Total Pageviews

Monday, 9 October 2017

Will Be Changed

Hi,

I just got what in my thought just now. I will change the main purpose of blogging  from 'bebas' to 'kongsi ilmu'

I am now just one-year working experience but I have a lot to share.

I didn't say that I know everything but I know that I know more than before and I think I should share here to improve my knowledge. With more to share, that means I have more to study.

The most important is I will share all my tutorials here.

Yeah, it will start soon. Maybe not so soon.

See yeah.

Wednesday, 4 October 2017

SALAH KAMI KAH?

Sabtu lepas aku ada kelas Statistical Computing. Aku boleh katakan kalau boleh tak mahu skip kelas ni, sebab nampak kelas ni macam kelas belahar statistik, as refer the main point/reason aku nak sambung master adalah nak gain more knowledge about statistics. Apa yang aku dapat, kelas Data Visualization. Kelas yang kita akan belajar macam mana nak present benda yang kita nak present.

Pasal kelas tu nanti je la aku cerita.

Back to kelas sabtu, kami telah diberitahu kelas sabtu bermula pada jam 8.10 pagi - 11.00 pagi. First kelas haritu elok je dia buat dekat makmal yang dah ditetapkan. Pastu dia pulak yang aku tatau dia dah berapa tahun mengajar cakap kelas habis pukul 11.20pagi. Aku macam pelik lah. Masuk pukul 8.10 pagi habis sampai terlebih masa pulak. Okay, biarkan.

Sabtu lepas iaitu kelas kedua. Aku masuk awal, pukul 8.00 pagi. Duduk dalam kelas hadap komputer main la dengan R sikit. Check ilearn and email, mana la tahu ada announcement apa-apa. Ternyata tiada. 

Jam 8.25 pagi, lecturer tak masuk lagi.

Tiba-tiba, ada orang masuk dan terus tanya, 

"eh, ni kelas apa ni?"
"kelas statistical computing" one of classmate bagi tahu
"tapi, setahu saya kelas ni takde, sebab saya dah booking untuk kelas lain"

Kami satu kelas pandang satu sama lain, ada gak yang bunyi, tak tahu apa-apa pun. Ada yang call lecturer. Then lecturer tanya, "kamu kat mana, saya tunggu dari tadi ni"

Dan ditanya kelas kat mana, dia kata makmal 7.

Aku "tak sweet la nak tukar kelas tak bagi tahu"

Jauh siot. Okay, aku maafkan lah sebab dia tunggu. Maka, kami semua bergegas ke makmal 7.

Tiba di makmal 7, semua dah masuk.

lecturer : okay, kita lepas ni kelas kita di makmal 7 ni dan akan mula kelas pada pukul 8.10pagi dan habis pada pukul 11.00 pagi sebab student data science ada kelas 11.30 pagi, lain la kamu takde kelas kan.

bunyik dia dah mula macam nak menyalahkan kami.

lecturer : mula awal, kita habis awal. 

Again, she pointed that it was our fault.

Sepanjang kelas, dia mentioned, pasal kami ni student applied statistics masuk lambat.

Dey, tukar kelas tak bagi tahu kat ilearn, kat email takde, telefon pon tak lagi nak salahkan kami? Pikir kitorang ni boleh scan "di mana lecturer kami sekarang" macam mana R buat scan ke?? Even your are doctor level, lecturer, but your mind is low.

Patutlah banyak bunyi pasal this kind of U. Sedikit sebanyak aku dah nampak buruk dia. Dah masa nak cari kelas dia punya sign sikit nak mampus. Dah la fakulti pon boleh campur. Sains komputer dan matematik boleh pulak ada fakulti pergigian. LOL. Lawak ke? Tak langsung! 

Bukan nak cakap ape la kan, sistem maklumat pelajar UPM walaupun kadang tak boleh masuk sebab kena serbu masa nak daftar or tengok result, tetap cantik kot. Sistematik. I think they should know about single page application. No need to open the new tab untuk each of things that we clicked. Pastu, kalau ye pun nak selenggara nak update/upgrade 5.0 sekalipun, buat la masa student cuti. Ni nak bukak pon tak boleh.

