okay thanks atas respon . Akak modul berapa ye

      Delete
    3. most welcome =)
      akak module 3

      Delete
  2. Saya bakal student KMPh. Minggu depan daftar. Wish me luck kak ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hokkey dik ,

      tahniah dapat KMPh !
      goodluck !

      =)

      Delete
  3. minta izin share ke FB bole?

    ReplyDelete
  4. Meriah je cafe B dulu. Haha sekarang cafe B memang hambar gila.. Budak perempuan x pernah jejak cafe ni.

    ReplyDelete
  5. Sekarang belajar mana? Batch kiteorg dh nk final.

    ReplyDelete
  6. Sekarang belajar mana? Batch kiteorg dh nk final.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang upm. final year pun dah hahaha =P

      Delete
  7. Meriah je cafe B dulu. Haha sekarang cafe B memang hambar gila.. Budak perempuan x pernah jejak cafe ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yaa?? siyes ah hambar??

      Delete
    2. Hahahah sori bru nk reply komen.. Cafe b dlu tauke cafe tu garang. Dh la makanan x sedap. Berkira ngn student. Hahaha mesti dah habis blaja kan? Saya baru nk msuk tahun 2. Kekekeke

      Delete
  8. sy dpat KMPh . bulan 6 ni dftar . 😅😅

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, dapat KMPh.

    Terima kasih atas perkongsian akak. ^_^

    ReplyDelete
  10. ooo belajar ikut kelasa ea? biase brape student dalam satu kelas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti korang akan ada praktikum masing2, satu kelas akak dulu 21 org, itupun ada yang kuar matrik, pastu nanti ada kuliah gabung beberapa praktikum. 😃😃

      Delete
  11. kat sana blaja camne kak? silibus dia susah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar okay je, untuk sem satu kita belajar macam subjek spm je, sem 2 emm boleh kot nak kata susah sikit hahaha, tapi pape pun study je mesti boleh skor 😉😉😉

      Delete
  12. lepas matrikulasi ni pergi mana?

    ReplyDelete
  13. assalamua'alaikum.. sy lepasan spm.. sy nk tny, klau nk apply kos arkitek lps matrik, kena dpt pointer berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, kalau pasal pointer utk apply degree boleh rujuk pada syarat kelayakan kos yg kamu nak kat u yg ada tawarkan kos tu. Hee

      Delete
  14. macam best pulak matrik ni.. memang tak sama dengan persepsi orang lain. akak dulu dapat panggilan upu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dapat laa, tapi akak pilih matrik. bagi akak hidup kat matrik ni best.

      Delete
    2. saya tengah tunggu upu tapi dah ditawarkan ke kmph. lepas baca entri akak ngan bbrape lagi entri kt blog lain rase macam skrg jugak nak gi dftr! hahaha~ tapi kan akak, kalau bulan puasa tu boleh berbuka kat bilik takk?

      Delete
    3. ehh nak bukak puasa kat mana lagi? hehe, kalau bulan puasa masa akak dulu ada buka bazar, rasanya sekarang pun masih buat macam tu kot. memang banyak gila makanan. beli pastu berbuka la kat mana korang nak, kat bilik? kat bilik tutorial? kat cafe? kalau kat bilik tu buka puasa ngan rumate boleh ajak sekali jiran bilik berbuka sama. ^^,

      Delete
    4. okey, terbaikk lah akak! thankyou untuk jawapan akak. nanti apape saya tanye lagi~~

      Delete
  15. as salam akak! musykil jap.
    1)kalau dapat pointer 3.5 ke atas untuk satu sem tu dah kira bagus ke?
    2)pastu kan, yg pasal bedah tikus tu konfem la kan tikus tu dah mati kan lepas tu, ke tak? sebab akak saya penah cakap bedah tikus tu jangan sampai tikus tu mati.. tapi tak tahu la betul ke tak akak saya tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      1. kalau dapat 3.5 ke atas tu dah kira baguslah, tapi seeloknya sem 1 kena perform habislah.
      2. ehh, yeke? akak masa buat experiment tu, tikus tu dah mati. plus, tgk gambar tikus kat atas tu, mustahil hidup balik. hahaha.

