Total Pageviews

Thursday, 25 July 2013

Part 1 ~ (belum ada tajuk)

Hari pertama persekolahan pada tahun akhir di sekolah . Menyiapkan diri dengan hampir 100% barang baru . Baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru, stokin baru, dan seangkatan dengannya . Semangat pun kenalah baru jugakkan . hehehe ( konon kadang2 hangat2 tahi ayam .. ye dok ?? ) . Ish ! mana boleh macam tu, tahun nak menghadapi SPM kenalah betul2 semangat kann . SPM kan penentu masa depan kita, terang lampu keputusan SPM nanti, cerah la masa depan kita . Bak kata cikgu2 kat sekolah, SPM adalah yang paling susah . Iyeke ?? kalau susah kenapa orang boleh straight A kan ?? Abaikan . 

"Wahh,, bau aku ,, pehhh ,, bau kedai !! ni kalau sampai sekolah kompem kena perli habis . hehehe " dengan beriya aku menghidu bau yang melekat dari kepala sampai kaki . Dapat tak korang bayangkan macam mana aku hidu dengan hidung terjongket-jongket . Okkay . Berhenti berimaginasi . Bukan boleh percaya imaginasi korang tu . Ada yang melebih-lebih . Betul tak ?? 

Dengan semangat yang sukar ditafsir aku keluar dari bilik pergi ke dapur nak menjamah sarapan . Ehh , aku mana ada suka menjamah sarapan pagi2 buta ni , tak boleh masuk , minum boleh la . Macam hari2 lain , nescafe panas satu cawan . "Pergh! mesti mabeless nescafe mak aku ni!" hati aku berkata sebab tengok warna pun menyelerakan . Aku pun menghirup air dengan senyuman manis semanis kurma Yusuf Taiyob . =) . Gulp!! . Kenapa semacam air ni ? 

"Mak!!!! kenapa buat air teh susu ? kenapa tak nescafe ? hurmm" panjang muncung aku dibuatnya . 

Adik aku dah siap dengan pakaian prasekolah dia . Hensem . Itu je ayat yang terdetik kat fikiran aku . sebab adik aku ni tak comel hensem je , kalau dah besar macam mana la rupa dia kan ? 

"Adik dah siap ? emm, wanginye anak mak ni " mak aku terus dapatkan adik aku yang sememangnya pandai menyiapkan diri sendiri walaupun baru berumur 6 tahun . Tak macam aku masa kecik2 dulu . seluar kecik pun mak aku yang pakaikan . hehehe . *blushing in red . Ops lupa nak bagi tahu , adik aku ni nama dia Hazim . Masalah dia ni kuat bebel lau ada sahaja yang tak kena kat mata dia mesti bising mulut dia . Aku kalau dia dah bising, automatik "Ehh , boleh senyap tak ? berdesing tau tak dengar adik bebel" bagus alhamdulillah pagi ni dia tak bising, risau jugak aku . 

"Mak, akak nak gerak dulu, hari first kenalah cepat kann . Excited nii " aku minta izin nak pergi sekolah . Adik aku, abah aku yang hantar dan aku pergi naik motosikal sendiri **bukan ada lesen pun . kihkihkih . Selesai salam mak abah, aku gerak . Dia punya sejuk tak payah nak cakap la . naik biru tangan aku ni . 

Aku tunggang motosikal dengan tenang, 60km/j . Sampai kat sekolah, jalan sesak . Biasalah, ramai budak yang rumah dekat jalan kaki pergi sekolah, diorang suka buat perarakan kat jalan tetapi perarakan jenis berteraburan . Payah jugak aku nak elak2 diorang ni . 

"pinn! pinn! pinn! pinn!" aku membuat bising nak bagi diorang ketepi . "jalan macam tak belajar udang2!" hati aku membisikkan kata tak puas hati .  

Aku melangkah masuk pagar sekolah . Mana aku nak pergi ea ? kelas belum tahu lagi . Jadi aku melangkah laju ke padang perhimpunan tempat biasa hari pertama murid berkumpul . 

Aku dah nampak sasaran aku pagi ni . Dengan mata yang meleret senyuman sumbing cara jalan memang cara aku bak kata Cikgu Ida "macam gangster" sentap jugak dengar macam tu . Tapi apa nak buat , saya bukan ratu catwalk nak jalan lenggang lenggok .

"Weiii!!!!!rindu korang semua!!" aku menerpa ke sasaran aku tadi . Aku salam semua member aku . "Wahh, anak dara siot! nak pergi sekolah ke nak perni nikah ni ? nasib sekolah tak benarkan pakai baju berlabuci je. kalau tidak macam orang nak nikah cara korang ni . Lipgloss, eyeliner, dengan compact powder macam satu sehari dan beg, pehh , gurly habis!" dengan selamba aku membelek muka diorang . 

