Total Pageviews

Monday, 27 April 2015

Budak malas basuh baju

Ambil kesempatan kejap bila petang tadi dah tido dan malam payah la pulokkkk nak tido . 

Aku ni budak malas

Ini statement

Hahaha

Baju sudah seminggu berlonggok dalam baldi   tak cukup baldi gantung lak kat memana yang boleh di sangkut . Lahaii busy bebeno ke cik oiii #busyday sangat . Malam ni gigih kan diri nak gak basuh baju . Sebab pakaian kecik dah habis .

Bila baju dah berlonggok ni kan . Engat mampu ke nak basuh manually ? Mang hidoknye ler aku ni budak malas nak pegang berus memalam gini . Mesin basuh kan hadooo . Apa guna pau adik aku duit syiling kalau tak guna mesin basuh kannn .

Tunggu mesin basuh baju setengah jam dan keringkan baju sejam . Habis lima hinggit weh . Tu tak kira lagi duit duoposen aku yang dimasukkan tapi paparan harga tu tak berubah . Aku pun tah kenapa macam leka je masukkan . Ngek ! Habis lapanposen

Selesai semua

Ambik baju punggah atas katil .

Sambung taip entry blog #thehonestfortoday

Baju tu sapa nak kemas weh??

Kol 1.40 pagi

'Aku nak tido je lah dengan pakaian berlonggok atas katil ni'

Malas punya pasal nak kemas kan . Tutop laptop setelah habis #thehonestfortoday2 . Kemas meja .

Aku si budak malas mula cari pakaian kecik dari longgokan 'emm banyak' . Sumbat dalam bekas kat almari . Tudung lipat dan gantung di penyangkut . Cari seluar pulak . Lipat dan letak di kerusi . Semua helai baju di kibas dan disangkut di penyandar kerusi .

Selesai !

Tutup lampu dan baring tidoooo .

Walaupun aku malas tapi aku tak mampu tempat tido aku sepah . #ituaku

Friday, 24 April 2015

SIKIT PASAL MATRIKULASI PAHANG, GAMBANG

assalamualaikum dan haiii

berapa minggu lepas budak lepasan spm baru dapat keputusan permohonan program matrikulasi . mesti korang tercari-cari pasal matrikulasi yang korang dapat kan?? 


jangan risau , sekarang ni maklumat semua di hujung jari je kan . apa lagi , google aje lah kan sonang . jangan la pada zaman maju ni korang hanya reti dok berwechat whatsapp facebook twitter instagram jerrr yang lain akak tak tahu apa lagi social apps yang korang guna . nak promote sikit lah , bukan nak promote ape kan , cuma nak promote pasal blog lah , korang jadilah blogger supaya senang sikit nak share cerita pengalaman korang contoh cenggini ramai budak nak cari makluamat pasal matrikulasi . 


okehh di sini hakak ni ex-student matrikulasi pahang batch 2011/2012. sapa nak jadi student KMPh meh ler ke blog sini cari info sikit-sikit hehehe


- masa batch akak tshirt KMPh ni ada dua , satu jenis cotton yang warna oren dan yang jenis kain jersi yang warna merah lengan biru . akak suka baju merah biru tu , sedap je bila pakai dan dua-dua baju ni masih cantik lagi sampai sekarang (2011-2015). tapi tshirt untuk batch korang lak tak tahu la warna apa dan macam mana kan. tapi haritu akak  ada nampak budak pakai baju tshirt KMPh tau, warna merah jenis cotton kalau tak silap lah.


- pasal bilik pulak akak tak banyak ambil gambar bilik tapi cukup la sekadar korang nak tengok kemudahan apa yang ada dalam bilik korang kan . katil, bantal, tilam, almari besi, meja belajar dengan 2 laci, kerusi, rak buku, bawah rak buku ada lampu (jadi kalau nak study sampai lewat malam boleh la tutup lampu utama ) , tempat sidai tuala atau sejadah semua ni korang ada korang punya sendiri. kipas ada jangan risau . satu bilik ada 4 orang ok la tu kan. bilik besar selesa. dalam bilik tu pepandai la korang nak beramah mesra , hormat rakan sebilik demi keharmonian korang setahun tu atau dua tahun tu. setiap aras ada 2 tempat sidai baju dan juga toilet. dalam toilet ada 5 bilik shower dan 5 jamban (*jamban, hahaha*) lah jugak kan kalau tandas tu. satu aras ada 41 bilik. ce lah kire bape ramai budak satu aras korang tu. hehe kalau nak mandi pagi  tu emm beratur laaa jangan risau kompom ada yang mandi dalam tandas. 