Please upgrade the system.

Wednesday, 6 September 2017

NAK SAMBUNG MASTER?

Assalamualaikum,

Kehadapan para pembaca blog-ku yang tidak seberapa ini diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana hari-hari kalian? Diharap, kalian menempuhi hari-hari kalian dengan penuh nilai yang positif.

Ya, harini saya sangat berbasa basi. *senyum ayu

Kali ini saya sangat berbesar hati untuk menolong kalian yang sedang mencari-cari maklumat berkenaan persoalan yang di dalam hati kalian itu. Mahu sambung belajar atau tidak? Sambung belajar bagus atau tidak? Macam mana pula kalau mahu sambung? Bagaimana pula prosedurnya?

*bunyi seperti orang Indonesia pulaa

Let's move it

Di sini ingin mengongsikan (*betulkah ejaan 'mengongsikan' itu?) sedikit sebanyak pengalaman yang mahu sambung belajar peringkat Sarjana di UiTM. Aku telah menamatkan Sarjana Muda nya di UPM. Jadi aku tertanya-tanya sama ada mahu sambung di mana? Lalu aku membuat keputusan melanjutkan pelajarannya di UiTM. Kenapa?
  • Kerana dekat dengan rumahnya.
  • Kerana yuran lebih murah. *orang kata
  • Kerana tidak 2 tahun kalau sepenuh masa. *boleh jimat masa uuuiii
Antara sebab aku mahu menyambung pelajarannya adalah kerana:
  • Tertekan dengan keadaan sekeliling,  rakan sekerja. Mahu sahaja berhenti.
  • Terasa aku seperti tidak cukup ilmu bila sudah memasuki alam pekerjaan. Mana ada orang menggunakan sepenuh yang kita belajar bertahun-tahun di dalam alam pekerjaan. Sedangkan aku kerja sebagai Data Analisis tapi tidak tahu bagaimana mahu analisis BIG DATA, bagaimana lah itu. aduhh
PERMOHONAN

Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah *tahukah tidak lagu Raihan? *Hahaha

Baik, aku serius.

Dimulakan dengan bismillah, betulkan niat. Tetapkan dalam hati yang kamu betul-betul mahu sambung belajar. Sebab kena tahu dan tampal dalam minda, untuk LULUS kena gred A, -A, B+, B dan itu sahaja. B- itu bukan lulus. 

Pergi ke kaunter BSN yang paling jauh *sebab lagi jauh lagi berkat, usaha kannn

Tak, gurau gurau manja, 

Pergi ke kaunter BSN dekat ke jauh ke mana-mana, beli nombor pin (klik pada 'nombor pin' untuk terus ke jadual pembelian nombor pin) pihak BSN akan update jadual tersebut setiap masa. Permohonan ada 2 kali setahun untuk Coursework kemaasukan Mac dan juga September, tapi kalau Research sepanjang tahun ya. Harga RM50.06 (harga pin + GST). 

Sesudah itu pergi ke laman web IPSis untuk meneruskan permohonan. Isi lah segala tempat kosong yang boleh diisi. Isi betul-betul.

Ada beberapa lagi keperluan perlu dibuat silalah buat. Yang mana perlu dicop, pergilah cop. Kena jumpa lecturer U lama, pergilah jumpa.Tanya kabo ye.

Lepas itu, bila dah lengkap, hantar semuanya melalui pos pon boleh, nak hantar terus ke kaunter pun boleh.

Aku mohon untuk sepenuh masa, sebab fikir kelas macam biasa belajar degree dulu dan nak benti kerja.

PENANTIAN PENUH PENYIKSAAN 

Aku daftar memang lagi 4 hari nak tamat tempoh. Sangat kelam kabut. Sampai salinan yang kena ada cop pengesahan pon aku tak buat. Padan Muka. Hahaha. End up, aku sedar yang aku salah isi borang. LOL. Tah pasrah ke redha. Kalau ada rezeki, dapatlah.

