Total Pageviews

Tuesday, 6 August 2013

berat mana mata memandang , berat lagi bahu yang memikul .

Assalamualaikum dan salam sejahtera

tidak dinafikan aku raya tahun ini dalam kesempitan..ujian dari Allah yang maha kuasa..

tapi dalam kesempitan aku sekarang ni..ada lagi yang lebih sempit dari aku..

dalam perjalanan balik selepas beli barang untuk juadah pagi raya di sungai besar*** kat simpang tiga***

jalan sesak..nak keluar simpang pun keta dok beratur macam kat kaunter bayaran..sempat lagi la aku nak mengusha dari dalam kereta tengok keadaan keliling..

dalam sedap mengusha..aku ternampak 4 orang ni..anak beranak kot..aku pasti..sebab ada lelaki macam ayah kepada 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan..

mereka berjalan kat tempat yang baru lepas ditebang pokok-pokok..

tengah hari 1.00 am ..panas woo..4 beranak ni jalan seperti mencari sesuatu..

mereka berhenti dan mengalihkan kayu di situ..aku tertanya-tanya apa yang diorang buat..

ohh..mencari besi buruk..besi tu panjang..aku dengan mak aku pelik..*takkan la nak bawak jugak besi panjang tu??**

dengan lusa dah nak raya..sekarang tengah hari yang panas terik diorang masih mencari besi buruk untuk dijual..sedangkan orang lain berpusu-pusu berebut membeli ayam,daging, dan lain bahan untuk raya..

keta jalan meninggalkan tempat tu..

mak isi minyak kereta..lepas tu terus balik..

ehh..orang tadi la..

laa..dia bawak jugak besi panjang tu naik moto dengan ada gerabak kat sisi moto..

aduhaiii..

bila lihat keadaan orang lain dah macam tu..aku rasa syukur sangat-sangat walaupun aku rasa agak kesempitan tetapi masih mampu memenuhi sedikit barang untuk raya walaupun tidak seperti sebelum raya tahun sebelum nii..

aku pun jadi semakin tak kisah bila kami raya dengan sedikit kekurangan..kerana ada lagi yang lebih kekurangan..

kita jadilah orang yang bersyukur kerana semuanya adalah rezeki yang ditentukan oleh Allah..
aku bersyukur walaupun kesempitan kewangan tapi aku masih mampu bahagia dengan mak dan juga adik-adik aku..aku sayang diorang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat..



No comments:

Post a Comment

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...