Total Pageviews

Sunday, 16 August 2015

KOLEJ 16 UPM

hai adik adik adik adik semua !!!!
tahniah kepada anda yang telah berjaya dapat tawaran sambung belajar kat UPM.
dapat kos apa??
yang susah?
yang senang?
hehe

belajar ni takde ape yang senang laaa kalau korang malas belajar, tak fokus dalam kelas, berjimba je kerjanya dan papejela macam-macam sebab yang boleh korang anggap kos yang korang dapat tu jadi susah gila wehhh

okkayyy

siapa dapat kolej 16? tarik bulu keti! *kalau ada hahaha

jangan risau la kalau dapat kolej 16 ni.

korang tak terikat dengan program kolej yang korang perlu join untuk dapatkan merit. merit perlu dikumpul untuk stay lama kat kolej, kalau korang tak dapat kumpul yang banyak, korang akan ditendang keluar dari kolej. hahahaha, takat ni takde laa, taktau la tetiba nak mulakan sistem merit tatau tatau

kalau kolej 16

akak ni tak pernah bersusah payah nak kumpul merit. tapi akak ada la jugak join aktiviti kolej. kekadang bosan jugak kalau hidup takde buat pape asyik ngadap buku ngan nota ja boleh jem jugak otak ni. haih *sigh. but kalau dah biasa tu taktau la *shrugs

mostly akak just join sukan je, handball, futsal, badminton, softball dan rugby touch. hahaha game yang paling akak suka handball. kalau kena team korang tu jenis yang sempoi, best weh kawan ngan diorang. tapi kalau jenis team tu emm kau kau aku aku, mang bosan la. AKU SAYANG TEAM HANDBALL 16 !

sekarang ni bercakap pasal kolej an? okayyy back to the real topic haha

what do i know, kolej 16 kalau budak baru ni blok perempuan 4 orang 1 bilik dan blok laki 2 orang 1 bilik. pada student perempuan, hampa kena la bersabar dan jangan terkejut beruk bila masuk bilik tu kan. akak dulu masuk, mak aihhhh sempitnyaaa. tapi lek ahhh sempit cenggini pun aku sumbat jugak 5 member lepak sini makan dominos bagai. tapi kalau sem 2 tu uolls nak pindah blok boleh, kolej 16 ada blok perempuan yang 2 orang je dalam 1 bilik. BUT! it is located far away from cafe and bus stop.

abaikan jela kalau sepah hahaha




ruang antara katil tu muat untuk solat ja. siap ada divider kan hehe kat sebelah tu ada dua lagi katil. so semua 4 orang la kan. hopefully korang dapat sebilik dengan roommate yang sempoi.

biasa sangat la dengar cite kat putra confession pasal tak sebulu dengan rakan sebilik. yelaa, kalau dapat rakan sebilik yang tak reti nak hormat asyik nak buat bising ja tak kira kita tengah belajar sekali pun, tak reti kemas tempat sendiri yang boleh menyemakkan mata memandang, rakan sebilik yang mementingkan diri sendiri; rakan sebelah katil on lampu study pun tak bagi alasan dia nak tidur dan migrain oh pelisss ; , tolong hormat rakan sebilik sebab tak semua orang boleh tidur dengan lampu di'on'kan, dan mcam2 lagi.

kita share bilik wehh, jangan selfish ehh. kalau tak tahan sila angkat kaki keluar dari bilik.




dewan besar, biasa taklimat student akan tidur. tapi hati2, sebab fasi akan rakam or ambil gambar korang masa tidur. jeng jeng

lawan cheer.

masa orientasi, tengok fasi la jugak an, bantainya korang kena stay sampai lewat malam tu perkara biasa la. wake up early in the morning, before dawn haha. penat? yeahhh exhausted ! korang dah biasa an dengan penat orientasi kan? hahaha lek ahh

masa orientasi make sure suara tu tak mudah serak lah. sebab korang kena buat cheers lawan antara kolej. masa akak dulu, mang penat la nak cheers tapi masa lawan antara kolej tu best. siyes talk la. there are few videos were uploaded in last two years entry hee.

aduihhh apa lagi aku nak cakap pasal ni ehh. blur tetiba. haih. kalau dah mula hari kelas tu, korang kena get ready dengan map hahaha google map. mau sesat cari kelas kat upm ni. sedangkan senior pun boleh sesat nak cari kelas haha. nak pergi kelas, naik bas. kalau jalan kaki pun boleh. tapi cuma bila sampai kelas korang penat gila la.haha ada jugak kolej lain yang takde bas. kalau pergi kelas kena jalan kaki. mohon tabah yerr.

yasssss baru terpikir, kelas akak dari isnin sampai jumaat mula jam 8 pagi. marilah sesama kita rebut naik bas. hehehe

ehh, anything boleh la tanya hehe

anyway, semoga berjaya menempuh kehidupan seharian di yupiyem =)

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU !!!