      Delete
  16. hahahaha! kelakar betul.. okey thankyou kak!

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kak , citer akak nie sronok huhu btw sy dpt masok kmph .. pendapat kak module 1 mcm mane ? n kat perpustakaan dy bnyak buku tak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,,,hehe tq, Modul 1 okay je, cuma korang nanti ada 3 lab, bio,chem n physic. library, buku banyak, ada dua tingkat. Anyway, tahniah dapat sambung ke matrikulasi. ^^,

      Delete
    2. Waalaikumsalam,,,hehe tq, Modul 1 okay je, cuma korang nanti ada 3 lab, bio,chem n physic. library, buku banyak, ada dua tingkat. Anyway, tahniah dapat sambung ke matrikulasi. ^^,

      Delete
  18. assalamualaikum kak , citer akak nie sronok huhu btw sy dpt masok kmph .. pendapat kak module 1 mcm mane ? n kat perpustakaan dy bnyak buku tak haha

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Kak...saya terpanggil untuk ke matrik..saya risau sikit takut x dpt bawak sebab ad yg cakap bahasa penghantar bahasa English..betul ke Kak? Saya bab English ni memang dr sekolah rendah lg x bekenan..hahah..ti boleh la sikit2..

    ReplyDelete
  20. Kak... Selepas pendaftaran parents kena balik or bleh tunggu? Parents bleh masuk bilik kita tak selepas pendaftaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori lambat, seingat akak, lepas daftar, ada taklimat sikit kat dewan besar sekali ngan parents. kalau tak silap, parents akak after lunch baru diorang balik. ^^,
      parents boleh masuk bilik kita ^^,

      Delete
  21. Kak... Selepas pendaftaran parents kena balik or bleh tunggu? Parents bleh masuk bilik kita tak selepas pendaftaran?

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Salam kak..sya dpt kmph.saya nk tnye..semasa nk byr yuran di bsn nanti kena tulis no.akaun pengarah kmph tak di borang bsn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. tahniah dapat sambung kat kmph =). no akaun pengarah?? akak tak engat laa. maaf.

      Delete
    2. tapi akak rasa macam tak je. kalau nak bayar nanti boleh la tanya pekerja bsn tu =)

      Delete
  24. Salam akak sy pun dpt kmph.. tumpang tanya betul ke kat matrik ni ada bilik yg 2 org, 3 org n so on? Ke semua 4 org? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. tak laa, kat matrik niii, semua bilik duduk 4 orang. tapi kekadang depends gak kalau roomate nak keluar matrik atau pindah bilik. =)

      Delete
  25. Akak,, klau dpt PST..bleh tukar kpd PDT kan. mcm mne nk tukar tu? Akak tau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa nak PDT? sayang la dah dapat PST nak tukar PDT. kamu cuba je dulu PST. nanti lepas PSPM 1 kalau tak boleh jugak, nanti boleh tukar PDT. masa setahu akak, kalau result PSPM 1 tak okay, pelajar tu akan ditukarkan kepada PDT.

      Delete
  26. Assalamualaikum akak,, surat perjanjian kne buat 2 salinan fotokopi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, urmm, maaf, akak tak ingat. tapi, semua barang kan dah diterangkan dalam surat tawaran tu kan?

      Delete
  27. Salam kak, saya pun dpt kmph ..eemm, based on akak punya pengalaman..apa yang akan kami buat time orientasi? Ada aktiviti yg like kena buli tak? Hehe ..takut lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, okay, based on pengalaman akak, masa orientasi kita akan ada banyak taklimat, pastu ada form latihan dalam kumpulan (LDK), LDK tu nanti kita akan buat macam2, senamrobik. pasal aktiviti buli, tiadooooo hehehe

      Delete
    2. Owh..hehehe,okay okay,terima kasih kak..then akak,ada cakap kena ada tudung putih,setahu saya yang perlu tudung hitam kan? Hehe

      Delete
    3. hurmm, masa akak dulu, dan masa cousin akak yang baru habis matrikulasi ni, tudung ada dibagi. bawak jela tudung hitam putih tu, hehe

      Delete
    4. Ow..hehe,okay,tq kak :)

      Delete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum akak , ad pertanyaan ni , pasal modul2 ni kan , modul pilihan or mmg ditetapkan eh ? konfius ni . hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. pasal modul memang ditetapkan.tapi kalau nak tukar boleh. masa akak dulu modul 2&3 digalakkan tukar ke modul 1.

