Total Pageviews

Monday, 21 September 2015

FASILITATOR PROGRAM

Hey reader!!

bila dah final year ni kan, kekadang rasa rugi tak luangkan masa untuk join apa-apa aktiviti.

so, dengan cara bidan terjunnya aku pun setuju turut serta jadi fasilitator untuk program gerak ilmu pada jam 8 malam hari khamis. program yang aku nak join tu will start on the next day. it will be held friday till saturday at Sungai Congkak, Selangor. the meeting for facilitator is on 8.30 pm thursday. haha meanwhile I was planned to have lepaking with friend and have dominos.

friday, we left  UPM at 4 pm by bus with 10 facilitators, 57 participants and less 20 of AJK.

malas nak cerita pasal program tu sangat. sebab banyak sangat nanti nak diceritakan. hee.

tapi malam ice breaking was sooooo havoc! hahaha

the next day, I love taking picture because the scenery was so nice and lovely. I wish to have a DSLR one day. okay, lets put it on wishlist! =D


the very fresh face without taking bath

get ready for warming up

biha with her bottle

lets stop taking pretty face

i love the grass, sooo green
this is my group, Fibonacci which got award the manja group hahaha

me is salimah

when the half of my heart gone

sis biha again. hahaha

Saturday, 29 August 2015

DEMAM

Setelah sekian lama tak demam, balik dari setia city mall boleh pulak demam. Haih. Sebelum balik lagi aku dah rasa semacam ngan badan aku ni. Selera makan pun kurang dah. Padahal aku mang suka makan. Bila dah kat rumah, badan rasa panas ja. Bersihkan diri. Terus baring selubung ngan selimut tebal. Kipas pun tak de hala aku. Sejukkkk. Kaki lahaiii. Yang peliknya, badan rasa sakit2, tangan, jari macam tak boleh sentuh, sakit. Dah kenapa aku ni?? Aduhaiii

Nak buat cemana kan, dah nak demam. Terima ja. Kalau dulu masa kecik demam je pergi klinik ready. Dan doktor akan cakap, minum air masak banyak2 ye. Tapi kan, sekarang kalau adik aku demam pastu pegi klinik situ jugak, doktor tak suruh minum air banyak2, tapi suruh minum vitagen. Hehehe maju dah doktor sekarang ni. Air masak tak laku dah. Hahaha

Air masak penting dalam badan kita. Minum at least 2 liter kot. Seliter pun okay dah tu. Banyak wehhh. Jagalah kesihatan korang eh, kalau dah sakit, sapa yang susah?

Pikir pikirlah, dan selamat beramal. Wink ��

Wednesday, 26 August 2015

OH MY ENGLISH



hey

first of all , I'm so so sorry if throughout my short writing for this entry makes you like heh ?  supeduper broken english .

"what are you talking about ?"

haha sorry .

did or do you ever think about how far your english ? I admit , my english is in really bad state . and at this age , I try to improve my english .




in every language , vocabulary is the most important things . we couldn't understand the sentences if we don't know the meaning of some words .

Wednesday, 19 August 2015

PEREMPUAN MEMBEBEL BANYAK CAKAP

haiii

sorry , I just love to be so nagging for now . I don't know why *shrugs .

I just thought that you all dah dengar la girl yang dilabelkan with perempuan suka membebel , perempuan membebel merimaskan , perempuan banyak cakap and whatsoever la kan . hahaha

perempuan kuat membebel ni actually interesting tau hahaha *hope memuji diri sendiri

banyak cerita ,  macam tak membosankan sangat laa

just imagine la kan , korang yang boys ada kawan perempuan but your girlfriend ni senyapppppp je . cakap bila perlu , cakap ayu-ayu , senang cakap pemalu sangat la even korang ni dah kenal lama gila . here I didn't mean girlfriend is your girl buat just a friend lah . kalau dah memang jadi your girl mana maunya kadang nak having casual relay with their boys . am I right or not yeah . mostly macam tu lah . hahaha . kadang kalau banyak cakap pun korang akan jadi rimas jugak la kan . it is good if membebel ikut keadaan . jangan la everytime nak membebel . ye dak ?

taknak la cakap pasal orang kat sini .

nak cakap pasal myself lah . *ala-ala diri ni em femes ke you all hahaha

membebel is banyak cakap la kan .