Member cakap dapat result offer tu dalam sebulan setengah lepas mohon kalau tak silap. Bila dah sebulan setengah tu, hampir hari aku tengok ipsis tu, ada keluar ke tidak untuk semak permohonan.

Tiba la satu hari balik dari kerja. Aku tengok ipsis, ada link untuk semak permohonan berjaya or tidak. Masukkan ic number,

ALHAMDULILLAH, AKU DAPAT PELUANG.

Aku bersyukur sangat. Aku diberi peluang untuk sambung belajar. *dah macam sesi luahan

Sepanjang masa menunggu tu, aku macam dilema, adakah patut aku berhenti kerja? Aku banyak bertanya dan berkali kali aku bertanya pada rakan kerja yang dia pun sambung master juga. Dia buat sepenuh masa, tapi kelas dia sabtu dan ahad sahaja. Yang membezakan sepenuh masa dan separuh masa ni, kita boleh ambil jam kredit kurang 12 dan kita juga ada excuse bila kita terlampau sibuk dan banyak pula assignment. Itu yang rakan kerja aku cakap.

Maka, bila difikir fikir, aku tidak jadi untuk berhenti kerja, sekurang-kurangnya aku ada juga income bila belajar, tidaklah sengkek. KAH

PENDAFTARAN

Bagi pendaftaran, banyak benda juga perlu disediakan.

Bagi yang sepenuh masa, memerlukan laporan kesihatan, xray bagai tu perlulah. Bagi yang separuh masa tu, tak perlu. Cop pengesahan pun perlu. Aku sampai ke bangunan UMNO sana pi cari cop pengesahan sebab semua guru besar tak datang sekolah.

Yuran untuk kursus aku RM1958.00, aku bayar guna atm machine jerrrr.

Kalau nak buat penangguhan bayar yuran pun boleh. Nanti masa hari daftar, akan disediakan borang kuning untuk isi mohon tangguh bayar yuran. Don't worry. Aku bayar sehari sebelum daftar. Status belum update kepada telah dibayar. Jangan risau, fotostat resit bayar yuran, nasib tak perlukan cop pengesahan sebab aku fotostat masa dah masuk dewan untuk daftar, keluar uitm balik pergi seksyen 2 untuk fotostat. HAHAHA.

Semuanya ada 6 kaunter kalau tak silap.

  1. Kaunter yuran - kalau dah bayar, skip
  2. Kaunter kesihatan - serahkan xray & aku janji sahaja, yang lain buat penat isi. Gambar pun aku tak lekat.
  3. Kaunter kad pelajar - ambil gambar untuk kad pelajar. jangan risau gambar cantek ke tak, sebab nanti dia akan tanya, OK ke KO? It means, are you satisfied with your nerdy face? Kalau tak ok, boleh ambik lagi.
  4. Kaunter fakulti/daftar fakulti - kat sini ada la akak-akak fakulti. Neh, aku tanya macam mana nak tukar mod pengajian (akan diterangkan di bawah)
  5. Kaunter "ENTAH" *kena serah semuanya, untuk pastikan semua kita dah buat
  6. Kaunter kelab/persatuan pelajar

MASTER OF SCIENCE IN APPLIED STATISTIC

For master in applied statistics, it is same either full-time or part-time. All classes will be held from 6.30pm until 9.20pm on Monday to Friday. Maybe, on weekend as well.

Masa daftar kita akan disediakan dengan jadual kelas. Jadi tak perlu risau la pasal nak daftar subjek ape nanti dan ianya disertakan dengan hari dan masa sekali. Yeah bagus bukan.

Untuk Statistik Gunaan ada 2 aliran elektif yang kita boleh pilih, Business and Data Science. Pandai-pandailah nak pilih yang mana. Kalau boleh jangan la pakai pilih sebab pikir senang ke ape atau nak cabar diri ke apa kan, pilih kalau benda tu banyak kegunaannya. Guna masa kerja. Lainlah kalau nak jadi lecturer kan.