Kawan aku ni memang kuat bergaya , dah besar katakan , aku je ni yang tak tahu bila nak berpakaian macam diorang . Tapi bila fikir balik, buat apa jadi macam diorang, membazir nak beli semua barang kelengkapan . haih .

Selesai taklimat pagi dan pengagihan kelas, kami semua bergerak masuk ke kelas . Alhamdulillah, kelas aku kat aras bawah ja . Nampaknya aku jarang la jumpa tangga tahun ni . 

Dalam leka berborak dengan Syah dan Win , mata aku tertarik untuk mengintai kat tingkap yang dah pecah 1 keping . Laju gila dia jalan, dari gaya memang cikgu la , siapa lagi pakai baju kurung berwarna kat sekolah ni kalu bukan cikgu . 

"wei! cuba korang intai tu . nampak tak laju cikgu tu jalan ? " aku menarik minat Syah dan Win . 

"hahahaha..lajunye. kenapa macam nak kesini je jalan dia tu ?" Syah menambahkan lagi minat aku mengintai . 

"Okay, dia belok ke sini" kami hanya mengintai kaki je, aku pun tak tahu kenapa kami tak tertarik nak tengok muka dia. Kami melihat dia berjalan tepi kelas kami sampai ke pintu . 

"oh my! aku tahu dia siapa . dia guru kelas kita laa" bisik aku kat Syah dan Win . 

Secara perlahan kami bergerak melihat ke hadapan kelas . Cikgu perempuan tu sibuk dengan telefon bimbit dia . 

"Cikgu Katty" dengan perlahan kami menyebut nama cikgu tu . Cikgu Katty atau nama sebenar Cikgu Khatijah yang terkenal dengan perangai suka menyibuk hal orang lain . Tahun lepas teruk aku kena dengan mak sebab Cikgu Katty ni menceritakan cerita baik punya kat mak . Sejak itu, aku pandang dia kecik besar kecik besar . 

Kami bertiga bergerak duduk tempat masing2. Aku duduk sebelah budak pandai ni, Nisha , jangan salah sangka, bukan Melayu tetapi India . hah? kenapa aku duduk sebelah dia ? nak buat macam mana , dari tahun lepas kelas aku telah disusun tempat duduk dan aku kena duduk sebelah dia kerana ikut formula cikgu yang menyusun tu, semoga aku dapat serap ilmu Nisha ni secara perlahan-lahan dan jadi pandai macam dia . hahaha . 

"Hai " aku bersapa dengan Nisha macam P.Ramlee dalam cerita ali baba dengan 40 penyamun menyapa Ali Baba yang duduk atas pokok . Nisha buat muka pelik . "Senonoh sikit muka tu." aku berkata kat Nisha . 

"okkay! Assalamualaikum dan selamat pagi . saya adalah guru kelas kamu , kelas 5 Adil . Saya nak kamu selesaikan pembayaran yuran sekolah minggu ini jugak saya tak mau ada yang bertangguh-tangguh menyusahkan saya je, saya mengajar Bahasa Melayu sebab saya memang mengajar Bahasa Melayu . Saya nak kamu sediakan 3 buah buku penulisan sebab saya tak suka kamu guna buku latihan yang kecik sebab subjek ini memerlukan penulisan yang banyak. Kerja mesti dihantar pada masa yang saya tetapkan kepada sesiapa yang tidak hantar pada masa yang saya tetapkan akan didenda , kamu tahu bukan saya denda macam mana ? kalau tak nak kena, ikut arahan saya..bla bla bla bla bla " Cikgu Katty membebel pada hari pertama dengan penuh bersemangat inilah baru betul hari pertama tahun baru semangat baru manakala aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri . 

Sesi bersama Cikgu Katty berjalan dengan sangat sunyi . Siapa bercakap kena denda . Siapa yang nak hari pertama kena denda kan ? 


***bersambung


Wednesday, 10 July 2013

NIKAH

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca . <3 <3

hehehe . excited ek nak tau pasal aq nikah ekk . lek ekk . sat g aq cita .

okkay . bukan dari A to Z . pasal apa ?? pasal aq nak NIKAHHHH !!!  hehehe . sapa tak excited kalau nak nikah ann . lagi2 dengan orang yang kita sayang annn . macam tu la . setiap pasangan yang bercinta pasti akan bersama sebagai sepasang suami isteri selepas nikah . waaaa . bestnyeeee . best ke ?? hehehe .