jangan cepat melatah ye, ni gambar bukan di usm walaupun meja tu ada sticker usm. laci tu bukan tak da, cuma akak keluarkan masa tu. lek eh
ni tempat akak yang agak bersepah sikit haha
haaa kemas gila kan?? ni sebab sumbat barang dalam almari . nak cuti 2 minggu kannn

- ok kat kmph ada blok A B C, setiap blok tu pecah pada dua blok A1 A2 B1 B2 C1 C2 . blok A dekat dengan dewan kuliah, blok C dekat ngan bilik tutorial dan blok B dengan makmal dan juga bangunan pentadbiran. antara blok 1 dan 2 kat tengah tu ada cafe. cafe besar tapi kalau besar mana pun time rehat kol 1-2 penuh jugak sebab tu akak jarang makan kat cafe kalau time rehat. baik makan kat bilik lagi best. boleh terus solat zuhur. makanan kat cafe bergantung pada orang yang niaga lah sedap ke idak, murah ke idak hehe tapi masa batch akak makan sedap gila kat cafe A. cafe blok akak lah. ada western food jugak tapi pasta tak da lah,chicken chop,fish n chip, sizzling *ye ke ejanya hmm, koteaw sup pehh sodap gila makanan feveret haha dan macam-macam lagi. akak dok matrik ni jadi bambam sebab banyak makan. tak tertinggal jugak ada kedai runcit berdekatan dengan student centre, kedai alat tulis, kedai buku, kedai roti. 

ni blok A2 ada lima tingkat tetapi tikat dua dipanggil aras 1 jadi ada 4 aras. bawah bilik korang tu ada rumah felo. felo ni lecturer korang jugak. ada bilik tv.


ni kat cafe C. tengok ada ABC ngan ABJ. hirup tengah cuaca panas sedap jugak kan. hehe

- pasal kelas pulak korang bakal ada kuliah di dewan kuliah, ada 6 dewan kuliah. ada makmal biology, fizik, kimia dan juga komputer pada yang dapat module 2 dan 3. makmal komputer atas library. pergi library ambil pintu lobby sebelah pintu masuk library ada lif naik aras 2. kat library ada juga kedai tapi kami lebih memanggilnya kiosk. kat kiosk tu korang boleh fotostat nota kuliah dan juga beli tiket bas. kat depan library ada cafe kecik tapi kat situ akak suka sarapan. sarapan feveret megi goreng dengan ayam goreng. fuhh sedap oi! 

haa nampak tak tu 3 pintu, dua pintu kat kiri tu pintu untuk masuk dan keluar library. pintu lobby tu nak g ke lif untuk ke makmal komputer kat atas.


motif akak letak gambar ni bukan nak tunjuk orang tengah buat keje tepi kolam tapi nak tunjuk belakang tu kiosk yang akak cakap sebelom ni. tak nampak sangat kan
ni antara dewan kuliah.
ni dalam library
dalam library, boleh la korang kalau nak baca newspaper
antara experiment biology bedah tikus. buat experiment ni best. siyes akak cakap. yang tak best buat report
bilik tutorial. korang kena hafal turutan nombor bilik tutorial moga korang tak sesat dan tak susah nak cari. banyak wehhh rasanya ada la kot 40.
ada 4 tingkat untuk bilik tutorial
ni makmal. nak naik makmal ni boleh guna tangga atau lif.

ni kelas agama. setiap sem ada kelas agama. kelas agama yang ni buat dalam surau. surau 2 tingkat okehhh
ni haa suraunya


jamuan makan di cafe B, kalau nak tengok baju yang akak cakap tadi. tuha oren ngan merah lengan biru

 - pasal orientasi akak dah cerita masa akak awal masuk matrik. so malas nak cerita lagi. cari la dalam tahun 2011.