me la kan . haha . me is so membebel . not all over the time but when needed . bila dapat mula cakap , emm tadah je la telinga korang wehhh . BUT orang yang tak kenal me will thought me is sombong . yeah , I admit la , muka I ni agak kerek la . ehh kau jah , tak kenal memandai ja cakap I ni kerek .

kita ni hidup kena banyak cakap , kalau hidup ni diam je , member pun malas nak dekat . pastu membosankan pula .

tapi kan tapi kan , kalau banyak cakap sangat pun tak elok . sebab kalau tersalah cakap boleh mendatangkan dosa jugak . contohnya , macam mengata orang . haaa perempuan dengan mengata orang ni kekadang macam tak boleh dipisahkan tau . tak caya tanya je la mana-mana perempuan hahaha . paling tak pun kekadang tak sedar terngata pasal orang . mungkin la jugak ada yang takde mengata orang . baguslah . kita ni kalau dah sedap cakap mohon-mohon la sedar sikit , jalan terlanjur ngata orang . bahaya . cakap biasa >>  mengata orang >> fitnah orang . haaaaa gittuwww .

*peringatan untuk diri sendiri

bear in mind omputih cakap hahaha . 



Sunday, 16 August 2015

KOLEJ 16 UPM

hai adik adik adik adik semua !!!!
tahniah kepada anda yang telah berjaya dapat tawaran sambung belajar kat UPM.
dapat kos apa??
yang susah?
yang senang?
hehe

belajar ni takde ape yang senang laaa kalau korang malas belajar, tak fokus dalam kelas, berjimba je kerjanya dan papejela macam-macam sebab yang boleh korang anggap kos yang korang dapat tu jadi susah gila wehhh

okkayyy

siapa dapat kolej 16? tarik bulu keti! *kalau ada hahaha

jangan risau la kalau dapat kolej 16 ni.

korang tak terikat dengan program kolej yang korang perlu join untuk dapatkan merit. merit perlu dikumpul untuk stay lama kat kolej, kalau korang tak dapat kumpul yang banyak, korang akan ditendang keluar dari kolej. hahahaha, takat ni takde laa, taktau la tetiba nak mulakan sistem merit tatau tatau

kalau kolej 16

akak ni tak pernah bersusah payah nak kumpul merit. tapi akak ada la jugak join aktiviti kolej. kekadang bosan jugak kalau hidup takde buat pape asyik ngadap buku ngan nota ja boleh jem jugak otak ni. haih *sigh. but kalau dah biasa tu taktau la *shrugs

mostly akak just join sukan je, handball, futsal, badminton, softball dan rugby touch. hahaha game yang paling akak suka handball. kalau kena team korang tu jenis yang sempoi, best weh kawan ngan diorang. tapi kalau jenis team tu emm kau kau aku aku, mang bosan la. AKU SAYANG TEAM HANDBALL 16 !

sekarang ni bercakap pasal kolej an? okayyy back to the real topic haha

what do i know, kolej 16 kalau budak baru ni blok perempuan 4 orang 1 bilik dan blok laki 2 orang 1 bilik. pada student perempuan, hampa kena la bersabar dan jangan terkejut beruk bila masuk bilik tu kan. akak dulu masuk, mak aihhhh sempitnyaaa. tapi lek ahhh sempit cenggini pun aku sumbat jugak 5 member lepak sini makan dominos bagai. tapi kalau sem 2 tu uolls nak pindah blok boleh, kolej 16 ada blok perempuan yang 2 orang je dalam 1 bilik. BUT! it is located far away from cafe and bus stop.

abaikan jela kalau sepah hahaha




ruang antara katil tu muat untuk solat ja. siap ada divider kan hehe kat sebelah tu ada dua lagi katil. so semua 4 orang la kan. hopefully korang dapat sebilik dengan roommate yang sempoi.

biasa sangat la dengar cite kat putra confession pasal tak sebulu dengan rakan sebilik. yelaa, kalau dapat rakan sebilik yang tak reti nak hormat asyik nak buat bising ja tak kira kita tengah belajar sekali pun, tak reti kemas tempat sendiri yang boleh menyemakkan mata memandang, rakan sebilik yang mementingkan diri sendiri; rakan sebelah katil on lampu study pun tak bagi alasan dia nak tidur dan migrain oh pelisss ; , tolong hormat rakan sebilik sebab tak semua orang boleh tidur dengan lampu di'on'kan, dan mcam2 lagi.

