Total Pageviews

Thursday 22 June 2017

EMOSI

sedikit emosi harini.
teringatkan pasal mak dengan abah.
ya benda itu dah lama berlalu. sangat lama. almost 6 years.

tapi yang aku sakit hati dengan seorang makcik aku ni.

...

masa tu ada majlis kahwin kakak sedara. jadi macam biasa sedara mara pakcik makcik kumpul sehari awal la tolong buat keje semua. rumah abah dekat dengan kakak sedara aku yang nak kahwin tu. jadi diorang akan balik ke rumah abah la untuk mandi, siap-siap apa semua. petang sehari sebelum majlis, malam tu nikah dia.

pada awalnya semua okay. aku rasa macam best je. ye la dah lama tak jumpa diorang kan.

...

baru-baru mak aku cerai dulu, masa masih ada urusan jabatan agama islam kat teluk intan tu, aku dengan mak ada singgah rumah makcik A aku kat teluk intan. singgah untuk ziarah. masa tu, makcik A aku beriya minta maaf kat mak aku sebab dia ada marah mak aku sebelum tu pasal cerai tu. dia cakap dia tak tahu perkara sebenar masa dia marah tu. mak aku pun cakap la, takde ape lah, dah maafkan pun.

... back to malam nikah kakak sedara.

kitorang masih kat rumah abah aku. adik-adik aku semua ada.

adik aku pikah duduk di pangku abah. even die tu dah beso dah pun nasib kurus keding je. kami di ruang tamu utama, yang ada makcik, abah, cik zu(mak tiri aku), adik-adik aku dan aku, tapi aku duduk jauh sikit dari diorang. yang lain kat ruang tamu kedua.

makcik A tu cakap ngan cik zu,"anak-anak dia(aku ngan adik-adik) memang manja dengan lehan ni(abah). lagi-lagi dulu. sekarang ni je mak die dah pisahkan anak-anak dari abahnye. bila jumpa macam ni la. mak die dulu tu, belagak. nak bergaya macam orang kaya. tapi tak tolong pun si lehan ni buat keje. duduk rumah je. nak itu la, nak ini la. bla bla bla."

serius aku berapi gila. nak menangis aku rasa masa tu. dia ibarat macam hina mak aku. abah dan cik zu cuma diam je. aku geram, abah aku tabur fitnah terhadap mak aku kat orang lain.

aku," eh abah. abah sedar diri ke tak siapa yang tolong abah selama ni? kalau tak mak yang tolong abah, abah tak senang macam ni lah! mak minta macam-macam pun sebab itu hak dia. dia dah kerja keras, bayar la! takkan itu pun nak merungut! eh, orang gaji pun bergaji tahu tak! tak lupa jugak, akak dan adik beradik pun ada tolong. kami la yang tolong hantar barang ke kedai sana, angkat barang. nak harapkan adik abah yang kat sana, apa dia buat? setakat tebar roti canai pastu berlagak bos mende? ada dia nak tanya ape-ape masa kitorang angkat barang? haram! kitorang ni anak abah, bukan kuli! kedai sana takde barang, kitorang hantar, tak naik kereta, naik moto. terima kasih pun tak. jangan nak berlagak tak bersalah lah, akak tahu apa yang abah buat sebenarnya sampai cerai. dan makcik A yang hebat sangat, mulut tu jaga. awak tu makin tua, bawak-bawak la insaf. engat, aku tak maafkan ape yang keluar dari mulut makcik A tadi pasal mak aku. paham."

semua kata-kata aku kat atas tu tak terkeluar pun. kenapa tak keluar?! aku pendam sampai keluar air mata aku. aku tak mampu nak lepaskan amarah.

mak aku bersusah payah dari awal perkahwinan tolong dia, dari pagi ke malam, celik mata pejam mata tolong dia. jaga makan minum, jaga pakai, jaga penampilan dia. tapi, macam tu dia fitnah mak aku.

kenapa aku tak punya kekuatan nak marah abah dan makcik A masa tu? kenapa aku cuma keluarkan air mata?

sampai sekarang, sampai 2017 makcik makcik aku dan pakcik pakcik aku yang berlagak alim pandai bijak agama tu semua munafik! luar je nampak alim, tapi dalam hati tu busuk! macam bangkai!

majlis kahwin sedara kau tahun ni, aku tak tegur langsung makcik A, senyum, salam pun tak.

bila aku teringat benda ni semua, aku jadi emosi.

No comments:

Post a Comment

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...