Total Pageviews

Thursday, 22 June 2017

EMOSI

sedikit emosi harini.
teringatkan pasal mak dengan abah.
ya benda itu dah lama berlalu. sangat lama. almost 6 years.

tapi yang aku sakit hati dengan seorang makcik aku ni.

...

masa tu ada majlis kahwin kakak sedara. jadi macam biasa sedara mara pakcik makcik kumpul sehari awal la tolong buat keje semua. rumah abah dekat dengan kakak sedara aku yang nak kahwin tu. jadi diorang akan balik ke rumah abah la untuk mandi, siap-siap apa semua. petang sehari sebelum majlis, malam tu nikah dia.

pada awalnya semua okay. aku rasa macam best je. ye la dah lama tak jumpa diorang kan.

...

baru-baru mak aku cerai dulu, masa masih ada urusan jabatan agama islam kat teluk intan tu, aku dengan mak ada singgah rumah makcik A aku kat teluk intan. singgah untuk ziarah. masa tu, makcik A aku beriya minta maaf kat mak aku sebab dia ada marah mak aku sebelum tu pasal cerai tu. dia cakap dia tak tahu perkara sebenar masa dia marah tu. mak aku pun cakap la, takde ape lah, dah maafkan pun.

... back to malam nikah kakak sedara.

kitorang masih kat rumah abah aku. adik-adik aku semua ada.

adik aku pikah duduk di pangku abah. even die tu dah beso dah pun nasib kurus keding je. kami di ruang tamu utama, yang ada makcik, abah, cik zu(mak tiri aku), adik-adik aku dan aku, tapi aku duduk jauh sikit dari diorang. yang lain kat ruang tamu kedua.

makcik A tu cakap ngan cik zu,"anak-anak dia(aku ngan adik-adik) memang manja dengan lehan ni(abah). lagi-lagi dulu. sekarang ni je mak die dah pisahkan anak-anak dari abahnye. bila jumpa macam ni la. mak die dulu tu, belagak. nak bergaya macam orang kaya. tapi tak tolong pun si lehan ni buat keje. duduk rumah je. nak itu la, nak ini la. bla bla bla."

serius aku berapi gila. nak menangis aku rasa masa tu. dia ibarat macam hina mak aku. abah dan cik zu cuma diam je. aku geram, abah aku tabur fitnah terhadap mak aku kat orang lain.

aku," eh abah. abah sedar diri ke tak siapa yang tolong abah selama ni? kalau tak mak yang tolong abah, abah tak senang macam ni lah! mak minta macam-macam pun sebab itu hak dia. dia dah kerja keras, bayar la! takkan itu pun nak merungut! eh, orang gaji pun bergaji tahu tak! tak lupa jugak, akak dan adik beradik pun ada tolong. kami la yang tolong hantar barang ke kedai sana, angkat barang. nak harapkan adik abah yang kat sana, apa dia buat? setakat tebar roti canai pastu berlagak bos mende? ada dia nak tanya ape-ape masa kitorang angkat barang? haram! kitorang ni anak abah, bukan kuli! kedai sana takde barang, kitorang hantar, tak naik kereta, naik moto. terima kasih pun tak. jangan nak berlagak tak bersalah lah, akak tahu apa yang abah buat sebenarnya sampai cerai. dan makcik A yang hebat sangat, mulut tu jaga. awak tu makin tua, bawak-bawak la insaf. engat, aku tak maafkan ape yang keluar dari mulut makcik A tadi pasal mak aku. paham."

semua kata-kata aku kat atas tu tak terkeluar pun. kenapa tak keluar?! aku pendam sampai keluar air mata aku. aku tak mampu nak lepaskan amarah.

mak aku bersusah payah dari awal perkahwinan tolong dia, dari pagi ke malam, celik mata pejam mata tolong dia. jaga makan minum, jaga pakai, jaga penampilan dia. tapi, macam tu dia fitnah mak aku.

kenapa aku tak punya kekuatan nak marah abah dan makcik A masa tu? kenapa aku cuma keluarkan air mata?

sampai sekarang, sampai 2017 makcik makcik aku dan pakcik pakcik aku yang berlagak alim pandai bijak agama tu semua munafik! luar je nampak alim, tapi dalam hati tu busuk! macam bangkai!

majlis kahwin sedara kau tahun ni, aku tak tegur langsung makcik A, senyum, salam pun tak.

bila aku teringat benda ni semua, aku jadi emosi.

Sunday, 11 June 2017

All About Me

Hi, this entry is about my bio.

Will be updated every time.

I was born as Salimah.
My father is Javanese and my mother is Malay.
I have 5 siblings and I'm second.
Primary school: SK Ulu Bernam
Secondary school: SMK Ulu Bernam
College: Pahang Matriculation College

  • 1M3S2A
  • Module 3: Mathematics, Chemistry, Biology, Computer Science
  • Batch 2011/2012

University: Universiti Putra Malaysia

  • Bachelor of Science (Hons) Major in Statistics
  • Minor Accounting
  • Batch 2012/2016
  • Graduate on Oct 2016
Occupation: Data Analyst

  • DISB
  • Since Sept 2016
  • Forecasting & Marketing Analysis
  • Programmer sometimes
Statistical Software/Language:

  • Excel
  • R
  • RStudio
  • SAS
  • Minitab
Programming Software/Language:

  • Linux
  • MySQL
  • Perl
  • Angular JS
  • Jade
In life. What field of study you choose doesn't mean that will be your path. Too many things to be learned. One of the things would be your real path. Try to dig more and more.