ni Dewan Besar dan ini masa orientasi pakaian ditentukan oleh akak fasilitator korang tudung tu dibagi jugak. series talk, dewan ni panas gila kalau tengah hari mengalir peluh beb kat badan even korang dok diam je.
ni kat teluk cempedak. untuk setahun kat pahang 3 kali jer akak pegi. tak sah la kalau student tak jejak kaki kat sini
 
student centre yang akak cakap tadi.


aktiviti berkayak. bergantung pada cikgu koko korangla nak buat atau tak. tapi best weh. dalam ni weh. tapi cikgu akak cakap tak dalam ah, cuma paras dada itik je. 
*tapi dengar cite ada kejadian budak lemas kat tasik ni lepas batch kitorang

lepas berkayak berendam kejap. yang sini tak dalam. kaki boleh cecah dasar.
 - korang nanti akan ada sesi photoshoot. setiap kelas. ada yang candid dan juga ada yang formal. pastu gamba tu korang boleh beli. nak berframe pun boleh. tapi gambar akak sampai sekarang tak berframe. hehe

gambar sekelas yang wajib ada




haa ni masa public speaking. kat belakang tu ada kedai runcit, bakery, ada kedai buku.




haa panjang gila entry akak kali neh. hanya untuk korang yang bakal jadi student kolej matrikulasi. kalau tak cukup maklumat silakan bertanya. sangat sudi menjawab yaa.


hai adik2, jika ada sebarang soalan, boleh bertanya melalui :

1. komen di bawah


selamat menjadi warga matrikulasi dan semoga berjaya menempuh kehidupan di matrikulasi yaa


okbai

Saturday, 28 March 2015

HATI-HATI WAHAI WANITA , PEREMPUAN

zaman yang semakin maju . maju dengan teknologi . telefon bimbit yang semakin canggih . canggih yang semakin murah . telefon pintar yang boleh dimiliki dengan harga yang rendah . di samping itu , kebanjiran warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari kerja yang selayaknya dengan taraf pendidikan mereka . kalau dah taraf pendidikan rendah jadi kuli sahaja . tapi tidak dinafikan juga bahawa mereka yang kerja kuli sahaja itu bukan tiada pendidikan tinggi .

semua itu bukan persoalan dalam entri ini , tapi penggunaan telefon pintar yang salah dari segi kecetekan akal dan juga moral . kadang-kadang kita pernah mengambil gambar sesuatu secara senyap-senyap . gambar apa-apa sahaja . tapi , pernahkah kita mengambil gambar orang secara senyap ? setakat ini saya sendiri tak pernah mengambil gambar secara senyap walaupun terhadap crush , tapi saya tiada crush , gambar kawan adalah . ambil hanya untuk mengenakan dan selepas gambar diambil , saya beritahu mereka . 

kalau pernah ambil gambar orang secara senyap , jangan tak terfikir pula yang warga asing akan ambil gambar anda secara senyap . hal ini bukan hanya pemikiran yang berfikir secara random tetapi saya sendiri pernah melihat kejadian sebegini di mana seorang warga asing mengambil gambar seorang perempuan di hadapannya . jangan nak kata saya fitnah . saya sendiri nampak ada flash di lampu kamera dia . nak kata dia menyuluh jalan atau apa sekali pun , tapi ketika itu masih lagi terang dan kenapa cara dia pegang telefon itu dengan cara sedang mengambil gambar ? selepas itu dia berpindah sebelah kiri saya dan kawan saya sejauh dalam 2 meter mengikut anggaran . *ya begitu skema saya menulis entri kali ini. saya perhatikan apa yang dia buat . tapi malangnya dia mencuba lagi untuk mengambil gambar orang lain . tapi arah pada perempuan yang sama dan lampu di kamera telefon dia menyala . lantas saya menegur dia "hey, buat ape tu? ambil gambar sape tu?" dan dia terus tak jadi nak mengambil gambar . 
selepas itu saya dan kawan saya bergerak ke tempat lain dan sesekali perhatikan dia .

jadi , perempuan , wanita perlu berhati-hati . kita tak tahu apa yang dia bakal buat dengan gambar kita . kita harus sedar bahawa apa sahaja yang ada pada diri kita boleh dijadikan sebagai satu sumber merangsang nafsu seks pada mereka yang sangat bodoh seperti otak tiada akal . lantaran itu , pemakaian dan keselamatan harus dijaga . jangan leka ketika kita berada di sekawasan dengan warga asing . 