Friday, 7 August 2015

HARGAI

keluarga
pasangan
kawan
dia hadir dengan seribu makna
s/he is there in all situation
senang mahupun susah
adakala kita
sedar ataupun tidak
kehadiran pihak ketiga
lupakan kita pada dia
ketiga membahagiakan
namun
saat kita
sedih
susah
kita mencari dia
kenapa
kenapa
kenapa
kerana dia lebih mengenali kita
kerana dia lebih memahami kita
kerana dia lebih sayangkan kita
hargai dia
biarpun dia tidak boleh jadi yang ketiga
tetapi jangan buat
dia seperti
tandas
tempat melepaskan susah kita
tempat melepaskan keinginan kita
tetapi
tempat kita melepaskan kasih kita
pada ketiga
wahai kita
hargailah dia


daripada : salimahfai

BUKAN MILIK KITA

cinta
perasaan yang hadir
tidak sama dengan perasaan sayang
ia datang tanpa perlu dipaksa
ia datang tanpa sedar
rasa yang kadang kita pun keliru
cinta
seseorang yang buat
kita terfikirkannya
tak kira masa
mahupun tempat
boleh tersemat memakan tahun
adakah itu cinta?
rasa yang sangat menggasak jiwa
ceria bila
dengar suaranya
ceria bila
terima text darinya
ceria bila
berjumpa dengannya
dengan cinta
tanpa sedar boleh mengubah diri kita menjadi
yang lain
yang kasar
jadi lembut
yang selekeh
jadi kemas
jika kita betul rasakan
cinta
cinta tidak salah
tetapi
jangan cinta terhadap seseorang
melebihi
cinta kita pada Allah

daripada : salimahfai

Tuesday, 30 June 2015

APA SALAH SI ISTERI

pada suatu hari, lahirnya seorang bayi di sebuah rumah usang yang didiami oleh sepasang suami isteri yang hidup dalam serba kekurangan. cahaya mata yang pertama. anak sulung adalah anak pertama ibu bapa belajar menjaga anak, anak pertama yang menerima kasih sayang ibu bapa. anak sulung dialah pertama dalam keluarga.

kehadiran cahaya mata yang kedua membuatkan anak sulung mempunyai teman bermain dan bergaduh. si ibu bertambah sibuk menjaga anak-anaknya dan si bapa bertambah semangat untuk mengubah cara hidup mereka.

alhamdulillah. dengan hasil titik peluh si bapa dan sokongan si ibu, keluarga itu dapat menjalani hidup yang lebih baik. dapat membina sebuah rumah yang lebih selesa. dengan bantuan kenalan si bapa, dia dapat membuka sebuah perniagaan. perubahan yang baik dengan usaha, sokongan dan juga bantuan.

ahli keluarga kian bertambah dan kehidupan mereka semakin senang. mungkin juga rezeki anak-anak. si bapa meluaskan perniagaannya dan disegani ramai. si ibu tidak pernah mengeluh dan tidak pernah menolak apabila si suami meminta tolong sedangkan dia juga bersusah payah menjaga rumah dan anak-anak mereka. isteri yang tidak mengenal erti penat dalam membantu suami. ada yang kata, berjayanya seorang lelaki itu dengan berdirinya seorang wanita di belakangnya.

namun, kehidupan ibarat roda. adakala kita di atas dan adakalanya kita di bawah. kehidupan tidak mungkin tidak diuji oleh-Nya. si suami mula belajar untuk mencari perempuan lain mungkin dia berfikir dia mampu untuk bernikah lagi. si isteri kecewa dengan perubahan si suami. sentiasa berfikir apa salah dia. apayang kurang dari dia. siang malam menangis. si suami keluar rumah berjumpa dengan perempuan lain dengan alasan ada urusan kerja.

