Total Pageviews

Saturday, 28 March 2015

HATI-HATI WAHAI WANITA , PEREMPUAN

zaman yang semakin maju . maju dengan teknologi . telefon bimbit yang semakin canggih . canggih yang semakin murah . telefon pintar yang boleh dimiliki dengan harga yang rendah . di samping itu , kebanjiran warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari kerja yang selayaknya dengan taraf pendidikan mereka . kalau dah taraf pendidikan rendah jadi kuli sahaja . tapi tidak dinafikan juga bahawa mereka yang kerja kuli sahaja itu bukan tiada pendidikan tinggi .

semua itu bukan persoalan dalam entri ini , tapi penggunaan telefon pintar yang salah dari segi kecetekan akal dan juga moral . kadang-kadang kita pernah mengambil gambar sesuatu secara senyap-senyap . gambar apa-apa sahaja . tapi , pernahkah kita mengambil gambar orang secara senyap ? setakat ini saya sendiri tak pernah mengambil gambar secara senyap walaupun terhadap crush , tapi saya tiada crush , gambar kawan adalah . ambil hanya untuk mengenakan dan selepas gambar diambil , saya beritahu mereka . 

kalau pernah ambil gambar orang secara senyap , jangan tak terfikir pula yang warga asing akan ambil gambar anda secara senyap . hal ini bukan hanya pemikiran yang berfikir secara random tetapi saya sendiri pernah melihat kejadian sebegini di mana seorang warga asing mengambil gambar seorang perempuan di hadapannya . jangan nak kata saya fitnah . saya sendiri nampak ada flash di lampu kamera dia . nak kata dia menyuluh jalan atau apa sekali pun , tapi ketika itu masih lagi terang dan kenapa cara dia pegang telefon itu dengan cara sedang mengambil gambar ? selepas itu dia berpindah sebelah kiri saya dan kawan saya sejauh dalam 2 meter mengikut anggaran . *ya begitu skema saya menulis entri kali ini. saya perhatikan apa yang dia buat . tapi malangnya dia mencuba lagi untuk mengambil gambar orang lain . tapi arah pada perempuan yang sama dan lampu di kamera telefon dia menyala . lantas saya menegur dia "hey, buat ape tu? ambil gambar sape tu?" dan dia terus tak jadi nak mengambil gambar . 
selepas itu saya dan kawan saya bergerak ke tempat lain dan sesekali perhatikan dia .

jadi , perempuan , wanita perlu berhati-hati . kita tak tahu apa yang dia bakal buat dengan gambar kita . kita harus sedar bahawa apa sahaja yang ada pada diri kita boleh dijadikan sebagai satu sumber merangsang nafsu seks pada mereka yang sangat bodoh seperti otak tiada akal . lantaran itu , pemakaian dan keselamatan harus dijaga . jangan leka ketika kita berada di sekawasan dengan warga asing . 

1 comment:

  1. Sis i want to ask u. How about module 1,2 and 3. Did we already know which module we are actually?

    ReplyDelete

try

quote, how it supposed to looks like? hi hi, what the difference with the quote hi