Total Pageviews

Saturday, 25 May 2013

KENDURI !

first time attend kenduri selama stay kat serdang ni..24 Mei kat rumah salah sorang member aq ada kenduri doa selamat..sempena abang dia nak nikah hari ni . 25 Mei..aq follow diorang ni hah ::

...WANI . SAYIDAH alias KAK CIK . NABILA alias Q . NAD . SHIEMA ...




THANKS TO NUR SYAZANA sebab jemput kitorang nii..makan sodap..air sodapp..makan free..
time balik masing2 excited dalam bas..hujan woo...air cond+sejuk hujan=sejuk3 !







GADGET

okkayy,,,welcome back to me !!!

seperti yang kita sedar sekarang ni kemunculan gadget-gadget yang berteknologi tinggi...
-telefon bimbit
-camera digital/DSLR
-laptop
-tablet
-teknologi sampingan yang relate dengan barang di atas

penulis ni tidak sepakar kepada mereka yang  gila gadget...haha..setelah lama menghilang..terus update pasal gadget ann...

dalam diri ini memang gilakan gadget..waa..lawanya...waaa..hebatnyaa..waa..canggihnyaa...

sekarang ni pesaing hebat antara iphone,samsung,sony dan blackberry sangat bersaing menghasilkan gadget terbaru dan terhebat.. iphone dengan iPHONE 5,,samsung dengan keluarga GALAXY...sony dengan XPERIA Z..sekarang ni ade pulak XPERIA ZL,,SP n ZR..wahh...bukan main lagi kann...blacberry dengan kemunculan Q10,Z10 n coming soon Q5..samsung tidak ketinggalan..selagi galaxy tu boleh beranak pinak..cucu cicit semua akan dilahirkan..gempak pasal NOTE 2..sekarang S4 pulakk..hahaha..iphone je tenang..tatau bila nak lahirkan anak yang ke 6..
130315-samsung-galaxy-s-4-02.jpg
S4

Lets-Not-Forget-About-The-Sony-Xperia-ZL.jpg
XPERIA ZL

sony-xperia-zr-announce.jpg
XPERIA ZR

sony-xperia-z_1.jpg
XPERIA Z

130318-sony-xperia-sp-02.jpg
XPERIA SP

Blackberry-Z10-Deals.jpg
Z10

130514110102-blackberry-q5.jpg
Q5

blackberry-q10-qwerty-keyboard-bb10.jpg
Q10

ni semua yang latest...klik je kat link nama setiap fon kalau nak tahu lebih pasal maklumat fon tu..nak tau harga pon boleh..sebab kat page tu harga updated.. jap.. GADGET BOOK . MOBILE MEGA MALL ok..ni home page..banyak lagi fon yang ade..mengikut klasifikasi tertentu.. semua di hujung jari jahh . 
selamat memilih kepada yang nak upgrade pasal fon or atau kepada yang nak membeli fon baru..korang leh compare fon mana yang terbaek . telah disediakan mana yang diorang prefer kepada korang..gud luck !
k bai !


Monday, 25 March 2013

MIMPI

Assalamualaikum n salam sejahtera semua =)

hurm . pe kabo ?? sihat ?? alhamdulillah lau sihat semuanya . =)
kalau tak sihat . cari la ubat .

hurm . sejak kebelakangan ni . 2 minggu ni laaa . aq tak tau pasal ape . aq tido petang ahad . kalau 2 minggu yang lepas aq mimpi benda yang membuatkan aq takot . semalam ( hari ni hari isnin ) aq mimpi . dan bila terjaga . aq menangis . panas je badan . sedih sangat . tak tahu kenapa bila bangun aq terus nak nangis . ='(

aq takot sangat . tapi . aq bersyukur dapat mimpi macam ni . membuatkan aq sedar .

aq dapat semua ni . selepas asar .

Wednesday, 20 March 2013

12 HARI

Assalamualaikum ,, salam sejahtera ,,

mula-mula sy nak minta maaf sekiranya ada salah silap yang dilakukan sama ada sengaja mahupun tidak , adakalanya apa yang dilakukan itu salah tidak disedari , diri yang masih muda , masih menuntut ilmu dari mereka yang berilmu , menuntut ilmu yang tiada sudahnya , 

hurm , minta maaf bukan sahaja di hari raya je , sedangkan Nabi Muhammad saw memohon keampunan pada Allah swt setiap malam , 

apa pendapat korang tengok diri aq macam nii , tingkah laku aq , pakaian aq , percakapan aq , ??

