Total Pageviews

Tuesday 22 January 2013

Pilih Kawan

Assalamualaikum n salam sejahtera

baek . di sini . biar sy menggunakan diri sy sebagai LIS . selesa ngan lis .

marcapada . kita hidup dalam kalangan pelbagai masyarakat . pelbagai orang yang semestinya memiliki pelbagai ragam . sifat-sifat yang tersurat dan tersirat . lagi-lagi hidup orang-orang bujang seperti remaja ataupun mereka yang belum mendirikan masjid . sedar mahupun tidak . hidup bujang mesti bebas berkawan . lelaki dan perempuan . dalam konteks berkawan ni . lis lebih menujukan kepada semua yang bergelar murid atau pelajar . kenapa murid atau pelajar ? kenapa tak pelajar je ?? tengok balik dalam pembelajaran bahasa Melayu . murid lebih ditujukan kepada budak sekolah . manakala pelajar ditujukan kepada budak kolej dan universiti ataupun institut pengajian tinggi .** kay . janganla plak nak pertikaikan perkataan yang lis guna kat dalam semua entry . dan termasuk entry ni sekali ehh .

dalam menuntut ilmu . kita perlu pandai memilih kawan . kenapa ?? semua mesti tau punya laaa . pengaruh paling besar dalam hidup kita ialah . kawan . kerana kawan . kita ikut dia buat baik . kerana kawan . kita ikut die buat jahat . opss ! nope ! lau bab jahat . tolong la jangan ikut . kita dikurniakan akal untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang jahat .

dalam konteks memilih kawan tak bermakna kita memilih kawan mengikut paras rupa . **lau tak lawa . isshhh . tak nak la kawan dengan die . tak lawa laa . **lau lawa . ehh . bestnye kawan dengan die . dah lawa . cantik . comel . putih . . . hmmm . ade tak yang berperangai gini ?? ade punya .

hmm . lain kes . pilih kawan ikut kepandaian .** lau orang tu pandai sikit ataupun mang pandai . ehhh . bestnye kawan ngan die ni . dahla pandai . senang la lau kawan ngan die ni . lau tak tau senang la nak tanya . **lau orang tu tak sepandainya kawan die lagi sorang tu . hmm . buat ape aq berkawan dengan die . bukan pandai pun . . . hmmm . pantang tahu orang tu pandai . mesti nak berkepit 24 jam sampai kawan die yang lagi sorang dibiar je begitu . tak baik laaa . yang baiknya . bila kita dah berdamping ngan orang pandai . kita pun kenalah share ilmu dengan orang yang kurang pandai . nanti jadilah sama-sama pandai . tak bagus cam gitu awok ?? BAGOS3x!

pilih kawan berdasarkan kedudukan . pilih yang kaya dan tak nak pilih yang miskin . haihhh . nak yang kaya-kaya ja . tak pe . ti aq salut badan aq ngan kaya baru korang tau . baru terbeliak mata korang tengok aq kaya . **mintak2 leh kaya betul2 . amin . amin . hehe . janganla memilih kawan . kesian kat kawan yang miskin tu . tak kan la nak bia die sorang2 . alaaa . ko tu kaya sangat ka sampai nak kawan ngan anak orang kaya ja . sat g yang miskin tu jadi kaya baru padan muka hang . kayy . dah terkeluar loghat utara .

pe lagi ehh . hah !! kawan memilih kaum . sekarang ni agak payah nak jumpa yang campur . kawan ikut kaum . hmm . campur la . baru nampak perpaduan . ! MALAYSIA !!!! huhuhu . promot sikit .

makin lama aq makin kehilangan idea laa . kay tuntasnya . kita perlu la pandai pilih kawan . lau nak memilih . biarla yang elok . pilih kawan yang mana boleh ikut . yang boleh kita jadikan teladan . contoh . mudah2an . kita pun jadi orang baik dari segi agama . perangai . pelajaran . amin . janganla memilih kawan sampai yang remeh temeh pun nak ambil kira . kayy . paham2 sendiri la ehh .

No comments:

Post a Comment

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...