Monday, 23 March 2015

TAHNIAH

Assalamualaikum dan salam tengah hari 

hokkeyyy

sabtu lepas iaitu 21.3.2015 aku menjoinkan diri ke majlis pertunangan cikgu ikhwan a.k.a EEB yang soon bukan lagi eligible bachelor haha
 
tempat di taman jasmin, kajang. area rumah roommate aku masa matrik tapi time tu dia tak da kat rumah lah pulak.

TAHNIAH EEB DAN TUNANGNYA !!

aku bawak member 2 orang untuk temankan aku kat sana , lin dan laili. yang bagusnya diorang nih boleh pulaklah pakai baju biru sesama. memang sangat pengapit aku lah gitu kann.
pengapit peneman penguat 

yeahhh 

sangat banyak gelak ngan diorang nih tapi takpa, that what i want. gelak. kalau takde gelak lain pulak kang yang jadinye.

masa makan tengah hari lin paling suka makan. dia cakap nak tapau kuih yang ada kat situ. sedap katanya. aku cuma cakap, "lin, behave, tempat orang nih. tapi kalau kenduri aku kau nak tapau bebanyak pon takpa"

air terbaik! 
asam jawa!!
aku tak minum air masam-masam. dan kena lah jugak aku minum, berkerut gak muka aku huhu
 
tak yah nak celoteh bebanyak. 
meh tengok bawah neh. belanja gamba bebanyak.


sorang pengapit saya yang mengalami kemurungan hahaha


weee dua orang yang kat belakang tu pengapit saya lahh for that dayyy

ambil kesempatan selfie use EEB's phone haha
opss laili ambil gamba ada orang di belakang dennn
yeahhh looks fat. indeed


maaf dipinta kepada EEB dan tunangnya sebab saya berada di tengah tuu. saya punyalah gelabah sebab ada kat tengah tu. 





actually aku dan penat senyum .. tak cukup orang lain yang ambilkan gambar, selfie pulakkk. sapa tak nok woi!


ni lin yang minta nak selfie sikittt
haa selfie when keluar from the majlis

last !

THANKS TO EEB SEBAB SUDI JEMPUT SAYA DAN BAGI SAYA AJAK MEMBER :) :)

Tuesday, 3 March 2015

BENGANG

mak aku ada sebidang tanah dan nak jual tanah tu untuk beli tapak rumah lain dan bina rumah. lagipun hasil sawit kat tanah tu tak beraoa lumayan padahal aku tangok dulu kemain setiap bulan almost thousand boleh dapat.tak tahu lah sebab buah sawit banyak atau harganya yang tinggi. tapi...siapa tak puas hati kalau 2 bidang tanah berlainan bila sekali potong buah sawit hasilnya hanya lebih kurang half of thousand. tambahan pula mak aku seolah tiada hak kat tanah tu bila ada mak cik ni larang mak aku menapak kat tanah sendiri sebab jealous. go to hell lah kau punya jealous! kat tanah tu tempat abah aku buat bisnes dan ada rumah jugak kat situ.  bila mak aku minta sewa boleh dia kata apa hak nak minta sewa. alahaiiiii. jadi..dengan hal kat atas tu salah ke mak aku nak jual tanah tu ? mak aku dah offer kat abah aku nak jual tanah tu since mak aku rasa dia seumpama tiada hak kat atas tanah tu. abah aku cakap tak berminat. hokkay! sekarang bila mak aku dalam proses nak jual ada orang lak timbulkan isu seperti nak diperbahaskan hal ni dalam ahli keluarga sambil cakap dengan harapan lehan hidup merempat. berasap je aku rasa tengok ayat tu woii! dulu dah offer cakap tak berminat.hek ellehhh cet pooodaaaa! mak aku susah ada korang kesah? korang nampak susah abah aku je.mak aku susah payah tolong abah aku dulu sampai abah aku boleh cakap mak aku tak tolong papepon. ape punya hatilah korang ni?? aku tak main geram-geram nihh bebudak comel je cakap geram tapi aku bengang! tahu tak aku bengang?!