haha , 

kadang-kadang , nak mengubahnya pun susah , sudah sebati , tapi masih setia mengharapkan perubahan , 

okkay , 

aq harap nanti lau aq mati , aq tak nak dibedah siasat , menyiksa mayat , sakitttt , sebab aq tak sanggup tengok orang dibedah siasat , jadi aq pun tak nak gitu , 

aq harap hutang aq kat orang lain dapat dilangsaikan melalui wakil , iaitu mak aq sendiri , 

barang-barang yang aq ada ni , sesiapa yang sayang kat aq boleh ambik , tetapi gadget yang aq ada seperti telefon bimbit , laptop , dan seterusnya yang bakal dibeli biar adik aq yang ambik , adik aq pikah , 

duit kalau banyak setengah bagi kat orang yang lebih memerlukan dan setengah untuk adik-adik aq , walau tak banyak sangat , sikit pun jadi la , 

semua akaun yang aq ada harap dapat ditutup , akaun bank , fb , twitter , twoo , blog , n pape lagi , * kalau ada laa , 

aq nak semua keluarga , kawan-kawan , cikgu-cikgu , kenalan semua la tahu aq sayang semuanya , 

kenapa aq buat macam ni ?? 

sebab aq sedar bila-bila kita boleh mati , siapa tahu , esok ? lusa ? 

jadi , sedarkan diri , sediakan diri dengan amal ibadah , timba pahala banyak-banyak , buat bekalan , kita tak tahu berapa banyak dosa kita , berapa banyak pahala kita , 

jadii , aq mohon maaf sangat-sangat , kalau korang pun minta maaf kat aq , aq sudah maafkan , aq maafkan semuanya , 

terima kasih , buat aq sedar , hidup kat muka bumi ini tak lama , aq cuba perlahan-lahan , =))

Monday, 11 March 2013

SNAP ! snap !


Assalamualaikum . 

holaaaa . jumpa lagi dengan post gambar-gambar . cuci mato sat nehh . 
waktu pagi masa nak g ellis lab . 

edited =)
ori =)
lepak kat DATARAN MERDEKA . 
no edit =)
edited . lawo dok ?? =)

boring dok nunggu orang ..
senget =)
peace yawww =)
tak garu kepala . letak tangan ja . =)

snap sambil makan CHAR KO TIAWW !! =))

waaaa . diterangi cahaya lampu jerrr =)
zoom sikittt . sy tak de NIKON nak dapatkan pic yang ohsemm =))
using night mood =))
using party mood =))
jalan-jalan kat pavilion . ternampak 1 benda baru bagi aq . handymade . ramai orang dok kerumun . ambik tester . comellll . various . 

strawberry . domo . frogy . 2 lagi tak engat ape ayat dia . wink ! =))
semua ini membuatkan aq happy . dan sayang dapat kawan macam nii . sanggup layan ja karenah aq macam mana pun . layan je . kadang-kadang tangan aq ni uncontrolled . sori la yerrr . but member-member aq ni cakap . as long as you happy with that . 
thanks derrr . 

Sunday, 10 March 2013

NOVEL !!

ASSALAMUALAIKUM . 
holaaa(spanish) . saludable ??(sihat?)

ngade la nak cakap spanish plak . hurm . seperti yang diperkatakan sebelum ni . 
ini la semua novel yang aq adooo . 


Add caption
Add caption
           


Add caption
Add caption
      
-kampung girl- * -siapa orang gajiku- * -serasi sehati- * -maaf jika aku tak sempurna- * -lafazkan kalimah cintamu- * -the wedding breaker- * -cinta itu milikku- * -piliham mama- * -andainya bukan untukku- * -isteri separuh masa- * -hello mr. perfect- * -kalau memang harus begitu-

Add caption

Add caption

ni yang baru beli . guna baucerrrr . huhu . no diskaun . cett

ni buku rujukan . bukan novel . yang di buka bila nak buat soalan tutorial sahaja . 

kepada yang belum start membaca novel . bestt oo . lau baca novel . jangan suka skip2 . nanti tak dapat nak menjiwai apa yang di baca . lau tengah baca . cuba letakkan diri anda dalam situasi itu . lagi syiokkkk . 

Monday, 4 March 2013

CAR PARK

Assalamualaikum dan salam sejahtera . wink !

setelah sekian lama blog ini tidak ber"update" . busy sikit . wuuu . busyKAH??
tak de laa . tak tau nak update apa . sekarang ni tau dah nak update apa . wuu .

aq keluar sat ngan member . nak g times square atas urusan nak terminate u mobile . dalam mencari parking .  dapat la parking kat underground kat 1 bangunan dapan times square nihh . kayy .

kat tempat tu berbayar . so kena la ambik resit . resit tu dibagi sendiri oleh mak cik jaga tah dari negara mana . yang member aq nih nak tanye sesuatu kat mak cik tu .

member : kak ( ambik ati la panggil kak nak bagi dia pasan muda ) , tempat parking i tutup pukul berapa??
cik jaga : ( jawab dengan kua . biase la . tempat parking underground mang la bising sikit dengan bunyi enjin keta ) rm2.50 sejam ! rm2.50 sejam !

member aq tanye lagi .

member : kak . tempat parking ni tutup pukul berapa ?? ( member aq cakap dengan volume kuat sikit dari tadi )
cik jaga : parking kat bawah ! parking kat bawah !

haha . dari situ aq assume die bukan warganegara Malaysia . sebab tak paham bahasa melayu . member aq pun terus jela p cari tempat nak park keta . dengan aq gelak je kat sebelah . member aq tak abeh2 ajuk balik dialog antara die ngan cik jaga tu . hahaha .