Lagi apa eh?

MOHON PERTUKARAN MOD PENGAJIAN

Akak tu cakap:-
  1. Isi borang mohon tukar mod pengajian yang ada kat ipsis
  2. Buat surat sokongan
  3. Hantar ke fakulti
  4. Dapatkan cop sokongan pensyarah anda yaa
SEPARUH MASA

Jadinya aku telah lulus masuk ke separuh masa. Aku telah bercadang untuk mengambil 4 sem dengan:-

Sem 1: 3 subjek
Sem 2: 3 subjek
Sem 3: 3 subjek
Sem 4: 2 subjek dengan disertation

Cadangnya lah hahaha

YURAN

Mengenai yuran, aku rasalah satu subjek RM300. Yuran lain lebih kurang RM600+-


maybe to be continued...






Thursday, 10 August 2017

RStudio

R adalah satu programming language yang digunakan untuk statistical computing and graphics. Kalau masa belajar dulu, kami statistics student diperkenalkan dengan R, SAS dan Minitab.

Untuk belajar R ni pun bermula dengan C++ programming.

Bila dah masuk kerja pulak, bos asked me to do/study something that I have never done before. Study rmarkdown. Rmarkdown ni just kita nak turn what we do in R into document or preview in browser. Sekarang ni aku guna RStudio. Dia lagi wow dari R yang biasa guna. Tapi kalau nak guna RStudio ni kena download juga R. RStudio ni ada jugak certain package yang tidak boleh kita dapatkan. That is why kena update R kepada yang latest.

Sejak masuk dalam alam kerja ni, aku banyak main dengan pivot table. Pivot table ni one of powerful function dalam excel. Pivot table ni membantu kita dalam extract data into columns and rows in one table and we can make it in graphics as well. It helps us to filter all the needed things or terms for our analysis. There is a lot of function that we can do further, just need to learn more and more.

Guna pivot tabel ni buat kita lagi nampak untuk setiap terms, variables, it can count automatically, helps us to produce the conclusion faster and more.

And back to the main title of this entry, R also allowing pivot table function. With RStudio it is much more nicer.

Okay, if nak tahu more about rmarkdown cklick here.


Monday, 7 August 2017

OFFICE BLACK OUT!!!

Today is Monday, 7th August 2017

Only Ina and I at the office today. Most of the staff are at Menara Celcom and the bosses and Kak Mar went for a meeting outside.


As usual, I am the first person who come before 9 am since a few weeks ago haha and of course I have to open the doors. Yeah, door with s. 3 doors to open. But today, I was shocked with something that I think I was not noticed that thing present. That is a new thing I think. Yeah, that is new. Doorbell.


This is because we don’t always hear someone is knocking the door, the second door. Because sometimes when the bosses are in the office they will close the third door, they are hot they said. And we just, oh okay. Meanwhile we are getting colder. Grrrrr

Ina and I went to lunch at 12.20 pm I think. And then we went to Speedmart for buying something. After a few steps get into the Speedmart, and BLACKOUT! Spontaneously "Okay, I am not a bad luck" mehh.

We walk in the dark. Not the dark shadow huh! 

I thought only the Speedmart but all the stores or the whole block or the whole block at the road are black out. Omaigad office!!!

When we arrived at the office. Yeah we cannot get in. Because we open the door using the card. huhh!!! Then we lepak a while at Adam Lai Restaurant and so hot. I need kipas I need aircond pleaseee. I wore a thick shirt just like sweater thickness and I was sweating. All the lunch I ate was burned and turn into cair maigad. 

Maybe after 20 minutes, the electric is back!!

We run to the office and touch the card to the touchpoint.
.
.
.
the card was not detected!!!!

why?
why?

I called Kak Mar, what we should do. And she also doesn't know, she asked me to call boss. I refused through my heart. 

Ina kept touching the card. But useless. Again, sweating. Fuhh.