kita share bilik wehh, jangan selfish ehh. kalau tak tahan sila angkat kaki keluar dari bilik.




dewan besar, biasa taklimat student akan tidur. tapi hati2, sebab fasi akan rakam or ambil gambar korang masa tidur. jeng jeng

lawan cheer.

masa orientasi, tengok fasi la jugak an, bantainya korang kena stay sampai lewat malam tu perkara biasa la. wake up early in the morning, before dawn haha. penat? yeahhh exhausted ! korang dah biasa an dengan penat orientasi kan? hahaha lek ahh

masa orientasi make sure suara tu tak mudah serak lah. sebab korang kena buat cheers lawan antara kolej. masa akak dulu, mang penat la nak cheers tapi masa lawan antara kolej tu best. siyes talk la. there are few videos were uploaded in last two years entry hee.

aduihhh apa lagi aku nak cakap pasal ni ehh. blur tetiba. haih. kalau dah mula hari kelas tu, korang kena get ready dengan map hahaha google map. mau sesat cari kelas kat upm ni. sedangkan senior pun boleh sesat nak cari kelas haha. nak pergi kelas, naik bas. kalau jalan kaki pun boleh. tapi cuma bila sampai kelas korang penat gila la.haha ada jugak kolej lain yang takde bas. kalau pergi kelas kena jalan kaki. mohon tabah yerr.

yasssss baru terpikir, kelas akak dari isnin sampai jumaat mula jam 8 pagi. marilah sesama kita rebut naik bas. hehehe

ehh, anything boleh la tanya hehe

anyway, semoga berjaya menempuh kehidupan seharian di yupiyem =)

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU !!!

Friday, 7 August 2015

HARGAI

keluarga
pasangan
kawan
dia hadir dengan seribu makna
s/he is there in all situation
senang mahupun susah
adakala kita
sedar ataupun tidak
kehadiran pihak ketiga
lupakan kita pada dia
ketiga membahagiakan
namun
saat kita
sedih
susah
kita mencari dia
kenapa
kenapa
kenapa
kerana dia lebih mengenali kita
kerana dia lebih memahami kita
kerana dia lebih sayangkan kita
hargai dia
biarpun dia tidak boleh jadi yang ketiga
tetapi jangan buat
dia seperti
tandas
tempat melepaskan susah kita
tempat melepaskan keinginan kita
tetapi
tempat kita melepaskan kasih kita
pada ketiga
wahai kita
hargailah dia


daripada : salimahfai

BUKAN MILIK KITA

cinta
perasaan yang hadir
tidak sama dengan perasaan sayang
ia datang tanpa perlu dipaksa
ia datang tanpa sedar
rasa yang kadang kita pun keliru
cinta
seseorang yang buat
kita terfikirkannya
tak kira masa
mahupun tempat
boleh tersemat memakan tahun
adakah itu cinta?
rasa yang sangat menggasak jiwa
ceria bila
dengar suaranya
ceria bila
terima text darinya
ceria bila
berjumpa dengannya
dengan cinta
tanpa sedar boleh mengubah diri kita menjadi
yang lain
yang kasar
jadi lembut
yang selekeh
jadi kemas
jika kita betul rasakan
cinta
cinta tidak salah
tetapi
jangan cinta terhadap seseorang
melebihi
cinta kita pada Allah

daripada : salimahfai

Tuesday, 30 June 2015

APA SALAH SI ISTERI

pada suatu hari, lahirnya seorang bayi di sebuah rumah usang yang didiami oleh sepasang suami isteri yang hidup dalam serba kekurangan. cahaya mata yang pertama. anak sulung adalah anak pertama ibu bapa belajar menjaga anak, anak pertama yang menerima kasih sayang ibu bapa. anak sulung dialah pertama dalam keluarga.

kehadiran cahaya mata yang kedua membuatkan anak sulung mempunyai teman bermain dan bergaduh. si ibu bertambah sibuk menjaga anak-anaknya dan si bapa bertambah semangat untuk mengubah cara hidup mereka.

alhamdulillah. dengan hasil titik peluh si bapa dan sokongan si ibu, keluarga itu dapat menjalani hidup yang lebih baik. dapat membina sebuah rumah yang lebih selesa. dengan bantuan kenalan si bapa, dia dapat membuka sebuah perniagaan. perubahan yang baik dengan usaha, sokongan dan juga bantuan.