si isteri sentiasa bersabar. namun dalam kesabarannya, adakala disebabkan tekanan, marahnya dilepaskan kepada anak-anaknya.

si suami kembali seperti sebelumnya apabila sudah menedari kesilapannya. dia memujuk isterinya yang telah disakiti.

setelah enam tahun...

perniagaan semakin maju. si bapa semakin berehat dari kerja apabila ada pekerjanya yang boleh buat kerja serta anak-anaknya dan isterinya juga membantunya.

pada suatu hari, si isteri tidak berpuas hati apabila si suami meletakkan nama adiknya sebegai pemilik sebuah perniagaan kedai makan. si isteri berhujah kerana adik si suami tidak pernah membantu suaminya tetapi dengan mudah mendapat nama sedangkan isterinya dan anak-anaknya tidak diberi apa. si suami menyatakan, adik beradik tidak boleh dicari tetapi anak-anak boleh dicari. si suami melebihkan adik beradiknya daripada keluarganya sendiri. sedih si isteri.

hidup keluarga adik si suami pula hidup semakin mewah mengalahkan keluarganya sendiri. ditambah pula si suami kembali mencari perempuan lain. lagi bertambah kecewa si isteri.

terdapat seorang pekerja suaminya yang tidak sanggup melihat isteri majikannya ditipu, dia memberi tahu semua perangai majikannya bila berada di luar rumah dengan buktinya. si isteri sudah tidak percaya kepada suaminya.

si isteri mula memberontak meminta itu ini. si suami mengadakannya.

si suami membawa si isteri berjumpa dengan teman wanitanya. isterinya semakin sedih apabila si suami melayan teman wanitanya seperti isteri sedangkan isterinya sendiri tidak dilayan. runtun jiwa seorang isteri.

isterinya bersetuju memberi izin untuk suaminya berkahwin lagi dengan bersyarat dan syarat itu tidak disetujui oleh si suami dengan alasan tidak mampu. dengan itu isterinya tidak akan memberi izin untuk si suami bernikah dengan yang lain. teman wanita suaminya tiba-tiba melarikan diri dan si suami berfikir disebabkan oleh si isteri. si isteri marah dan dipukul. apa salah si isteri?

si isteri membawa diri. anak-anak ditinggalkan. yang menanggung susah anak kedua. anak sulung tidak langsung membantu walaupun sudah habis belajar. anak kedua kepenatan menguruskan rumah, adik-adik dan sekolah. begitu juga si bapa tidak menolong.

tidak lama kemudian si ibu kembali kerana kasihankan anak-anaknya bukan kerana suaminya. si suami semakin meliar melayan wanita di luar sana. semakin banyak rahsia si suami yang dibongkarkan oleh pekerjanya dan si isteri mendengar penuh sabar. di samping itu, si isteri berdoa agar suaminya berubah.

setelah setahun lebih, apabila si isteri tidak dapat menahan sabarnya apabila si suami melampaui batas, si isteri mengamuk menghempas semua barang. tika itu, pekerja suaminya ada begitu juga ibunya. disebabkan si suami mahu orang nampak semua itu salah si isteri, si suami menendang si isteri dan memukul si isteri dengan kerusi di kepala. mengalir darah. tika itu juga si suami melafazkan cerai dan memaki hamun isterinya di hadapan semua yang ada. si isteri mengalir air mata bukan tanda sedih tetapi tanda gembira akhirnya beban dia menanggung sedih sudah bebas. lepas ini dia sudah tidak perlu berasa sedih disebabkan suaminya.

namun, sengsaranya tidak berakhir di situ kerana bekas suaminya menabur fitnah terhadapnya kerana tidak mahu orang sekeliling memandang hina kepadanya. bekas isterinya meneruskan hidup dengan hati yang dikuatkan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan bantuan sedikit oleh bekas suaminya. mungkin balasan, si bekas suami kembali bekerja keras kerana perniagaan yang sedikit goyah tanpa bantuan anak-anak dan juga isterinya yang telah diceraikan.