After touching for x times, the door is open.

Thank God.

My body just like lost all the energy I ate for lunch and became lapar. 

What day lah. So experience. If it is happen again, then I know what to do. Don't ever touch the card when black out okay!!




Thursday, 22 June 2017

EMOSI

sedikit emosi harini.
teringatkan pasal mak dengan abah.
ya benda itu dah lama berlalu. sangat lama. almost 6 years.

tapi yang aku sakit hati dengan seorang makcik aku ni.

...

masa tu ada majlis kahwin kakak sedara. jadi macam biasa sedara mara pakcik makcik kumpul sehari awal la tolong buat keje semua. rumah abah dekat dengan kakak sedara aku yang nak kahwin tu. jadi diorang akan balik ke rumah abah la untuk mandi, siap-siap apa semua. petang sehari sebelum majlis, malam tu nikah dia.

pada awalnya semua okay. aku rasa macam best je. ye la dah lama tak jumpa diorang kan.

...

baru-baru mak aku cerai dulu, masa masih ada urusan jabatan agama islam kat teluk intan tu, aku dengan mak ada singgah rumah makcik A aku kat teluk intan. singgah untuk ziarah. masa tu, makcik A aku beriya minta maaf kat mak aku sebab dia ada marah mak aku sebelum tu pasal cerai tu. dia cakap dia tak tahu perkara sebenar masa dia marah tu. mak aku pun cakap la, takde ape lah, dah maafkan pun.

... back to malam nikah kakak sedara.

kitorang masih kat rumah abah aku. adik-adik aku semua ada.

adik aku pikah duduk di pangku abah. even die tu dah beso dah pun nasib kurus keding je. kami di ruang tamu utama, yang ada makcik, abah, cik zu(mak tiri aku), adik-adik aku dan aku, tapi aku duduk jauh sikit dari diorang. yang lain kat ruang tamu kedua.

makcik A tu cakap ngan cik zu,"anak-anak dia(aku ngan adik-adik) memang manja dengan lehan ni(abah). lagi-lagi dulu. sekarang ni je mak die dah pisahkan anak-anak dari abahnye. bila jumpa macam ni la. mak die dulu tu, belagak. nak bergaya macam orang kaya. tapi tak tolong pun si lehan ni buat keje. duduk rumah je. nak itu la, nak ini la. bla bla bla."

serius aku berapi gila. nak menangis aku rasa masa tu. dia ibarat macam hina mak aku. abah dan cik zu cuma diam je. aku geram, abah aku tabur fitnah terhadap mak aku kat orang lain.

aku," eh abah. abah sedar diri ke tak siapa yang tolong abah selama ni? kalau tak mak yang tolong abah, abah tak senang macam ni lah! mak minta macam-macam pun sebab itu hak dia. dia dah kerja keras, bayar la! takkan itu pun nak merungut! eh, orang gaji pun bergaji tahu tak! tak lupa jugak, akak dan adik beradik pun ada tolong. kami la yang tolong hantar barang ke kedai sana, angkat barang. nak harapkan adik abah yang kat sana, apa dia buat? setakat tebar roti canai pastu berlagak bos mende? ada dia nak tanya ape-ape masa kitorang angkat barang? haram! kitorang ni anak abah, bukan kuli! kedai sana takde barang, kitorang hantar, tak naik kereta, naik moto. terima kasih pun tak. jangan nak berlagak tak bersalah lah, akak tahu apa yang abah buat sebenarnya sampai cerai. dan makcik A yang hebat sangat, mulut tu jaga. awak tu makin tua, bawak-bawak la insaf. engat, aku tak maafkan ape yang keluar dari mulut makcik A tadi pasal mak aku. paham."

semua kata-kata aku kat atas tu tak terkeluar pun. kenapa tak keluar?! aku pendam sampai keluar air mata aku. aku tak mampu nak lepaskan amarah.

