"Wahh,, bau aku ,, pehhh ,, bau kedai !! ni kalau sampai sekolah kompem kena perli habis . hehehe " dengan beriya aku menghidu bau yang melekat dari kepala sampai kaki . Dapat tak korang bayangkan macam mana aku hidu dengan hidung terjongket-jongket . Okkay . Berhenti berimaginasi . Bukan boleh percaya imaginasi korang tu . Ada yang melebih-lebih . Betul tak ??
Dengan semangat yang sukar ditafsir aku keluar dari bilik pergi ke dapur nak menjamah sarapan . Ehh , aku mana ada suka menjamah sarapan pagi2 buta ni , tak boleh masuk , minum boleh la . Macam hari2 lain , nescafe panas satu cawan . "Pergh! mesti mabeless nescafe mak aku ni!" hati aku berkata sebab tengok warna pun menyelerakan . Aku pun menghirup air dengan senyuman manis semanis kurma Yusuf Taiyob . =) . Gulp!! . Kenapa semacam air ni ?
"Mak!!!! kenapa buat air teh susu ? kenapa tak nescafe ? hurmm" panjang muncung aku dibuatnya .
Adik aku dah siap dengan pakaian prasekolah dia . Hensem . Itu je ayat yang terdetik kat fikiran aku . sebab adik aku ni tak comel hensem je , kalau dah besar macam mana la rupa dia kan ?
"Adik dah siap ? emm, wanginye anak mak ni " mak aku terus dapatkan adik aku yang sememangnya pandai menyiapkan diri sendiri walaupun baru berumur 6 tahun . Tak macam aku masa kecik2 dulu . seluar kecik pun mak aku yang pakaikan . hehehe . *blushing in red . Ops lupa nak bagi tahu , adik aku ni nama dia Hazim . Masalah dia ni kuat bebel lau ada sahaja yang tak kena kat mata dia mesti bising mulut dia . Aku kalau dia dah bising, automatik "Ehh , boleh senyap tak ? berdesing tau tak dengar adik bebel" bagus alhamdulillah pagi ni dia tak bising, risau jugak aku .
"Mak, akak nak gerak dulu, hari first kenalah cepat kann . Excited nii " aku minta izin nak pergi sekolah . Adik aku, abah aku yang hantar dan aku pergi naik motosikal sendiri **bukan ada lesen pun . kihkihkih . Selesai salam mak abah, aku gerak . Dia punya sejuk tak payah nak cakap la . naik biru tangan aku ni .
Aku tunggang motosikal dengan tenang, 60km/j . Sampai kat sekolah, jalan sesak . Biasalah, ramai budak yang rumah dekat jalan kaki pergi sekolah, diorang suka buat perarakan kat jalan tetapi perarakan jenis berteraburan . Payah jugak aku nak elak2 diorang ni .
"pinn! pinn! pinn! pinn!" aku membuat bising nak bagi diorang ketepi . "jalan macam tak belajar udang2!" hati aku membisikkan kata tak puas hati .
Aku melangkah masuk pagar sekolah . Mana aku nak pergi ea ? kelas belum tahu lagi . Jadi aku melangkah laju ke padang perhimpunan tempat biasa hari pertama murid berkumpul .
Aku dah nampak sasaran aku pagi ni . Dengan mata yang meleret senyuman sumbing cara jalan memang cara aku bak kata Cikgu Ida "macam gangster" sentap jugak dengar macam tu . Tapi apa nak buat , saya bukan ratu catwalk nak jalan lenggang lenggok .
"Weiii!!!!!rindu korang semua!!" aku menerpa ke sasaran aku tadi . Aku salam semua member aku . "Wahh, anak dara siot! nak pergi sekolah ke nak perni nikah ni ? nasib sekolah tak benarkan pakai baju berlabuci je. kalau tidak macam orang nak nikah cara korang ni . Lipgloss, eyeliner, dengan compact powder macam satu sehari dan beg, pehh , gurly habis!" dengan selamba aku membelek muka diorang .