      Delete
  30. assalamualaikum. akak, nak tanya. kalau tak dpat bilik sekali dengan kawan. boleh tukar tak agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,,ikut blok mana yang kamu dapat, kalau blok sama, then daftar sama la, nanti boleh dpt bilik sama =). kalau pendaftaran mcm akak dulu laa, masa berbaris daftar kat blok tu, orang depan or belakang kita tu la roommate kita.

      Delete
    2. Maaf menyampuk..bukannya time daftar online dia dah tetapkan ke bilik mana... macam saya,C1 T1.6

      Delete
    3. ohh yeke?? haha akak tak tau. sebab tu masa akak dulu =)

      Delete
  31. salam kak.maaf ganggu .sy punn akanke kmph 5/6 ni.. pembahagian bilik akan dilakukan masa kita dftr ye kak??? and.. klas dibahagikan ikut modul ke mcmnan??? tq ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, tahniah dapat kmph =). pembahagian bilik masa kita daftar kat blok. kelas dibahagikan ikut modul.

      wc=)

      Delete
  32. Assalam akak.. sy nk tnye, klau kite g matrik & nk kuor, mase nk kluar tuh dikenakn bayaran tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, masa nak kuar takde dikenakan bayaran rasanya,

      Delete
  33. As salam kak .. akak amik modul 3 kan?.so far ada tk kwn akak yg smbung pharmacy atau vet ke ? Bpe pointer dia ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kawan akak tak de yang ambik pahrmacy and vet, maaf

      Delete
  34. Salam akak, kalau bulan puasa. Boleh tak parents bawak berbuka kat luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau setakat keluar je, tak boleh masuk kolej selepas pukul 7 malam melainkan stay kat luar. kalau nak keluar hanya di hujung minggu sahaja =).

      Delete
  35. Assalam akak, yg praktikum tu dibahagikan macm mne ea..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf, gak bisa dijawab ini soalan sebab tu urusan pentadbiran, bukan kita as student.

      Delete
  36. as salam kak.. nak tanya dalam bilik mandi ade air panas x ?

    ReplyDelete
  37. assalam akak, waktu outing kena pakai kasut yg macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, emm akak taktau peraturan yg baru cane, kalau dulu x kisah

      Delete
  38. salam kak .Ade nom ws x ?sy nk pm .ade perkara yg hendak ditnya .

    ReplyDelete
  39. Salam akak... saya nak tanya about pakaian.. perempuan memang kena pakai baju kurung tiap-tiap hari ke? Kalau pakai jubah boleh tak? Hmm.. perkhidmatan wifi ada tak dekat blok kediaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, berkaitan dengan pakaian, perempuan boleh pakai baju kurung, jubah, baju kemeja ngan seluar slack. yang penting nampak formal dan bukan casual.

      wifi ado tu mang la ado, dapat connect tu yang tak pasti ado hahaha

      Delete
  40. salam akak,berkaitan dgn mase keluar,boleh tk sy keluar semasa weekdays dan bermalam kat rumah sendiri setiap hujung minggu?nak tanye jugak byk tk pelajar drp bangsa cina dan india dalam kelas akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, boleh je keluar, weekdays boleh keluar dan boleh bermalam di luar. pelajar bangsa india dan cina tak ramai. dalam kelas akak ada seorang je pelajar cina yang lain melayu. =)

      Delete
  41. assalamualaikum akak. alhamdulillah sy dpt kmph sesi 2017/2018 jurusan perakaunan. jd sy nak tanya beberapa soalan boleh? harap akak sudi jawab yea. em.

    1) betul ke kalau kolej matrikulasi akan beri elaun? kalau yea. berapa ya? and masa bila kita dpt elaun?