mak aku bersusah payah dari awal perkahwinan tolong dia, dari pagi ke malam, celik mata pejam mata tolong dia. jaga makan minum, jaga pakai, jaga penampilan dia. tapi, macam tu dia fitnah mak aku.

kenapa aku tak punya kekuatan nak marah abah dan makcik A masa tu? kenapa aku cuma keluarkan air mata?

sampai sekarang, sampai 2017 makcik makcik aku dan pakcik pakcik aku yang berlagak alim pandai bijak agama tu semua munafik! luar je nampak alim, tapi dalam hati tu busuk! macam bangkai!

majlis kahwin sedara kau tahun ni, aku tak tegur langsung makcik A, senyum, salam pun tak.

bila aku teringat benda ni semua, aku jadi emosi.

Sunday, 11 June 2017

All About Me

Hi, this entry is about my bio.

Will be updated every time.

I was born as Salimah.
My father is Javanese and my mother is Malay.
I have 5 siblings and I'm second.
Primary school: SK Ulu Bernam
Secondary school: SMK Ulu Bernam
College: Pahang Matriculation College

  • 1M3S2A
  • Module 3: Mathematics, Chemistry, Biology, Computer Science
  • Batch 2011/2012

University: Universiti Putra Malaysia

  • Bachelor of Science (Hons) Major in Statistics
  • Minor Accounting
  • Batch 2012/2016
  • Graduate on Oct 2016
Occupation: Data Analyst

  • DISB
  • Since Sept 2016
  • Forecasting & Marketing Analysis
  • Programmer sometimes
Statistical Software/Language:

  • Excel
  • R
  • RStudio
  • SAS
  • Minitab
Programming Software/Language:

  • Linux
  • MySQL
  • Perl
  • Angular JS
  • Jade
In life. What field of study you choose doesn't mean that will be your path. Too many things to be learned. One of the things would be your real path. Try to dig more and more.

Sometimes, I think Statistics in not my playground. I would love more into programming. At least I can see the error but it's hard to play.

"Grab the knowledge as you can because you are not in the right path yet"- Salimahfai
"Don't hesitate to ask, you are not the only person who still learning"- Salimahfai
"You will be learning throughout your life"- Salimahfai
"Always wondering, because you got powerful brain"- Salimahfai


Saturday, 10 June 2017

I'm Not The Lovely Loving Person

apakah maksud cinta yang sebenar?

apa yang perlu dalam bercinta?


kadang-kadang aku sendiri atau aku memang tak tahu apa makna cinta dan apa yang perlu ada dalam bercinta.

adakah hanya rasa sayang dan takut kehilangan seseorang?

takat ni yang aku tahu, dalam bercinta perlu ada:
  1. persefahaman
  2. bertolak ansur
  3. jangan mementingkan diri sendiri
  4. hormat menghormati
  5. jujur
  6. apa lagi??
I'm so dump in this kind of world.
  1. adakah aku salah kalau aku hubung orang lain(perempuan) hanya untuk bercerita sedikit apa jadi/rasa hari itu?
  2. adakah aku salah kalau terlupa/tak sengaja/tak perasan membalas mesej dari pasangan selepas membalas mesej dari orang lain kerana sedang membuat kerja/sibuk dengan benda lain dan menampakkan aku macam tidak meletakkan pasangan di tempat yang pertama?
  3. adakah aku salah kalau aku tidak meluangkan masa dengan pasangan pada hari cuti tetapi meluangkan masa dengan family kerana hari-hari lain sudah diluangkan untuk pasangan?
  4. adakah aku salah kalau balik kerja lambat/lebih waktu pejabat atas alasan kerja?
yes, aku salah. tambah pula aku tak sengaja mengulang salah yang sama, bukan sekali, tapi berulang kali. tapi adalah salah aku terlalu besar sampai mencetuskan pergaduhan? yang kadang-kadang pergaduhan besar?

apa aku patut buat?

aku dikatakan tidak menjaga hati pasangan, dikatakan tidak sayang pasangan, dikatakan mementingkan diri sendiri, dikatakan tidak memahami pasangan.

lol. kadang aku sungguh penat kalau asyik kena macam ni. sampai aku rasa. hmm, minta maaf je la. aku salah je lah. trauma buat salah pun ada.