"aku nikahkan dikau dengan ..........dengan mas kahwinnya ........" 
"aku terima nikah ............ dengan mas kahwinnya........" AKU yang lafaz ... AKU?????????!@#$%^&*
hahahahahaha . pasan tak . ini adalah mimpi semata-mata . ada ka patut aq yang lafaz . cehhh!!!! aq bukan JANTANNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ehh . aq bukan LELAKI!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, 14 June 2013

KESAN AIR TANGAN ORANG TIDAK SOLAT .. hurmm

Nak kongsi satu lagi kisah benar untuk pengajaran semua umat Islam. Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
kisah benar
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Israq Mikrajsedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Nabi Muhammad S.A.W. nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.
Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran buat kita semua. In Shaa Allah
sumber dari ::
- See more at: http://fuh.my/kisah-benar-inilah-kesan-air-tangan-orang-yang-tidak-solat/#sthash.VWdNs7Fh.dpuf

Thursday, 6 June 2013

biar betul ?!

waaaaa....aq pon tak sure wujud betul2 or wujud main2 fon niii....
first time tgk...gelak ...hahahahaha
New iPhone 5S, iPhone 6 release date
iphone 6 and iphone 5

Saturday, 25 May 2013

KENDURI !

first time attend kenduri selama stay kat serdang ni..24 Mei kat rumah salah sorang member aq ada kenduri doa selamat..sempena abang dia nak nikah hari ni . 25 Mei..aq follow diorang ni hah ::

...WANI . SAYIDAH alias KAK CIK . NABILA alias Q . NAD . SHIEMA ...




THANKS TO NUR SYAZANA sebab jemput kitorang nii..makan sodap..air sodapp..makan free..
time balik masing2 excited dalam bas..hujan woo...air cond+sejuk hujan=sejuk3 !







GADGET

okkayy,,,welcome back to me !!!

seperti yang kita sedar sekarang ni kemunculan gadget-gadget yang berteknologi tinggi...
-telefon bimbit
-camera digital/DSLR
-laptop
-tablet
-teknologi sampingan yang relate dengan barang di atas

penulis ni tidak sepakar kepada mereka yang  gila gadget...haha..setelah lama menghilang..terus update pasal gadget ann...

dalam diri ini memang gilakan gadget..waa..lawanya...waaa..hebatnyaa..waa..canggihnyaa...

sekarang ni pesaing hebat antara iphone,samsung,sony dan blackberry sangat bersaing menghasilkan gadget terbaru dan terhebat.. iphone dengan iPHONE 5,,samsung dengan keluarga GALAXY...sony dengan XPERIA Z..sekarang ni ade pulak XPERIA ZL,,SP n ZR..wahh...bukan main lagi kann...blacberry dengan kemunculan Q10,Z10 n coming soon Q5..samsung tidak ketinggalan..selagi galaxy tu boleh beranak pinak..cucu cicit semua akan dilahirkan..gempak pasal NOTE 2..sekarang S4 pulakk..hahaha..iphone je tenang..tatau bila nak lahirkan anak yang ke 6..
130315-samsung-galaxy-s-4-02.jpg
S4

Lets-Not-Forget-About-The-Sony-Xperia-ZL.jpg
XPERIA ZL

sony-xperia-zr-announce.jpg
XPERIA ZR

sony-xperia-z_1.jpg
XPERIA Z

130318-sony-xperia-sp-02.jpg
XPERIA SP

Blackberry-Z10-Deals.jpg
Z10

130514110102-blackberry-q5.jpg
Q5

blackberry-q10-qwerty-keyboard-bb10.jpg
Q10

ni semua yang latest...klik je kat link nama setiap fon kalau nak tahu lebih pasal maklumat fon tu..nak tau harga pon boleh..sebab kat page tu harga updated.. jap.. GADGET BOOK . MOBILE MEGA MALL ok..ni home page..banyak lagi fon yang ade..mengikut klasifikasi tertentu.. semua di hujung jari jahh . 
selamat memilih kepada yang nak upgrade pasal fon or atau kepada yang nak membeli fon baru..korang leh compare fon mana yang terbaek . telah disediakan mana yang diorang prefer kepada korang..gud luck !
k bai !


Monday, 25 March 2013

MIMPI

Assalamualaikum n salam sejahtera semua =)

hurm . pe kabo ?? sihat ?? alhamdulillah lau sihat semuanya . =)
kalau tak sihat . cari la ubat .

hurm . sejak kebelakangan ni . 2 minggu ni laaa . aq tak tau pasal ape . aq tido petang ahad . kalau 2 minggu yang lepas aq mimpi benda yang membuatkan aq takot . semalam ( hari ni hari isnin ) aq mimpi . dan bila terjaga . aq menangis . panas je badan . sedih sangat . tak tahu kenapa bila bangun aq terus nak nangis . ='(

aq takot sangat . tapi . aq bersyukur dapat mimpi macam ni . membuatkan aq sedar .

aq dapat semua ni . selepas asar .