Sometimes, I think Statistics in not my playground. I would love more into programming. At least I can see the error but it's hard to play.

"Grab the knowledge as you can because you are not in the right path yet"- Salimahfai
"Don't hesitate to ask, you are not the only person who still learning"- Salimahfai
"You will be learning throughout your life"- Salimahfai
"Always wondering, because you got powerful brain"- Salimahfai


Saturday, 10 June 2017

I'm Not The Lovely Loving Person

apakah maksud cinta yang sebenar?

apa yang perlu dalam bercinta?


kadang-kadang aku sendiri atau aku memang tak tahu apa makna cinta dan apa yang perlu ada dalam bercinta.

adakah hanya rasa sayang dan takut kehilangan seseorang?

takat ni yang aku tahu, dalam bercinta perlu ada:
  1. persefahaman
  2. bertolak ansur
  3. jangan mementingkan diri sendiri
  4. hormat menghormati
  5. jujur
  6. apa lagi??
I'm so dump in this kind of world.
  1. adakah aku salah kalau aku hubung orang lain(perempuan) hanya untuk bercerita sedikit apa jadi/rasa hari itu?
  2. adakah aku salah kalau terlupa/tak sengaja/tak perasan membalas mesej dari pasangan selepas membalas mesej dari orang lain kerana sedang membuat kerja/sibuk dengan benda lain dan menampakkan aku macam tidak meletakkan pasangan di tempat yang pertama?
  3. adakah aku salah kalau aku tidak meluangkan masa dengan pasangan pada hari cuti tetapi meluangkan masa dengan family kerana hari-hari lain sudah diluangkan untuk pasangan?
  4. adakah aku salah kalau balik kerja lambat/lebih waktu pejabat atas alasan kerja?
yes, aku salah. tambah pula aku tak sengaja mengulang salah yang sama, bukan sekali, tapi berulang kali. tapi adalah salah aku terlalu besar sampai mencetuskan pergaduhan? yang kadang-kadang pergaduhan besar?

apa aku patut buat?

aku dikatakan tidak menjaga hati pasangan, dikatakan tidak sayang pasangan, dikatakan mementingkan diri sendiri, dikatakan tidak memahami pasangan.

lol. kadang aku sungguh penat kalau asyik kena macam ni. sampai aku rasa. hmm, minta maaf je la. aku salah je lah. trauma buat salah pun ada.

Tuesday, 6 June 2017

Politeknik Balik Pulau

hai guys

yesterday i sent my sister to politeknik balik pulau.

the place is really really new.

im happy for her. i was/is really thankful because she got in there. at least she is in diploma stage. i know, that she is not so intelligent person but she was.

i was so scared she got none of any offer except the private lah kan haha

but unfortunately i was so stupid for not taking any photo for u guys to preview how the place. but may be later i will put it on.

the hostel is just right of the DEWAN UTAMA/SERBAGUNA, there are 3 block because i saw block A, B and C. girls block B. for now, idk is the block c is the hostel?? shrugs 💁🏻💁🏻💁🏻💁🏻

wehh kadang penat doh cakap bahasa mat saleh ni kalau grammer hancus hancus aku

back to reality where i am a typical malay kampung girl haha

satu blok hostel tu ada 5 tingkat. setiap tingkat tu ada 2 bilik air/tandas. bukan maksud aku literally 2 tau. dalam 1 bilik air tu ada berderet lagi la dalam 5 atau 6. kay, fyi, I SAW NO WASHING MACHINE hahahaha. tapi tatau la kalau tersorok atau kat aras lain kan sebab adik aku ground floor je. bilik tidur best ah, 2 orang satu bilik weh. almari beso pulak. kelengkapan bilik:

  • katil
  • tilam
  • bantal
  • meja belajar
  • kerusi
  • almari
  • lampu
  • kipas
  • soket
tiada lampu study, hmm

ada taklimat untuk ibu bapa/waris, kena masuk tau. dia akan bagitahu semua pasal keselamatan dan pengawasan. pengawasan kat situ sangat ketat, keluar masuk kampus kena bagitahu warden. masa taklimat antara katanya:

  • jangan keluar/balik lebih pukul 7pm. banyak 'maling'. bahaya
  • ada juga kes kecurian. aras bawah, tingkap ada grill.
  • even IT kampus, kalau boleh takyah bawa laptop takut ada kecurian. komputer disediakan di sana (dalam kelas)
dah macam asrama sekolah kalau dok situ. mungkin sebab kawasan kecik kot

itu je buat masa ni kay. gambar will be uploaded soon

adik aku cakap, washing machine ada je. hahaha


What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...