Tuesday, 6 June 2017

Politeknik Balik Pulau

hai guys

yesterday i sent my sister to politeknik balik pulau.

the place is really really new.

im happy for her. i was/is really thankful because she got in there. at least she is in diploma stage. i know, that she is not so intelligent person but she was.

i was so scared she got none of any offer except the private lah kan haha

but unfortunately i was so stupid for not taking any photo for u guys to preview how the place. but may be later i will put it on.

the hostel is just right of the DEWAN UTAMA/SERBAGUNA, there are 3 block because i saw block A, B and C. girls block B. for now, idk is the block c is the hostel?? shrugs 💁🏻💁🏻💁🏻💁🏻

wehh kadang penat doh cakap bahasa mat saleh ni kalau grammer hancus hancus aku

back to reality where i am a typical malay kampung girl haha

satu blok hostel tu ada 5 tingkat. setiap tingkat tu ada 2 bilik air/tandas. bukan maksud aku literally 2 tau. dalam 1 bilik air tu ada berderet lagi la dalam 5 atau 6. kay, fyi, I SAW NO WASHING MACHINE hahahaha. tapi tatau la kalau tersorok atau kat aras lain kan sebab adik aku ground floor je. bilik tidur best ah, 2 orang satu bilik weh. almari beso pulak. kelengkapan bilik:

  • katil
  • tilam
  • bantal
  • meja belajar
  • kerusi
  • almari
  • lampu
  • kipas
  • soket
tiada lampu study, hmm

ada taklimat untuk ibu bapa/waris, kena masuk tau. dia akan bagitahu semua pasal keselamatan dan pengawasan. pengawasan kat situ sangat ketat, keluar masuk kampus kena bagitahu warden. masa taklimat antara katanya:

  • jangan keluar/balik lebih pukul 7pm. banyak 'maling'. bahaya
  • ada juga kes kecurian. aras bawah, tingkap ada grill.
  • even IT kampus, kalau boleh takyah bawa laptop takut ada kecurian. komputer disediakan di sana (dalam kelas)
dah macam asrama sekolah kalau dok situ. mungkin sebab kawasan kecik kot

itu je buat masa ni kay. gambar will be uploaded soon

adik aku cakap, washing machine ada je. hahaha


Wednesday, 31 May 2017

Update : What I Learn

hi guys

how fasting? it is good right? haha

kay, today I would like to talk about what the new thing I learned in everyday/week/month/year hahaha

and I will update this entry every time I learned the new thing.

For now, Im not write the details but just list down the new thing.

the new thing is:

  1. How to analyze data.
  2. Software or programming language.
here is the link (1):
  1. Association Rules
here is the link (2):
  1. RStudio
  2. Linux
  3. Perl
  4. MySQL
  5. Python

selamat berpuasa and may u guys have a nice day today and everyday yaa

Monday, 22 May 2017

WORK WORK WORK WORK WORK WORK

work work work work work work

work will never ever finished unless you are unemployed or die

when someone ask you

"keje banyak lagi?"

"keje dah siap?"

yes, still have plenty of work need to be done

and when that work/assignment is finished

haha

there are more waiting for your attention



STATISTICIANS



”I keep saying that the sexy job in the next 10 years will be statisticians. And I’m not kidding.” — HAL VARIAN, chief economist at Google.