Sunday, 25 January 2015

Lirik - Nak Kentut

Dia adaptasi dari lagu kanak-kanak head and shoulder

Head and shoulder
Nak kentot
Prutt
Nak kentot
Prutt
Nak kentot
Prutt

Head and shoulder
Nak kentot
Prutt
Nak kentot
Prutt
Nak kentot
Prutt

Thursday, 22 January 2015

Haku pon tak paham lah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Hari khamis jam 1205 twenty first of January 2015
I think this is first entry for this year not too late to say this is the opening entry right? But not so opening lah
So. What we want to do what we would do for this year??
As usually, all pep will start thinking for their azam or list to do and make their dreams come true ohh such a cliche for every year like nothing change for starting year trademark what ur aim? What ur dream?? What ur plan to ur dream? What this what that oh please y'all
Honestly i dont have any specific aim or dream to make it come true what i want is i want to change myself to be better than before to be more gorgeous haha do u think it can be hah? Or it would be? Ohh may be gorgeous for some events i thought lahh
No i'm on my sem break not much things i did. Just stay at home sleep shower breakfast pick up my two handsome boys from school lunch send and then pick up them from sekolah petang or sekolah agama tea shower dinner and for all activities diselangi by watching movies yeahhh thats my routine. May be for 6 weeks and 4 weeks left.
Till here,dont u realize that through the writing doesnt relate with that title but i think u'll be thinking "what are u write about, i dont get it! what the relation with that title???"  Yeahhh see u dont understand it, isn't?then this is relate with the title.
*ohh such a damn broken english please forgive me!!!!
Okey babaii

Monday, 22 December 2014

Being simple as possible

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Sekarang hari Isnin 22 Disember jam1037
Aku pergi bercuti ke pulau pangkor semalam dan balik hari ni.pergi dengan keluarga mak su,mak lang dan mak uda.
Kami pakat jumpa kat restoran teluk batik. Setibanya keluarga aku kat restoran tu aku tengok yang perempuan kemain lawa lawa.dress up sakan tapi bukanlah pakai dress labuh berlabuci tu.cuma berkemeja jeans tudung macam biasa berkasut or sandal. Plus diorang berbeg tangan. Aku??? Tshirt jersi handsock seluar yang bukan jeans dan tudung bawal buat ala lilit dan beg ada jugak cuma aku guna beg goodies fakulti yang aku beli baju kelab maths tu haa plus selipar.
Aku berpakaian macam tu sebab aku rasa kita cuma pergi bercuti dan bersantai. Pulau pangkor tu dah banyak kali aku pergi. Tshirt jersi tu pon aku pakai masa pergi pulau pangkor sebab senang nanti terus terjun laut tak payah nak tukar baju lain cuma seluar je yang tukar. Tak de lah nak bawak baju bebanyak.
Bila dah kat lumut kami jalan kejap sementara tunggu nak nyeberang ke pulau pangkor. Tup aku berjalan pergi ke mak cik aku. Aihhh cukup lazat lagi manis dia kutuk aku dari atas ke bawah. Cakap aku tak pakai celak or mascara, lipstik or pelembab, beg la ape laa. Die kata,anak dara kena la make up sikit, dulu masa raya elok pulak pakai celak . Aku balas la, ni nak pergi santai bukan nak pi beraya atau kenduri yang nak kena melaram dan save muka nak make up or melaram masa jadi pengantin. Aku admit memang aku lupa nak pakai pelembab bibir dan aku jugak malas nak pakai celak sebab sebelom tu aku nak pakai tetapi tak jumpa lagipon nak terjun laut sat gi ada pulak keliling mata hitam je. Tak ke seram orang nengoknye??lagi pon aku nengok muka orang komen tu pon bukannye elok beno.bedak tebal la tu sampai tompok2.padahal dah kawin kena la jaga muka untuk suami pastu tak kan la muka tu nak nampak tua sampai orang anggap mak aku ni lagi muda dari dia. Tak ke malu?
Aku pakai selipar sebab senang tak payah nak bawak selipar dalam beg kalau aku guna kasut lain. Sedangkan ada orang pi pavilion or mid valley pon pakai selipar jeee ok je aku tengok dan diorang selamba je. Sebab ape? Sebab dah biasa sangat diorang jejakkan kaki kat sana. Macam pulau pangkor ni ada sekali dulu setahun sampai 3 kali aku pi. Aku rasa ok je cara aku berpakaian as long as aku tak pakai cara yang corak bercampur dan warna terlampau banyak masa tu.
Psstt kalau nak bergaya pon ikut tempat dan keadaan.
Ok itu je.baii.