ahli keluarga kian bertambah dan kehidupan mereka semakin senang. mungkin juga rezeki anak-anak. si bapa meluaskan perniagaannya dan disegani ramai. si ibu tidak pernah mengeluh dan tidak pernah menolak apabila si suami meminta tolong sedangkan dia juga bersusah payah menjaga rumah dan anak-anak mereka. isteri yang tidak mengenal erti penat dalam membantu suami. ada yang kata, berjayanya seorang lelaki itu dengan berdirinya seorang wanita di belakangnya.

namun, kehidupan ibarat roda. adakala kita di atas dan adakalanya kita di bawah. kehidupan tidak mungkin tidak diuji oleh-Nya. si suami mula belajar untuk mencari perempuan lain mungkin dia berfikir dia mampu untuk bernikah lagi. si isteri kecewa dengan perubahan si suami. sentiasa berfikir apa salah dia. apayang kurang dari dia. siang malam menangis. si suami keluar rumah berjumpa dengan perempuan lain dengan alasan ada urusan kerja.

si isteri sentiasa bersabar. namun dalam kesabarannya, adakala disebabkan tekanan, marahnya dilepaskan kepada anak-anaknya.

si suami kembali seperti sebelumnya apabila sudah menedari kesilapannya. dia memujuk isterinya yang telah disakiti.

setelah enam tahun...

perniagaan semakin maju. si bapa semakin berehat dari kerja apabila ada pekerjanya yang boleh buat kerja serta anak-anaknya dan isterinya juga membantunya.

pada suatu hari, si isteri tidak berpuas hati apabila si suami meletakkan nama adiknya sebegai pemilik sebuah perniagaan kedai makan. si isteri berhujah kerana adik si suami tidak pernah membantu suaminya tetapi dengan mudah mendapat nama sedangkan isterinya dan anak-anaknya tidak diberi apa. si suami menyatakan, adik beradik tidak boleh dicari tetapi anak-anak boleh dicari. si suami melebihkan adik beradiknya daripada keluarganya sendiri. sedih si isteri.

hidup keluarga adik si suami pula hidup semakin mewah mengalahkan keluarganya sendiri. ditambah pula si suami kembali mencari perempuan lain. lagi bertambah kecewa si isteri.

terdapat seorang pekerja suaminya yang tidak sanggup melihat isteri majikannya ditipu, dia memberi tahu semua perangai majikannya bila berada di luar rumah dengan buktinya. si isteri sudah tidak percaya kepada suaminya.

si isteri mula memberontak meminta itu ini. si suami mengadakannya.

si suami membawa si isteri berjumpa dengan teman wanitanya. isterinya semakin sedih apabila si suami melayan teman wanitanya seperti isteri sedangkan isterinya sendiri tidak dilayan. runtun jiwa seorang isteri.

isterinya bersetuju memberi izin untuk suaminya berkahwin lagi dengan bersyarat dan syarat itu tidak disetujui oleh si suami dengan alasan tidak mampu. dengan itu isterinya tidak akan memberi izin untuk si suami bernikah dengan yang lain. teman wanita suaminya tiba-tiba melarikan diri dan si suami berfikir disebabkan oleh si isteri. si isteri marah dan dipukul. apa salah si isteri?

si isteri membawa diri. anak-anak ditinggalkan. yang menanggung susah anak kedua. anak sulung tidak langsung membantu walaupun sudah habis belajar. anak kedua kepenatan menguruskan rumah, adik-adik dan sekolah. begitu juga si bapa tidak menolong.

tidak lama kemudian si ibu kembali kerana kasihankan anak-anaknya bukan kerana suaminya. si suami semakin meliar melayan wanita di luar sana. semakin banyak rahsia si suami yang dibongkarkan oleh pekerjanya dan si isteri mendengar penuh sabar. di samping itu, si isteri berdoa agar suaminya berubah.

setelah setahun lebih, apabila si isteri tidak dapat menahan sabarnya apabila si suami melampaui batas, si isteri mengamuk menghempas semua barang. tika itu, pekerja suaminya ada begitu juga ibunya. disebabkan si suami mahu orang nampak semua itu salah si isteri, si suami menendang si isteri dan memukul si isteri dengan kerusi di kepala. mengalir darah. tika itu juga si suami melafazkan cerai dan memaki hamun isterinya di hadapan semua yang ada. si isteri mengalir air mata bukan tanda sedih tetapi tanda gembira akhirnya beban dia menanggung sedih sudah bebas. lepas ini dia sudah tidak perlu berasa sedih disebabkan suaminya.