Wednesday, 20 March 2013

12 HARI

Assalamualaikum ,, salam sejahtera ,,

mula-mula sy nak minta maaf sekiranya ada salah silap yang dilakukan sama ada sengaja mahupun tidak , adakalanya apa yang dilakukan itu salah tidak disedari , diri yang masih muda , masih menuntut ilmu dari mereka yang berilmu , menuntut ilmu yang tiada sudahnya , 

hurm , minta maaf bukan sahaja di hari raya je , sedangkan Nabi Muhammad saw memohon keampunan pada Allah swt setiap malam , 

apa pendapat korang tengok diri aq macam nii , tingkah laku aq , pakaian aq , percakapan aq , ??

haha , 

kadang-kadang , nak mengubahnya pun susah , sudah sebati , tapi masih setia mengharapkan perubahan , 

okkay , 

aq harap nanti lau aq mati , aq tak nak dibedah siasat , menyiksa mayat , sakitttt , sebab aq tak sanggup tengok orang dibedah siasat , jadi aq pun tak nak gitu , 

aq harap hutang aq kat orang lain dapat dilangsaikan melalui wakil , iaitu mak aq sendiri , 

barang-barang yang aq ada ni , sesiapa yang sayang kat aq boleh ambik , tetapi gadget yang aq ada seperti telefon bimbit , laptop , dan seterusnya yang bakal dibeli biar adik aq yang ambik , adik aq pikah , 

duit kalau banyak setengah bagi kat orang yang lebih memerlukan dan setengah untuk adik-adik aq , walau tak banyak sangat , sikit pun jadi la , 

semua akaun yang aq ada harap dapat ditutup , akaun bank , fb , twitter , twoo , blog , n pape lagi , * kalau ada laa , 

aq nak semua keluarga , kawan-kawan , cikgu-cikgu , kenalan semua la tahu aq sayang semuanya , 

kenapa aq buat macam ni ?? 

sebab aq sedar bila-bila kita boleh mati , siapa tahu , esok ? lusa ? 

jadi , sedarkan diri , sediakan diri dengan amal ibadah , timba pahala banyak-banyak , buat bekalan , kita tak tahu berapa banyak dosa kita , berapa banyak pahala kita , 

jadii , aq mohon maaf sangat-sangat , kalau korang pun minta maaf kat aq , aq sudah maafkan , aq maafkan semuanya , 

terima kasih , buat aq sedar , hidup kat muka bumi ini tak lama , aq cuba perlahan-lahan , =))

Monday, 11 March 2013

SNAP ! snap !


Assalamualaikum . 

holaaaa . jumpa lagi dengan post gambar-gambar . cuci mato sat nehh . 
waktu pagi masa nak g ellis lab . 

edited =)
ori =)
lepak kat DATARAN MERDEKA . 
no edit =)
edited . lawo dok ?? =)

boring dok nunggu orang ..
senget =)
peace yawww =)
tak garu kepala . letak tangan ja . =)

snap sambil makan CHAR KO TIAWW !! =))

waaaa . diterangi cahaya lampu jerrr =)
zoom sikittt . sy tak de NIKON nak dapatkan pic yang ohsemm =))
using night mood =))
using party mood =))
jalan-jalan kat pavilion . ternampak 1 benda baru bagi aq . handymade . ramai orang dok kerumun . ambik tester . comellll . various . 

strawberry . domo . frogy . 2 lagi tak engat ape ayat dia . wink ! =))
semua ini membuatkan aq happy . dan sayang dapat kawan macam nii . sanggup layan ja karenah aq macam mana pun . layan je . kadang-kadang tangan aq ni uncontrolled . sori la yerrr . but member-member aq ni cakap . as long as you happy with that . 
thanks derrr . 

Sunday, 10 March 2013

NOVEL !!

ASSALAMUALAIKUM . 
holaaa(spanish) . saludable ??(sihat?)

ngade la nak cakap spanish plak . hurm . seperti yang diperkatakan sebelum ni . 
ini la semua novel yang aq adooo . 


Add caption
Add caption
           


Add caption
Add caption
      
-kampung girl- * -siapa orang gajiku- * -serasi sehati- * -maaf jika aku tak sempurna- * -lafazkan kalimah cintamu- * -the wedding breaker- * -cinta itu milikku- * -piliham mama- * -andainya bukan untukku- * -isteri separuh masa- * -hello mr. perfect- * -kalau memang harus begitu-

Add caption

Add caption

ni yang baru beli . guna baucerrrr . huhu . no diskaun . cett

ni buku rujukan . bukan novel . yang di buka bila nak buat soalan tutorial sahaja . 

kepada yang belum start membaca novel . bestt oo . lau baca novel . jangan suka skip2 . nanti tak dapat nak menjiwai apa yang di baca . lau tengah baca . cuba letakkan diri anda dalam situasi itu . lagi syiokkkk . 

try

quote, how it supposed to looks like? hi hi, what the difference with the quote hi