- the end -

Saturday, 2 February 2013

Sabtu !!

assalamualaikum n salam sejahtera .

hari ni 2.2.13 hari sabtu . ade latihan motor . ngan my mak . lis ni dari tahun lepas tak selesai lagi hal lesen motor ni . tunda sebab sambung belaja . hari ni baru selesai latihan . set masa untuk nilai dan test . kay 25 test 15 nilai . aq pun ok jer . dalam keadaan tak sedo lagi ni . 

mak : akak balik U bile ?
lis : akak balik esoknya (kire lepas 15 haribulan la )
mak : ok 

terus g Billion nak beli barang sikit untuk nak bawa balik U . baru 2 langkah masuk pintu Billion . selisih ngan orang yang baru selesai membeli .

(tak tahu nama 1) : terpaksa la beli beg ni . hari ni tak de plastik . 
(tak tahu nama 2) : ooo . 

mak : kak . hari ni hari sabtu la . 
lis : laa . mana ada plastik .

pa lagi . kua balik ahh . baru masuk 2 langkah . terus cepat undur 2 langkah keluar . huhuhu . terbantut nak beli barang laaa . 

dalam perjalanan balik . 

lis : mak !!!
mak : hah!!!!

terkejut mak lis . hahaha

lis : maaa . macam mane nak test moto ? akak dah balik . (cepat tengok kalendar kat fon ) alaa . hari isnin laa . macam mana ni ??
mak : nak g balik ke tempat tu?? 
lis : tak pe la . isnin nanti la . huh!

baru sedo tarikh tu 25.2.13 . sebelom ni lis macam tak sedo lagi yang dah masuk bulan 2 . jadi ingat 25.1.13 la tarikh tu . sebab akak kaunter tu cakap 25 haribulan pastu baru cakap 15 haribulan . lau die cakap 15 haribulan pastu 25 haribulan leh la sedo sikit . hurmm . nampaknya . ada yang habis ambil lesen motor bulan 7 . perghh . setahun nak ambil lesen motor . hebat tak !!! kau ada !! bak kata cikgu lis "bawak moto macam pelesit! tapi lesen haromm tak de.." tengokla anak murid sapa . jangan mara eh cekgo . tu pun lau baca . hehehe . tak pe la . setahun pun setahun la . baru la lesen tak rupa pak aji mata buta . bawak kenderaan tak tentu hala macam yang ada kat jalan raya sekarang ni . 

Wednesday, 30 January 2013

di mana inisiatif mereka ??

assalamualaikum n salam sejahtera .

hmm . ok . mungkin aq terlalu emosional kali ni . tapi tau la . either it is acceptable or not .
aq follow mak pindah ke selangor dari perak . adik-beradik lain pun follow . thats mean adik aq kena pindah sekolah laa .

SK!@!#@$#@%$#%^ . hangin aq kat beberapa pihak yang tak bertanggungjawab .

adik aq pindah sekolah pada bulan 6 tahun lepas . diorang dapat buku teks lengkap kat sekolah tu . tetapi . tahun ni adik aq yang tahun 3 tak dapat buku teks . sampaikan buku aktiviti pun tak dapat kesemuanya . alasannya . "masuk sekolah lambat . " lambat sangat ke?? bulan 6 kott . bukan bulan 10 .

aq dimaklumkan pihak yang bertanggungjawab akan mohon buku untuk tahun hadapan pada bulan 2 tahun ni . maklumla . buku baru . kirenye buku adik aq untuk tahun hadapan dah dimohon kat sekolah lama . tapi kat sekolah baru ni tak lagi . jadi . tahun seterusnya(mase die tahun 3 sekarang ni) dia tak dapat la buku . sebab tak termasuk dalam permohonan buku teks tu . masalahnye . KENAPA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB TIDAK AMBIL INISIATIF UNTUK MOHON BUKU TEKS SEDANGKAN ADA PENAMBAHAN BILANGAN MURID ?!

yang aq tak tahan . boleh pula die suroh mak aq buat antara 3 perkara ni ::::

1 ) mintak buku teks kat sekolah lama .
2) beli buku teks sendiri .
3) fotostat sendiri buku teks .

bile aq balik . aq ngan mak aq terpaksa la g jelajah kat setiap kedai buku . sampai 4 kedai buku kami pergi . yang dapat hanya beberapa buah buku .

pendapat aq awal2 lagi . penampilan dan perwatakan melambangkan keperibadian . (beberapa)penampilan yang tak meyakinkan dengan pakaian yang . hmm . entahla . hadoiiii . sian kat adik aq yang kena tanggung semua ni . nak belajar pun payah . hope masalh buku die tu leh la selesai ngan cepat . sebelom naik ke PPD ...