Tuesday, 16 December 2014

Kap ba ro kap alif ta nun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang hari selasa 16 disember jam 1712

Kap ba ro kap alif ta nun

Apakah itu??

Sapa tau dia bagos. Mesti masa sekolah rendah pendidikan jawi dapat full mark kan3.

Hahaha

Okeyy

Ianya adalah keberkatan.

Nal ceghita. Last two week aku bersama ahli kelas yang lain kena tazkirah dengan lecturer akaun. Haa mesti korang pikir macam kena marah kan?? Lebih kurang la jugak.

Apa yang korang tahu pasal keberkatan dalam menuntut ilmu??

Apa yang aku dapat masa tazkirah tu keberkatan macam masa cikgu or pensyarah ajar kat depan jangan la kite buat benda lain kat belakang. Tak baik tau.ape yang setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah ilmu yang bakala sukar kita peroleh kat mana2. Dalam buku pon tak da tau.mana ada dalam buku boleh cakap macam yang cikgu or pensyarah cakap.ade ke?? Kalau ada meh sini habak kat cekk. Hehe. Sekali kita terlepas ape yang mereka cakap, uihhh parah parah. Bukan parah ape,tapi parah takot tak paham laa.

Selain daripada itu,*haa kira macam buat karangan bm dulu kala la nii hehe. Berkata sesuatu yang buruk pasal pengajar. Hah!! Sapa pernah buat benda ni.umpat mengumpat. Ish korang nihh tak baik tahuu *sambil goyang jari telunjuk. Walau pengajar tu macam mana sekali pun. Sebab kita dapat ilmu dari dia. Die bagi kita ilmu.*ehh macam sama je bunyi die hehe.

Pastu kan pastu kan, jadikanlah kelas tu ceria. Sebab kalau dalam mood ceria ilmu mudah masuk tau.cuba kalau korang dalam mood marah,sedih atau selain mood ceria gembira, boleh tak korang nak fokus dalam kelas?? Boleh? Tak boleh kann..hehe

Emm okey lahh nak cau dulu. Nak solat asar.lepas tuuuuu nakkkkkkk... nak makan laaa.bukan nak tido.tak baik tido lepas asar tauu.dengar pesan mak nii.syurga bawah telapak kaki mak. Tak baik derhaka.

Ok bai!

Monday, 15 December 2014

Minggu akhir

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Hari isnin 15 disember 2014 jam 1235

Sejak dah boleh nak post entry guna fon kann aku dah boleh la nak beleter sambil baring.maknanya sekarang sedang menaip sambil baringlah hehe

Sekarang sebagai student upiyem dah sampai ke minggu akhir sebelum study week. Hari ni happy banget pabila rabu ni dah tak ada 2 kelas.fuhh lega

So.

Boleh la bangun lambat sikit.hehe

Eh! Solat subuh mesti la buat.lepas tu tido la balik.tapi kan.katanya kalau kita tido selepas subuh rezeki sukar nak masuk.hmm acano tu.apo nak dibuat rabu nanti ehh.

Pikir2 *sambil sumbat earphone kat telinga nak denga lagu feberet aku sekarang ni. Lagu selimut tetangga by republik

Aku rasa kann baik aku masuk lab dan buat lab assignment yang terakhir.hari khamis nanti tak payah la nak tenggek lama dalam lab. Its gonna be good idea right? I'll try to do it.

Tapi kan
Tapi kan

Rajin ke aku ni?? Hehehe

Try ler jadi rajin fai oi

Perhaps.

Ada lagi dalam 16 minit sebelom masuk waktu zuhur ni.pastu nak bersiap pergi kelas jam1400.

Okeyy babai uolls

try

quote, how it supposed to looks like? hi hi, what the difference with the quote hi