Total Pageviews

Wednesday 3 May 2017

AKU STRESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sekarang ni aku dah pun bekerja hampir 8 bulan. kalau sebelum ni aku rasa masa cepat je berlalu. tapi since bulan ni aku rasa lambatnya masa berlalu.

dari ayat aku kat atas tu pun boleh menampakkan situasi atau keadaan atau perasaan aku sekarang ni.

tidak dinafikan kerja kat tempat kerja aku tu best. bagi tempat aku la, sebabnya :
  1. jimat duit kenderaan. pergi kerja jalan kaki. 
  2.  jimat duit makan. kedai makan ada yang murah gila sampaikan boleh makan dengan harga RM3.50 dengan kenyangnya. shah alam weh, engat senang nak dapat?? kalau kedai lain mau RM5.00++.
  3. buat kerja dengan tenangnya dan suasan yang happy. even kau stress tapi aku still boleh gelak2 bila sembang ngan akak2 ofis.
  4. mostly orang sekeliling membantu kalau kita tak tahu. 
tak lama tu aku dapat kawan kerja. alhamdulillah, kerja aku boleh dilakukan dengan 2 otak.

dapat kerja baru.

bila dah berpartner ni kan, bolehlah berbincang. bagus, kawan aku ni budak dia bijak. kalau tak bijak takkan la boleh dapat masuk sekolah bagus, belajar tinggi. pemikiran dia lain sangat dari aku. dia macam banyak idea.

bila berbincang, dia banyak membuatkan aku berfikir. dengan memaksa aku berfikir di luar kotak. sungguh aku rasa, "aduhai, kenapa aku ni tak macam dia berfikir pantas dan luas"

disebabkan dia yang berfikir pantas dan luas, dia banyak menyangkal idea aku.

ya, idea aku kurang bernas bagi dia. dan aku kerah otak aku mencari idea yang lebih masuk akal.

di akhir perbincangan, dia membuat kesimpulan dengan mengambil semua idea aku digabung menjadi idea dia. bagus jugak budak ni kan.

aku bukan sahaja buat satu kerja, bak kata orang dalam company tu, kita kena multi-skills, multi-in-everything. kadang kala disebabkan busy fokus pada satu kerja, kerja yang lain tergendala.

dah lama tergendala, aku curi masa untuk menyiapkan kerja tu, kawan aku pun sibuk bila nampak aku buat kerja lain,

"kau buat ape doh?"
"aku buat kerja la bodoh"*dalam hati.

dia pikir aku main-main dengan server gamaknya. urgh!

dia sungguh bagus, ke sana sini berfikir untuk buat itu dan ini. menyangkal semua idea aku dan bila tiba masanya dia akan mengatakan "benda ni menunjukkan bla bla... dari situ kita tahu bla bla..."

aku setiap kali akan terdiam dan eh??

semakin hari, semakin tak tentu arah aku jadinya, aku makin lemau nak masuk ofis. sebab aku akan hadap pelbagai rengekan orang yang di atas tu. aku akan happy, ya happy bila masuk ofis tidak nampak muka dia. bahagia hanya sementara. dalam hidup sememangnya begitu, bahagia hanya sementara, selanjutnya derita, bahagia, derita.

salah aku sebab menganggapnya derita mungkin.

dia terlalu bagus dan hebat. sehinggakan apa orang lain buat dia nak pertikaikan. dapat data lambat sebab aku tahu pembekalnya (*pembekal kata kau) busy banyak kerja. ya aku tau itu. bila lambat dia terus cakap "hopeless" sapa yang dia tujukan?

banyak maklumat yang kami perlukan untuk kajian. masuk sana keluar sini. masuk sini keluar sana. guna sistem cari maklumat, bila tak dapat benda yang dicari, "sape la yang buat sistem macam ni"

aku stress setiap kali nampak muka dia. sebab tiap kali nampak muka dia, macam2 soalan pasal kerja bermain kat fikiran aku dan macam mana nak hadap dia ni yang banyak dengan soalan.

kalau kau bagus, kenapa tak cari tempat yang lagi bagus.
kalau kau tak berambus, aku yang berambus.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...