Friday, 19 June 2015

Salam Ramadhan al Mubarak 2015

Ramadhan pertama yang aku mulakan puasa di kolej. gembira sebab kita semua masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa lagi bagi kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah mari kita sedekahkan al-fatihah moga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. sedih bila kena bersahur sorang, berbuka sorang, tak dapat balik sebab first day puasa ada exam.

bila fikir balik, best ape sesekali berpuasa selain dari rumah family. kita dapat rasa kelainannya. bukankah hidup perlukan kelainan sesekali? ala bosan la kalau sama ja. eceh, bosan konon, padahal first day lagi dah sibuk pikir nak balik ah besok(hari ni) haihhh

dalam dilema nak balik rumah ni, sebab next paper hari isnin dan subjek ni susah oiii

selesai berbuka, pastu terawih, selesai terawih aku, cek fon sebab terdengar bunyi mesej masuk. whatsapp, dikejutkan dengan berita dari EEB yang anak buah dia meninggal jam 4 petang. innalillahiwainnailaihirojiun. semoga cikgu dan keluarga kuat hadapi ujian dari-Nya. walaupun dia kat hospital serdang yang sungguh dekat la jugak dengan kolej aku ni, tapi aku tak dapat nak jenguk sebab tak do transport. katanya meninggal sebab pneumonia. penyakit yang agak bahaya. semoga engkau di tempatkan di kalangan orang beriman dik. =(

jadi kita yang masih bernafas, sedarlah hidup ni bukan sahaja yang tua akan pergi duluan malah yang muda juga boleh kembali kepada-Nya dulu. beringat mati tidak memberi signal. selagi mampu menambah pahala buat bekalan di sana, maka kita tambahlah. di bulan Ramadhan ni kita di galakkan bersedekah. itu perkara paling mudah untuk menambahkan pahala. =)

SELAMAT BERPUASA DAN MENAMBAH PAHALA KEPADA UMAT ISLAM DAN KEPADA MEREKA YANG BUKAN ISLAM NAK JUGA TRY BERPUASA, SILAKAN. =) =)

Thursday, 4 June 2015

FINAL WEEK OF 6TH SEM

Sepatutnya minggu terakhir semester menjadi minggu paling lepak bagi setiap student. Tapi kali ni minggu paling busy, sbb banyak assignment yang nak kena hantar. Kami ni budak statistic kena hantar 5 assignment pada minggu ni. Tak termasuk presentation dan jugak aku ni yang ambik bahasa jepun kena buat oral, berdialog dalam bahasa jepun. Hectic week.
Tapi dalam busy pon rabu dan khamis ada jugak escape pergi tengok wayang haha. Cerita san andreas hari rabu dan khamis cerita insidious 3. Best! Insidious 3 seram. Tapi tak best bila dalam panggung wayang tu ada perempuan gedik sikit sikit nak gelak nak jerit. Kejadahnya kau nak gelak bila dalam cerita tu pelakon tu tengok syiling. Eh apa daa. Celah mana kelakar? Tak de wehh. Untuk both day, aku keluar tengok wayang kat the mines dan makan kat old town white coffee. Macam tak de tempat lain kan?? Haha nak buat macam mana kalau dah member nak makan kat situ, layan kan ajerrr.

Bila kerja semua dah siap, aku pon mula la bermalas malasan. Asyik nak tiiiiddooooo aje. Haih! *sigh

Pape pon kena sedar next week is study week. So means dah nak final exam. Kena la study kannnn.
Goodluck for those who will seating for final exam this june!

Thursday, 14 May 2015

FINAL TEST FOR THIS SEM

sambil revision untuk test pun masih boleh layan blog lagi      




















Friday, 1 May 2015

MARI KITA KOMPLAIN !

Setelah dua minggu kat kolej dan sekarang aku kembali ke rumah haha
Setahu aku aku dah bagi tahu kat mak yang aku balik khamis sebab kan 1 may jatuh pada hari jumaat kompem la aku balik khamis. Tapi bila mak tanya 

" akak balik jumaat kan?"

Aku jawab "iyaa".

Mengiyakan je. Saje.

Sekali aku sampai je kat rumah pukul 4 petang lebih, mak terkejut. Hahaha

"Bertuah punya budak. Cakap balik jumaat"

Haha nak buat cemana kan.

So, bila kat rumah lebihkan pada berehat ajelah. Malam tonton tv. Tv3. Mak tak sabar nak tengok rancangan YeKe. Aku pon yang tak pernah tengok rancangan tu turut serta layan je.