namun, sengsaranya tidak berakhir di situ kerana bekas suaminya menabur fitnah terhadapnya kerana tidak mahu orang sekeliling memandang hina kepadanya. bekas isterinya meneruskan hidup dengan hati yang dikuatkan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan bantuan sedikit oleh bekas suaminya. mungkin balasan, si bekas suami kembali bekerja keras kerana perniagaan yang sedikit goyah tanpa bantuan anak-anak dan juga isterinya yang telah diceraikan.

Friday, 19 June 2015

Salam Ramadhan al Mubarak 2015

Ramadhan pertama yang aku mulakan puasa di kolej. gembira sebab kita semua masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa lagi bagi kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah mari kita sedekahkan al-fatihah moga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. sedih bila kena bersahur sorang, berbuka sorang, tak dapat balik sebab first day puasa ada exam.

bila fikir balik, best ape sesekali berpuasa selain dari rumah family. kita dapat rasa kelainannya. bukankah hidup perlukan kelainan sesekali? ala bosan la kalau sama ja. eceh, bosan konon, padahal first day lagi dah sibuk pikir nak balik ah besok(hari ni) haihhh

dalam dilema nak balik rumah ni, sebab next paper hari isnin dan subjek ni susah oiii

selesai berbuka, pastu terawih, selesai terawih aku, cek fon sebab terdengar bunyi mesej masuk. whatsapp, dikejutkan dengan berita dari EEB yang anak buah dia meninggal jam 4 petang. innalillahiwainnailaihirojiun. semoga cikgu dan keluarga kuat hadapi ujian dari-Nya. walaupun dia kat hospital serdang yang sungguh dekat la jugak dengan kolej aku ni, tapi aku tak dapat nak jenguk sebab tak do transport. katanya meninggal sebab pneumonia. penyakit yang agak bahaya. semoga engkau di tempatkan di kalangan orang beriman dik. =(

jadi kita yang masih bernafas, sedarlah hidup ni bukan sahaja yang tua akan pergi duluan malah yang muda juga boleh kembali kepada-Nya dulu. beringat mati tidak memberi signal. selagi mampu menambah pahala buat bekalan di sana, maka kita tambahlah. di bulan Ramadhan ni kita di galakkan bersedekah. itu perkara paling mudah untuk menambahkan pahala. =)

SELAMAT BERPUASA DAN MENAMBAH PAHALA KEPADA UMAT ISLAM DAN KEPADA MEREKA YANG BUKAN ISLAM NAK JUGA TRY BERPUASA, SILAKAN. =) =)

Thursday, 4 June 2015

FINAL WEEK OF 6TH SEM

Sepatutnya minggu terakhir semester menjadi minggu paling lepak bagi setiap student. Tapi kali ni minggu paling busy, sbb banyak assignment yang nak kena hantar. Kami ni budak statistic kena hantar 5 assignment pada minggu ni. Tak termasuk presentation dan jugak aku ni yang ambik bahasa jepun kena buat oral, berdialog dalam bahasa jepun. Hectic week.
Tapi dalam busy pon rabu dan khamis ada jugak escape pergi tengok wayang haha. Cerita san andreas hari rabu dan khamis cerita insidious 3. Best! Insidious 3 seram. Tapi tak best bila dalam panggung wayang tu ada perempuan gedik sikit sikit nak gelak nak jerit. Kejadahnya kau nak gelak bila dalam cerita tu pelakon tu tengok syiling. Eh apa daa. Celah mana kelakar? Tak de wehh. Untuk both day, aku keluar tengok wayang kat the mines dan makan kat old town white coffee. Macam tak de tempat lain kan?? Haha nak buat macam mana kalau dah member nak makan kat situ, layan kan ajerrr.

Bila kerja semua dah siap, aku pon mula la bermalas malasan. Asyik nak tiiiiddooooo aje. Haih! *sigh

Pape pon kena sedar next week is study week. So means dah nak final exam. Kena la study kannnn.
Goodluck for those who will seating for final exam this june!

try

quote, how it supposed to looks like? hi hi, what the difference with the quote hi