Kawan aku ni memang kuat bergaya , dah besar katakan , aku je ni yang tak tahu bila nak berpakaian macam diorang . Tapi bila fikir balik, buat apa jadi macam diorang, membazir nak beli semua barang kelengkapan . haih .
Selesai taklimat pagi dan pengagihan kelas, kami semua bergerak masuk ke kelas . Alhamdulillah, kelas aku kat aras bawah ja . Nampaknya aku jarang la jumpa tangga tahun ni .
Dalam leka berborak dengan Syah dan Win , mata aku tertarik untuk mengintai kat tingkap yang dah pecah 1 keping . Laju gila dia jalan, dari gaya memang cikgu la , siapa lagi pakai baju kurung berwarna kat sekolah ni kalu bukan cikgu .
"wei! cuba korang intai tu . nampak tak laju cikgu tu jalan ? " aku menarik minat Syah dan Win .
"hahahaha..lajunye. kenapa macam nak kesini je jalan dia tu ?" Syah menambahkan lagi minat aku mengintai .
"Okay, dia belok ke sini" kami hanya mengintai kaki je, aku pun tak tahu kenapa kami tak tertarik nak tengok muka dia. Kami melihat dia berjalan tepi kelas kami sampai ke pintu .
"oh my! aku tahu dia siapa . dia guru kelas kita laa" bisik aku kat Syah dan Win .
Secara perlahan kami bergerak melihat ke hadapan kelas . Cikgu perempuan tu sibuk dengan telefon bimbit dia .
"Cikgu Katty" dengan perlahan kami menyebut nama cikgu tu . Cikgu Katty atau nama sebenar Cikgu Khatijah yang terkenal dengan perangai suka menyibuk hal orang lain . Tahun lepas teruk aku kena dengan mak sebab Cikgu Katty ni menceritakan cerita baik punya kat mak . Sejak itu, aku pandang dia kecik besar kecik besar .
Kami bertiga bergerak duduk tempat masing2. Aku duduk sebelah budak pandai ni, Nisha , jangan salah sangka, bukan Melayu tetapi India . hah? kenapa aku duduk sebelah dia ? nak buat macam mana , dari tahun lepas kelas aku telah disusun tempat duduk dan aku kena duduk sebelah dia kerana ikut formula cikgu yang menyusun tu, semoga aku dapat serap ilmu Nisha ni secara perlahan-lahan dan jadi pandai macam dia . hahaha .
"Hai " aku bersapa dengan Nisha macam P.Ramlee dalam cerita ali baba dengan 40 penyamun menyapa Ali Baba yang duduk atas pokok . Nisha buat muka pelik . "Senonoh sikit muka tu." aku berkata kat Nisha .
"okkay! Assalamualaikum dan selamat pagi . saya adalah guru kelas kamu , kelas 5 Adil . Saya nak kamu selesaikan pembayaran yuran sekolah minggu ini jugak saya tak mau ada yang bertangguh-tangguh menyusahkan saya je, saya mengajar Bahasa Melayu sebab saya memang mengajar Bahasa Melayu . Saya nak kamu sediakan 3 buah buku penulisan sebab saya tak suka kamu guna buku latihan yang kecik sebab subjek ini memerlukan penulisan yang banyak. Kerja mesti dihantar pada masa yang saya tetapkan kepada sesiapa yang tidak hantar pada masa yang saya tetapkan akan didenda , kamu tahu bukan saya denda macam mana ? kalau tak nak kena, ikut arahan saya..bla bla bla bla bla " Cikgu Katty membebel pada hari pertama dengan penuh bersemangat inilah baru betul hari pertama tahun baru semangat baru manakala aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri .
Sesi bersama Cikgu Katty berjalan dengan sangat sunyi . Siapa bercakap kena denda . Siapa yang nak hari pertama kena denda kan ?
***bersambung
No comments:
Post a Comment