Aku tertarik dengan pengakuan para artis yang tak suka pada follower media sosial yang banyak pandang negatif kat diorang tu. Aku setuju. Rakyat malaysia macam tak da kerja lain dari menghentam orang dan menjadi keyboard warrior gaduh antara satu sama lain. Bila yang sorang dok hentam, datang pulak si back up. Ha gaduh la kome kat situ. Haha. Kelakar aku nengoknye. Artis tu pun ada perasaan. Jangan la benda yang tuduh dan sesuka hati nak hentam pandang negatif aje weh.

Tapi, bila orang nak komen yang baik macam, wahai artis jagalah aurat, jagalah pergaulan, jagalah itu ini bla bla bla. Orang hentam pulaklah diorang tu berlagak alim, berlagak ustazah, berlagak ustaz. 

Lahaiii. Ada baiknya diorang bagi nasihat. Dalam agama Islam kan menggalakkan saling nasihat kalau nampak mana tak betul.kalau kita nampak apa yang betul perlu dinasihatkan takut tambah melarat. easykan wahai para pengkomen kan, korang doakan ajelah yang artis artis tu berubah lebih baik. Bukan aku cakap artis tak baik, tapi yang tang seksi pakaian macam jarang gila tu kan, harap tak jarang dah, harap tak de skirt pendek dah tutop la betis tu.

Bukan takat artis ja, yang mana umat Islam dan juga diriku ini berubah lebih baik.

Amin.

Bila orang berpemikiran cetek

Adoiiii

Haaa aku tonton rancangan tu kan. Ada orang cakap la kan. Die tu suka cakap campur, alaa bahasa rojak english campur melayu. Emm untong la vocab ngan grammar cantekkk kan. Bagus la kalau mahir dalam bahasa inggeris. Digalakkan. Yelaa die pun banyak merantau ke negara orang takkan la nak cakap bahasa melayu kan. Mana la orang nigeria faham.

"Kalau kita cakap apa khabar kat orang nigeria, diorang mesti akan balas balik what are you talking about"

Hah?! Kau orang melayu macam memperlekehkan bahasa melayu.

Pernah tak awak fikir, kenapa orang jepun payah sangat nak cakap bahasa inggeris kat negara orang. 

Aku baru ja tonton rancangan something about talent lah kat AXN ni. Orang jepun jadi peserta dalam rancangan tu, si pengacara bertanya soalan dalam bahasa inggeris tapi dia balas dalam bahasa jepun. 

Agak agak lah kan, kenapa dia tak cakap bahasa inggeris sedangkan dia tahu bahasa inggeris. Padahal dia masuk rancangan orang yang speak english kottt bukan dia sesaja pi melancong. tak salah belajar tapi jangan sampai mengagungkan bahasa orang lain dan sampai bahasa sendiri pun kau terabur.

Cakap orang bahasa melayu terabur, kau pon tulis entry ni pon bahasa melayu terabur. Hahaha

Kbai

Monday, 27 April 2015

Budak malas basuh baju

Ambil kesempatan kejap bila petang tadi dah tido dan malam payah la pulokkkk nak tido . 

Aku ni budak malas

Ini statement

Hahaha

Baju sudah seminggu berlonggok dalam baldi   tak cukup baldi gantung lak kat memana yang boleh di sangkut . Lahaii busy bebeno ke cik oiii #busyday sangat . Malam ni gigih kan diri nak gak basuh baju . Sebab pakaian kecik dah habis .

Bila baju dah berlonggok ni kan . Engat mampu ke nak basuh manually ? Mang hidoknye ler aku ni budak malas nak pegang berus memalam gini . Mesin basuh kan hadooo . Apa guna pau adik aku duit syiling kalau tak guna mesin basuh kannn .

Tunggu mesin basuh baju setengah jam dan keringkan baju sejam . Habis lima hinggit weh . Tu tak kira lagi duit duoposen aku yang dimasukkan tapi paparan harga tu tak berubah . Aku pun tah kenapa macam leka je masukkan . Ngek ! Habis lapanposen

Selesai semua

Ambik baju punggah atas katil .

Sambung taip entry blog #thehonestfortoday

Baju tu sapa nak kemas weh??

Kol 1.40 pagi

'Aku nak tido je lah dengan pakaian berlonggok atas katil ni'

Malas punya pasal nak kemas kan . Tutop laptop setelah habis #thehonestfortoday2 . Kemas meja .