    2) kalau kita dpt tawaran UPU .. yuran yang dah bayar tu kira hangus atau dia akan return semula?

    terimakasih harap sudi menjawab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, tahniah dapat masuk KMPh

      yeap, sudi jawab any soalan :

      1) dapat elaun, masa akak dulu (2011/2012) setiap sem dapat RM1250. dengar elaun dah naik lepas tu. akak tak engat sangat pasal masuk elaun. maaf

      2) kalau dah bayar yuran matrikulasi pastu dapat UPU, dan kita terima tawaran UPU, hangus la yuran tu dik. pilih la mana terbaik antara matrikulasi atau UPU.

      goodluck dear.

      Delete
  42. Assalamualaikum akak,
    saya dpt twrn KMPh

    nak tanya sikit ni

    kat matrik semua subjek memang dalam BI ke ??? sbb sy x confident sangat utk catch up subjek dlm BI



    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, tahniah dapat KMPh.
      semua subjek dalam bahasa inggeris, jangan risau. kalau tak paham, boleh tanya kawan tak pun jumpa lecturer. akak masa form 5 tak pandai pun dik, tapi alhamdulillah masuk matrikulasi boleh je bawak semua tu. rajin2 buat tutorial. insyaaAllah boleh.

      goodluck dear

      Delete
  43. satu lagi soalanperlu bawak laptop ke utk assignment ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau akak dulu memang bawak je laptop. tapi mostly buat assignment tak guna laptop pon. laptop kita guna nak online fb, nak meng'google', layan movie. dedulu(2011) handphone mana besar macam sekarang kan. ^^,

      Delete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum kaq.. Sy dpt tawarn kmph .. Nk tnye soalan. Ni email sy nurinnadiah1307@gmail.com. blh mntk no fon?😌🙏

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Kak nak Tanya pasal matrik.. Nak no phone akak atau email akak 😊

    ReplyDelete
  47. salam kak,bulan² dpt elaun kn? bank ape erk? bsn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, bank islam

      Delete
    2. dlm kertas tu dia cakap bsn

      Delete
    3. bsn eh?? haha ye la kot tu. yang engat dulu bsn bayar yuran je.

      Delete
  48. assalamualaikum kak...jenis tudung yg boleh pakai kat sana bebas kn? utk gmbr kad matrik wajib pkai tudung bawal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, nak pakai tudung apa pakai lah. asalkan jangan pakai tudung saji dah la eh

      Delete
  49. Assalanualaikum kak nk tnye dkt kmph ad dobi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, dobi?? mendobi sendiri la dik.

      Delete
  50. Assalamualaikum kak, dkt kmph ad dobi x?

    ReplyDelete
  51. Akak, kalau pakai jubah gi kelas pagi boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh. sebab member bilik dulu pakai jubah jugak pegi kelas

      Delete
  52. Assalamualaikum akak.. Bagi akak lh kan mana lg baik matrik or form 6 or upu? Ayh sy suggest untuk ke form 6 tp sy lebih berminat ke matrik sbb baca pengalaman2 mereka2 yg bljr kat matrik n.. Camne eh kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau akak terus lari ke matrik. sebabnya,
      1. mcm fast track nak ke degree cuma ambik setahun sahaja itupun kalau dapat program satu tahun.
      2. kalau form 6, nak ambik aliran apa? kalau sains, ramai orang ckp susah.
      3. kalau diploma, ada yang makan masa jugak. kalau diploma uitm, pastu nak degree pon uitm, sama ja nanti mcm orang ambik matrik pastu ke degree masa dia. cth, diploma 3 tahun, degree mungkin 2 1/2 atau 3. nanti kalau dah masuk alam universiti paham la, nak terangkan skrg panjang sat g 😉😉😉

      Delete
  53. Assalam akak. Saya nak tanya, bila boleh dapat tahu kita dapat module berapa eh? Waktu daftar ke? Kalau dapat module yg kita tak minat macam mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, masa daftar akan tahu module berapa kita dapat. kalau tak minat boleh tukar

      Delete
  54. Kakak nk tumpg tnye sye bru bace blog ni sebb xlme lgi nk bljr kt kmph.. Rmai org ckap matrik ni study susah btol ke kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah. awal masuk memang rasa susah sikit sebab jadual pack, macam sekolah punya jadual and kita kena gerak ke kelas sana sini pastu gedebuk gedebuk la nak hadam. kalau nak score 4.00 senang ja, banyakkan buat past year. serious talk, akak masa spm kimia dapat C tapi masuk matrik dapat A. tak gila mana pun study nak dapatkan A tu siap dapat pujian antara outstanding student lagi (bukan nak membangga, tapi nak kasi semangat je). anywhere pon mana kita pergi untuk study, kena rajin sikit la buat latihan. tu je sebenarnya

