berapa minggu lepas budak lepasan spm baru dapat keputusan permohonan program matrikulasi . mesti korang tercari-cari pasal matrikulasi yang korang dapat kan??
jangan risau , sekarang ni maklumat semua di hujung jari je kan . apa lagi , google aje lah kan sonang . jangan la pada zaman maju ni korang hanya reti dok berwechat whatsapp facebook twitter instagram jerrr yang lain akak tak tahu apa lagi social apps yang korang guna . nak promote sikit lah , bukan nak promote ape kan , cuma nak promote pasal blog lah , korang jadilah blogger supaya senang sikit nak share cerita pengalaman korang contoh cenggini ramai budak nak cari makluamat pasal matrikulasi .
okehh di sini hakak ni ex-student matrikulasi pahang batch 2011/2012. sapa nak jadi student KMPh meh ler ke blog sini cari info sikit-sikit hehehe
- masa batch akak tshirt KMPh ni ada dua , satu jenis cotton yang warna oren dan yang jenis kain jersi yang warna merah lengan biru . akak suka baju merah biru tu , sedap je bila pakai dan dua-dua baju ni masih cantik lagi sampai sekarang (2011-2015). tapi tshirt untuk batch korang lak tak tahu la warna apa dan macam mana kan. tapi haritu akak ada nampak budak pakai baju tshirt KMPh tau, warna merah jenis cotton kalau tak silap lah.
- pasal bilik pulak akak tak banyak ambil gambar bilik tapi cukup la sekadar korang nak tengok kemudahan apa yang ada dalam bilik korang kan . katil, bantal, tilam, almari besi, meja belajar dengan 2 laci, kerusi, rak buku, bawah rak buku ada lampu (jadi kalau nak study sampai lewat malam boleh la tutup lampu utama ) , tempat sidai tuala atau sejadah semua ni korang ada korang punya sendiri. kipas ada jangan risau . satu bilik ada 4 orang ok la tu kan. bilik besar selesa. dalam bilik tu pepandai la korang nak beramah mesra , hormat rakan sebilik demi keharmonian korang setahun tu atau dua tahun tu. setiap aras ada 2 tempat sidai baju dan juga toilet. dalam toilet ada 5 bilik shower dan 5 jamban (*jamban, hahaha*) lah jugak kan kalau tandas tu. satu aras ada 41 bilik. ce lah kire bape ramai budak satu aras korang tu. hehe kalau nak mandi pagi tu emm beratur laaa jangan risau kompom ada yang mandi dalam tandas.
| jangan cepat melatah ye, ni gambar bukan di usm walaupun meja tu ada sticker usm. laci tu bukan tak da, cuma akak keluarkan masa tu. lek eh |
| ni tempat akak yang agak bersepah sikit haha |
| haaa kemas gila kan?? ni sebab sumbat barang dalam almari . nak cuti 2 minggu kannn |
- ok kat kmph ada blok A B C, setiap blok tu pecah pada dua blok A1 A2 B1 B2 C1 C2 . blok A dekat dengan dewan kuliah, blok C dekat ngan bilik tutorial dan blok B dengan makmal dan juga bangunan pentadbiran. antara blok 1 dan 2 kat tengah tu ada cafe. cafe besar tapi kalau besar mana pun time rehat kol 1-2 penuh jugak sebab tu akak jarang makan kat cafe kalau time rehat. baik makan kat bilik lagi best. boleh terus solat zuhur. makanan kat cafe bergantung pada orang yang niaga lah sedap ke idak, murah ke idak hehe tapi masa batch akak makan sedap gila kat cafe A. cafe blok akak lah. ada western food jugak tapi pasta tak da lah,chicken chop,fish n chip, sizzling *ye ke ejanya hmm, koteaw sup pehh sodap gila makanan feveret haha dan macam-macam lagi. akak dok matrik ni jadi bambam sebab banyak makan. tak tertinggal jugak ada kedai runcit berdekatan dengan student centre, kedai alat tulis, kedai buku, kedai roti.
| ni blok A2 ada lima tingkat tetapi tikat dua dipanggil aras 1 jadi ada 4 aras. bawah bilik korang tu ada rumah felo. felo ni lecturer korang jugak. ada bilik tv. |
![]() |
| ni kat cafe C. tengok ada ABC ngan ABJ. hirup tengah cuaca panas sedap jugak kan. hehe |
- pasal kelas pulak korang bakal ada kuliah di dewan kuliah, ada 6 dewan kuliah. ada makmal biology, fizik, kimia dan juga komputer pada yang dapat module 2 dan 3. makmal komputer atas library. pergi library ambil pintu lobby sebelah pintu masuk library ada lif naik aras 2. kat library ada juga kedai tapi kami lebih memanggilnya kiosk. kat kiosk tu korang boleh fotostat nota kuliah dan juga beli tiket bas. kat depan library ada cafe kecik tapi kat situ akak suka sarapan. sarapan feveret megi goreng dengan ayam goreng. fuhh sedap oi!
![]() |
| haa nampak tak tu 3 pintu, dua pintu kat kiri tu pintu untuk masuk dan keluar library. pintu lobby tu nak g ke lif untuk ke makmal komputer kat atas. |
![]() |
| motif akak letak gambar ni bukan nak tunjuk orang tengah buat keje tepi kolam tapi nak tunjuk belakang tu kiosk yang akak cakap sebelom ni. tak nampak sangat kan |
![]() |
| ni antara dewan kuliah. |
![]() |
| ni dalam library |
![]() |
| dalam library, boleh la korang kalau nak baca newspaper |
| antara experiment biology bedah tikus. buat experiment ni best. siyes akak cakap. yang tak best buat report |
![]() |
| bilik tutorial. korang kena hafal turutan nombor bilik tutorial moga korang tak sesat dan tak susah nak cari. banyak wehhh rasanya ada la kot 40. |
| ada 4 tingkat untuk bilik tutorial |
![]() |
| ni makmal. nak naik makmal ni boleh guna tangga atau lif. |
![]() |
![]() |
| ni kelas agama. setiap sem ada kelas agama. kelas agama yang ni buat dalam surau. surau 2 tingkat okehhh |
| ni haa suraunya |
| jamuan makan di cafe B, kalau nak tengok baju yang akak cakap tadi. tuha oren ngan merah lengan biru |
- pasal orientasi akak dah cerita masa akak awal masuk matrik. so malas nak cerita lagi. cari la dalam tahun 2011.
![]() |
| ni kat teluk cempedak. untuk setahun kat pahang 3 kali jer akak pegi. tak sah la kalau student tak jejak kaki kat sini |
| student centre yang akak cakap tadi. |
| lepas berkayak berendam kejap. yang sini tak dalam. kaki boleh cecah dasar. |
| gambar sekelas yang wajib ada |
| haa ni masa public speaking. kat belakang tu ada kedai runcit, bakery, ada kedai buku. |
haa panjang gila entry akak kali neh. hanya untuk korang yang bakal jadi student kolej matrikulasi. kalau tak cukup maklumat silakan bertanya. sangat sudi menjawab yaa.
hai adik2, jika ada sebarang soalan, boleh bertanya melalui :
1. komen di bawah
selamat menjadi warga matrikulasi dan semoga berjaya menempuh kehidupan di matrikulasi yaa
okbai






















