Total Pageviews

Saturday 10 June 2017

I'm Not The Lovely Loving Person

apakah maksud cinta yang sebenar?

apa yang perlu dalam bercinta?


kadang-kadang aku sendiri atau aku memang tak tahu apa makna cinta dan apa yang perlu ada dalam bercinta.

adakah hanya rasa sayang dan takut kehilangan seseorang?

takat ni yang aku tahu, dalam bercinta perlu ada:
  1. persefahaman
  2. bertolak ansur
  3. jangan mementingkan diri sendiri
  4. hormat menghormati
  5. jujur
  6. apa lagi??
I'm so dump in this kind of world.
  1. adakah aku salah kalau aku hubung orang lain(perempuan) hanya untuk bercerita sedikit apa jadi/rasa hari itu?
  2. adakah aku salah kalau terlupa/tak sengaja/tak perasan membalas mesej dari pasangan selepas membalas mesej dari orang lain kerana sedang membuat kerja/sibuk dengan benda lain dan menampakkan aku macam tidak meletakkan pasangan di tempat yang pertama?
  3. adakah aku salah kalau aku tidak meluangkan masa dengan pasangan pada hari cuti tetapi meluangkan masa dengan family kerana hari-hari lain sudah diluangkan untuk pasangan?
  4. adakah aku salah kalau balik kerja lambat/lebih waktu pejabat atas alasan kerja?
yes, aku salah. tambah pula aku tak sengaja mengulang salah yang sama, bukan sekali, tapi berulang kali. tapi adalah salah aku terlalu besar sampai mencetuskan pergaduhan? yang kadang-kadang pergaduhan besar?

apa aku patut buat?

aku dikatakan tidak menjaga hati pasangan, dikatakan tidak sayang pasangan, dikatakan mementingkan diri sendiri, dikatakan tidak memahami pasangan.

lol. kadang aku sungguh penat kalau asyik kena macam ni. sampai aku rasa. hmm, minta maaf je la. aku salah je lah. trauma buat salah pun ada.

No comments:

Post a Comment

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...