Aku si budak malas mula cari pakaian kecik dari longgokan 'emm banyak' . Sumbat dalam bekas kat almari . Tudung lipat dan gantung di penyangkut . Cari seluar pulak . Lipat dan letak di kerusi . Semua helai baju di kibas dan disangkut di penyandar kerusi .

Selesai !

Tutup lampu dan baring tidoooo .

Walaupun aku malas tapi aku tak mampu tempat tido aku sepah . #ituaku

Friday, 24 April 2015

SIKIT PASAL MATRIKULASI PAHANG, GAMBANG

assalamualaikum dan haiii

berapa minggu lepas budak lepasan spm baru dapat keputusan permohonan program matrikulasi . mesti korang tercari-cari pasal matrikulasi yang korang dapat kan?? 


jangan risau , sekarang ni maklumat semua di hujung jari je kan . apa lagi , google aje lah kan sonang . jangan la pada zaman maju ni korang hanya reti dok berwechat whatsapp facebook twitter instagram jerrr yang lain akak tak tahu apa lagi social apps yang korang guna . nak promote sikit lah , bukan nak promote ape kan , cuma nak promote pasal blog lah , korang jadilah blogger supaya senang sikit nak share cerita pengalaman korang contoh cenggini ramai budak nak cari makluamat pasal matrikulasi . 


okehh di sini hakak ni ex-student matrikulasi pahang batch 2011/2012. sapa nak jadi student KMPh meh ler ke blog sini cari info sikit-sikit hehehe


- masa batch akak tshirt KMPh ni ada dua , satu jenis cotton yang warna oren dan yang jenis kain jersi yang warna merah lengan biru . akak suka baju merah biru tu , sedap je bila pakai dan dua-dua baju ni masih cantik lagi sampai sekarang (2011-2015). tapi tshirt untuk batch korang lak tak tahu la warna apa dan macam mana kan. tapi haritu akak  ada nampak budak pakai baju tshirt KMPh tau, warna merah jenis cotton kalau tak silap lah.


- pasal bilik pulak akak tak banyak ambil gambar bilik tapi cukup la sekadar korang nak tengok kemudahan apa yang ada dalam bilik korang kan . katil, bantal, tilam, almari besi, meja belajar dengan 2 laci, kerusi, rak buku, bawah rak buku ada lampu (jadi kalau nak study sampai lewat malam boleh la tutup lampu utama ) , tempat sidai tuala atau sejadah semua ni korang ada korang punya sendiri. kipas ada jangan risau . satu bilik ada 4 orang ok la tu kan. bilik besar selesa. dalam bilik tu pepandai la korang nak beramah mesra , hormat rakan sebilik demi keharmonian korang setahun tu atau dua tahun tu. setiap aras ada 2 tempat sidai baju dan juga toilet. dalam toilet ada 5 bilik shower dan 5 jamban (*jamban, hahaha*) lah jugak kan kalau tandas tu. satu aras ada 41 bilik. ce lah kire bape ramai budak satu aras korang tu. hehe kalau nak mandi pagi  tu emm beratur laaa jangan risau kompom ada yang mandi dalam tandas. 



jangan cepat melatah ye, ni gambar bukan di usm walaupun meja tu ada sticker usm. laci tu bukan tak da, cuma akak keluarkan masa tu. lek eh
ni tempat akak yang agak bersepah sikit haha
haaa kemas gila kan?? ni sebab sumbat barang dalam almari . nak cuti 2 minggu kannn

- ok kat kmph ada blok A B C, setiap blok tu pecah pada dua blok A1 A2 B1 B2 C1 C2 . blok A dekat dengan dewan kuliah, blok C dekat ngan bilik tutorial dan blok B dengan makmal dan juga bangunan pentadbiran. antara blok 1 dan 2 kat tengah tu ada cafe. cafe besar tapi kalau besar mana pun time rehat kol 1-2 penuh jugak sebab tu akak jarang makan kat cafe kalau time rehat. baik makan kat bilik lagi best. boleh terus solat zuhur. makanan kat cafe bergantung pada orang yang niaga lah sedap ke idak, murah ke idak hehe tapi masa batch akak makan sedap gila kat cafe A. cafe blok akak lah. ada western food jugak tapi pasta tak da lah,chicken chop,fish n chip, sizzling *ye ke ejanya hmm, koteaw sup pehh sodap gila makanan feveret haha dan macam-macam lagi. akak dok matrik ni jadi bambam sebab banyak makan. tak tertinggal jugak ada kedai runcit berdekatan dengan student centre, kedai alat tulis, kedai buku, kedai roti. 