      Delete
    2. Akk kt matrik fon n lptop boleh bwak x..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. akak, beg untuk study tu akak galakkan beg sandang ke totebag? (complicated betul😂)

    ReplyDelete
  57. As salam kak, saya baca comment2 tu. Nak tanya, module tu ape eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibarat macam aliran jugak la dan setiap aliran ada beza subjek

      Delete
  58. line kat sana apa okay eh? maxis? celcom?

    ReplyDelete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  60. As salam akak, kmph ada kes misteri tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, ada-ada, kalau kat blok perempuan, naik tingkat atas sekali.

      Delete
  61. asslm akak, sy sebenarnyer jenis yg x confident sgt dgn english sy... klu ade presentation ke, semua kene ckp dlm bhs eng ke? pastu klu ada public speaking tu... semua org wajib akan ckp kt dpn je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, bahasa presentation depends pada lecturer, kalau public speaking, dah nama pon public speaking kannn, mesti la ckp kat depan

      Delete
  62. HI kak. Can I ask you something? Normally, roommates kita sama alIran dengan kita tak dalam satu bilik? Or sama program?

    ReplyDelete
    Replies
    1. students in a room may be different module, but some students might wanna change their module. there is no big different for each science module melainkan aliran akaun.

      Delete
  63. Kak , matriks ni boleh ke kluar tiap2 weekend?

    ReplyDelete
  64. Kak saya baru baca akak punya entry.. Next week akn masuk kmph act kasut mcm mana yg boleh pakai pergi kuliah? Mmg jenis kulit dan pvc je ke? Pakai sneakers takleh ke? Sandal? (Complicated sungguh)

    ReplyDelete
  65. siapa dpt Alirn sains PDT ???kita geng jmpe disana ya...

    btw akak thank you sbb share pngalmn akak dkt sane... ig:_kim_syierah

    ReplyDelete
  66. siapa dpt Alirn sains PDT ???kita geng jmpe disana ya...

    btw akak thank you sbb share pngalmn akak dkt sane... ig:_kim_syierah

    ReplyDelete
  67. Kakan nk tanye mse kat matrik ade kena bayar yuran lain selain yuran pndftran yg rm500 tu.. Ade lgi ke yurn lain kena bayar

    ReplyDelete
  68. akak merangkap 1st batch student kmph batch 2003/04..lagi lengang batch sis 2011..library xde buku..budak wat tempat dating..hmph..masuk dh de cite hantu saje bg jiwa kacau..dok block b2..ambik course sains bio..skrg jadik banker..de la kene sikit2x..

    ReplyDelete
  69. Hi Mira! Seronok baca pengalaman Mira kat KMPh ni. Saya pun dapat jugak kolej ni, alhamdulillah ��
    Ni saya nak tanya:
    1) Pelajar islam perempuan wajib ke pakai tudung? Ada ke kawan kak Mira mcm saya ni? Boleh ke kita pakai skirt kembang panjang and blouse(or kemeja panjang je?).
    2) Boleh ke pelajar KMPh ni balik bermalam pada bila-bila masa? Kena tulis surat kpd HEP atau kami just isi borang kat guardhouse tu? (Dgr KMPP bagi pelajar dorg balik pada bila-bila masa)
    Hehehe sorry banyak soalan, first time masuk asrama��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ni I copy paste my comment dekat blog lain.. Malas nak type haha

      Delete
  70. Slm akak. Time kokurikulum tu kn dia ada 3 komponen( kelab, sukan & prmainan dgn unit beruniform). So boleh pilih slh satu ke? Dia open je ke atau ada kuota jugak?

    ReplyDelete
  71. akak , saya ada soalan , biasanya kan matriks dorg punya penempatan utk kolej , dorg buat random je ke , mcm mana? akak org mana ? i mean rumah kat mana ? sbb tu ke akk dpt matriks pahang?

    ReplyDelete

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...