Wednesday, 3 May 2017

AKU STRESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sekarang ni aku dah pun bekerja hampir 8 bulan. kalau sebelum ni aku rasa masa cepat je berlalu. tapi since bulan ni aku rasa lambatnya masa berlalu.

dari ayat aku kat atas tu pun boleh menampakkan situasi atau keadaan atau perasaan aku sekarang ni.

tidak dinafikan kerja kat tempat kerja aku tu best. bagi tempat aku la, sebabnya :
  1. jimat duit kenderaan. pergi kerja jalan kaki. 
  2.  jimat duit makan. kedai makan ada yang murah gila sampaikan boleh makan dengan harga RM3.50 dengan kenyangnya. shah alam weh, engat senang nak dapat?? kalau kedai lain mau RM5.00++.
  3. buat kerja dengan tenangnya dan suasan yang happy. even kau stress tapi aku still boleh gelak2 bila sembang ngan akak2 ofis.
  4. mostly orang sekeliling membantu kalau kita tak tahu. 
tak lama tu aku dapat kawan kerja. alhamdulillah, kerja aku boleh dilakukan dengan 2 otak.

dapat kerja baru.

bila dah berpartner ni kan, bolehlah berbincang. bagus, kawan aku ni budak dia bijak. kalau tak bijak takkan la boleh dapat masuk sekolah bagus, belajar tinggi. pemikiran dia lain sangat dari aku. dia macam banyak idea.

bila berbincang, dia banyak membuatkan aku berfikir. dengan memaksa aku berfikir di luar kotak. sungguh aku rasa, "aduhai, kenapa aku ni tak macam dia berfikir pantas dan luas"

disebabkan dia yang berfikir pantas dan luas, dia banyak menyangkal idea aku.

ya, idea aku kurang bernas bagi dia. dan aku kerah otak aku mencari idea yang lebih masuk akal.

di akhir perbincangan, dia membuat kesimpulan dengan mengambil semua idea aku digabung menjadi idea dia. bagus jugak budak ni kan.

aku bukan sahaja buat satu kerja, bak kata orang dalam company tu, kita kena multi-skills, multi-in-everything. kadang kala disebabkan busy fokus pada satu kerja, kerja yang lain tergendala.

dah lama tergendala, aku curi masa untuk menyiapkan kerja tu, kawan aku pun sibuk bila nampak aku buat kerja lain,

"kau buat ape doh?"
"aku buat kerja la bodoh"*dalam hati.

dia pikir aku main-main dengan server gamaknya. urgh!

dia sungguh bagus, ke sana sini berfikir untuk buat itu dan ini. menyangkal semua idea aku dan bila tiba masanya dia akan mengatakan "benda ni menunjukkan bla bla... dari situ kita tahu bla bla..."

aku setiap kali akan terdiam dan eh??

semakin hari, semakin tak tentu arah aku jadinya, aku makin lemau nak masuk ofis. sebab aku akan hadap pelbagai rengekan orang yang di atas tu. aku akan happy, ya happy bila masuk ofis tidak nampak muka dia. bahagia hanya sementara. dalam hidup sememangnya begitu, bahagia hanya sementara, selanjutnya derita, bahagia, derita.

salah aku sebab menganggapnya derita mungkin.

dia terlalu bagus dan hebat. sehinggakan apa orang lain buat dia nak pertikaikan. dapat data lambat sebab aku tahu pembekalnya (*pembekal kata kau) busy banyak kerja. ya aku tau itu. bila lambat dia terus cakap "hopeless" sapa yang dia tujukan?

banyak maklumat yang kami perlukan untuk kajian. masuk sana keluar sini. masuk sini keluar sana. guna sistem cari maklumat, bila tak dapat benda yang dicari, "sape la yang buat sistem macam ni"

aku stress setiap kali nampak muka dia. sebab tiap kali nampak muka dia, macam2 soalan pasal kerja bermain kat fikiran aku dan macam mana nak hadap dia ni yang banyak dengan soalan.

kalau kau bagus, kenapa tak cari tempat yang lagi bagus.
kalau kau tak berambus, aku yang berambus.

bersambung...

Thursday, 5 January 2017

STILL NOT ENOUGH

Hi,

today is Wednesday and 14 Dec 2016. 

my 94th day of work. 

i realized but not now, it has been from the second week i started my job as data analyst.

even though i have finished my 4 years degree life, class, tutorials, assignments, tests, and exams. sigh*

my knowledge still not as much as required to be a data analyst.

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...