ni blok A2 ada lima tingkat tetapi tikat dua dipanggil aras 1 jadi ada 4 aras. bawah bilik korang tu ada rumah felo. felo ni lecturer korang jugak. ada bilik tv.


ni kat cafe C. tengok ada ABC ngan ABJ. hirup tengah cuaca panas sedap jugak kan. hehe

- pasal kelas pulak korang bakal ada kuliah di dewan kuliah, ada 6 dewan kuliah. ada makmal biology, fizik, kimia dan juga komputer pada yang dapat module 2 dan 3. makmal komputer atas library. pergi library ambil pintu lobby sebelah pintu masuk library ada lif naik aras 2. kat library ada juga kedai tapi kami lebih memanggilnya kiosk. kat kiosk tu korang boleh fotostat nota kuliah dan juga beli tiket bas. kat depan library ada cafe kecik tapi kat situ akak suka sarapan. sarapan feveret megi goreng dengan ayam goreng. fuhh sedap oi! 

haa nampak tak tu 3 pintu, dua pintu kat kiri tu pintu untuk masuk dan keluar library. pintu lobby tu nak g ke lif untuk ke makmal komputer kat atas.


motif akak letak gambar ni bukan nak tunjuk orang tengah buat keje tepi kolam tapi nak tunjuk belakang tu kiosk yang akak cakap sebelom ni. tak nampak sangat kan
ni antara dewan kuliah.
ni dalam library
dalam library, boleh la korang kalau nak baca newspaper
antara experiment biology bedah tikus. buat experiment ni best. siyes akak cakap. yang tak best buat report
bilik tutorial. korang kena hafal turutan nombor bilik tutorial moga korang tak sesat dan tak susah nak cari. banyak wehhh rasanya ada la kot 40.
ada 4 tingkat untuk bilik tutorial
ni makmal. nak naik makmal ni boleh guna tangga atau lif.

ni kelas agama. setiap sem ada kelas agama. kelas agama yang ni buat dalam surau. surau 2 tingkat okehhh
ni haa suraunya


jamuan makan di cafe B, kalau nak tengok baju yang akak cakap tadi. tuha oren ngan merah lengan biru

 - pasal orientasi akak dah cerita masa akak awal masuk matrik. so malas nak cerita lagi. cari la dalam tahun 2011.

ni Dewan Besar dan ini masa orientasi pakaian ditentukan oleh akak fasilitator korang tudung tu dibagi jugak. series talk, dewan ni panas gila kalau tengah hari mengalir peluh beb kat badan even korang dok diam je.
ni kat teluk cempedak. untuk setahun kat pahang 3 kali jer akak pegi. tak sah la kalau student tak jejak kaki kat sini
 
student centre yang akak cakap tadi.


aktiviti berkayak. bergantung pada cikgu koko korangla nak buat atau tak. tapi best weh. dalam ni weh. tapi cikgu akak cakap tak dalam ah, cuma paras dada itik je. 
*tapi dengar cite ada kejadian budak lemas kat tasik ni lepas batch kitorang

lepas berkayak berendam kejap. yang sini tak dalam. kaki boleh cecah dasar.
 - korang nanti akan ada sesi photoshoot. setiap kelas. ada yang candid dan juga ada yang formal. pastu gamba tu korang boleh beli. nak berframe pun boleh. tapi gambar akak sampai sekarang tak berframe. hehe

gambar sekelas yang wajib ada




haa ni masa public speaking. kat belakang tu ada kedai runcit, bakery, ada kedai buku.




haa panjang gila entry akak kali neh. hanya untuk korang yang bakal jadi student kolej matrikulasi. kalau tak cukup maklumat silakan bertanya. sangat sudi menjawab yaa.


hai adik2, jika ada sebarang soalan, boleh bertanya melalui :

1. komen di bawah


selamat menjadi warga matrikulasi dan semoga berjaya menempuh kehidupan di matrikulasi yaa


okbai

try

quote, how it supposed to looks like? hi hi, what the difference with the quote hi