Tuesday, 22 January 2013

Pilih Kawan

Assalamualaikum n salam sejahtera

baek . di sini . biar sy menggunakan diri sy sebagai LIS . selesa ngan lis .

marcapada . kita hidup dalam kalangan pelbagai masyarakat . pelbagai orang yang semestinya memiliki pelbagai ragam . sifat-sifat yang tersurat dan tersirat . lagi-lagi hidup orang-orang bujang seperti remaja ataupun mereka yang belum mendirikan masjid . sedar mahupun tidak . hidup bujang mesti bebas berkawan . lelaki dan perempuan . dalam konteks berkawan ni . lis lebih menujukan kepada semua yang bergelar murid atau pelajar . kenapa murid atau pelajar ? kenapa tak pelajar je ?? tengok balik dalam pembelajaran bahasa Melayu . murid lebih ditujukan kepada budak sekolah . manakala pelajar ditujukan kepada budak kolej dan universiti ataupun institut pengajian tinggi .** kay . janganla plak nak pertikaikan perkataan yang lis guna kat dalam semua entry . dan termasuk entry ni sekali ehh .

dalam menuntut ilmu . kita perlu pandai memilih kawan . kenapa ?? semua mesti tau punya laaa . pengaruh paling besar dalam hidup kita ialah . kawan . kerana kawan . kita ikut dia buat baik . kerana kawan . kita ikut die buat jahat . opss ! nope ! lau bab jahat . tolong la jangan ikut . kita dikurniakan akal untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang jahat .

dalam konteks memilih kawan tak bermakna kita memilih kawan mengikut paras rupa . **lau tak lawa . isshhh . tak nak la kawan dengan die . tak lawa laa . **lau lawa . ehh . bestnye kawan dengan die . dah lawa . cantik . comel . putih . . . hmmm . ade tak yang berperangai gini ?? ade punya .

hmm . lain kes . pilih kawan ikut kepandaian .** lau orang tu pandai sikit ataupun mang pandai . ehhh . bestnye kawan ngan die ni . dahla pandai . senang la lau kawan ngan die ni . lau tak tau senang la nak tanya . **lau orang tu tak sepandainya kawan die lagi sorang tu . hmm . buat ape aq berkawan dengan die . bukan pandai pun . . . hmmm . pantang tahu orang tu pandai . mesti nak berkepit 24 jam sampai kawan die yang lagi sorang dibiar je begitu . tak baik laaa . yang baiknya . bila kita dah berdamping ngan orang pandai . kita pun kenalah share ilmu dengan orang yang kurang pandai . nanti jadilah sama-sama pandai . tak bagus cam gitu awok ?? BAGOS3x!

pilih kawan berdasarkan kedudukan . pilih yang kaya dan tak nak pilih yang miskin . haihhh . nak yang kaya-kaya ja . tak pe . ti aq salut badan aq ngan kaya baru korang tau . baru terbeliak mata korang tengok aq kaya . **mintak2 leh kaya betul2 . amin . amin . hehe . janganla memilih kawan . kesian kat kawan yang miskin tu . tak kan la nak bia die sorang2 . alaaa . ko tu kaya sangat ka sampai nak kawan ngan anak orang kaya ja . sat g yang miskin tu jadi kaya baru padan muka hang . kayy . dah terkeluar loghat utara .

pe lagi ehh . hah !! kawan memilih kaum . sekarang ni agak payah nak jumpa yang campur . kawan ikut kaum . hmm . campur la . baru nampak perpaduan . ! MALAYSIA !!!! huhuhu . promot sikit .

makin lama aq makin kehilangan idea laa . kay tuntasnya . kita perlu la pandai pilih kawan . lau nak memilih . biarla yang elok . pilih kawan yang mana boleh ikut . yang boleh kita jadikan teladan . contoh . mudah2an . kita pun jadi orang baik dari segi agama . perangai . pelajaran . amin . janganla memilih kawan sampai yang remeh temeh pun nak ambil kira . kayy . paham2 sendiri la ehh .

try

quote, how it supposed to looks like? hi hi, what the difference with the quote hi