Total Pageviews

Tuesday 30 June 2015

APA SALAH SI ISTERI

pada suatu hari, lahirnya seorang bayi di sebuah rumah usang yang didiami oleh sepasang suami isteri yang hidup dalam serba kekurangan. cahaya mata yang pertama. anak sulung adalah anak pertama ibu bapa belajar menjaga anak, anak pertama yang menerima kasih sayang ibu bapa. anak sulung dialah pertama dalam keluarga.

kehadiran cahaya mata yang kedua membuatkan anak sulung mempunyai teman bermain dan bergaduh. si ibu bertambah sibuk menjaga anak-anaknya dan si bapa bertambah semangat untuk mengubah cara hidup mereka.

alhamdulillah. dengan hasil titik peluh si bapa dan sokongan si ibu, keluarga itu dapat menjalani hidup yang lebih baik. dapat membina sebuah rumah yang lebih selesa. dengan bantuan kenalan si bapa, dia dapat membuka sebuah perniagaan. perubahan yang baik dengan usaha, sokongan dan juga bantuan.

ahli keluarga kian bertambah dan kehidupan mereka semakin senang. mungkin juga rezeki anak-anak. si bapa meluaskan perniagaannya dan disegani ramai. si ibu tidak pernah mengeluh dan tidak pernah menolak apabila si suami meminta tolong sedangkan dia juga bersusah payah menjaga rumah dan anak-anak mereka. isteri yang tidak mengenal erti penat dalam membantu suami. ada yang kata, berjayanya seorang lelaki itu dengan berdirinya seorang wanita di belakangnya.

namun, kehidupan ibarat roda. adakala kita di atas dan adakalanya kita di bawah. kehidupan tidak mungkin tidak diuji oleh-Nya. si suami mula belajar untuk mencari perempuan lain mungkin dia berfikir dia mampu untuk bernikah lagi. si isteri kecewa dengan perubahan si suami. sentiasa berfikir apa salah dia. apayang kurang dari dia. siang malam menangis. si suami keluar rumah berjumpa dengan perempuan lain dengan alasan ada urusan kerja.

si isteri sentiasa bersabar. namun dalam kesabarannya, adakala disebabkan tekanan, marahnya dilepaskan kepada anak-anaknya.

si suami kembali seperti sebelumnya apabila sudah menedari kesilapannya. dia memujuk isterinya yang telah disakiti.

setelah enam tahun...

perniagaan semakin maju. si bapa semakin berehat dari kerja apabila ada pekerjanya yang boleh buat kerja serta anak-anaknya dan isterinya juga membantunya.

pada suatu hari, si isteri tidak berpuas hati apabila si suami meletakkan nama adiknya sebegai pemilik sebuah perniagaan kedai makan. si isteri berhujah kerana adik si suami tidak pernah membantu suaminya tetapi dengan mudah mendapat nama sedangkan isterinya dan anak-anaknya tidak diberi apa. si suami menyatakan, adik beradik tidak boleh dicari tetapi anak-anak boleh dicari. si suami melebihkan adik beradiknya daripada keluarganya sendiri. sedih si isteri.

hidup keluarga adik si suami pula hidup semakin mewah mengalahkan keluarganya sendiri. ditambah pula si suami kembali mencari perempuan lain. lagi bertambah kecewa si isteri.

terdapat seorang pekerja suaminya yang tidak sanggup melihat isteri majikannya ditipu, dia memberi tahu semua perangai majikannya bila berada di luar rumah dengan buktinya. si isteri sudah tidak percaya kepada suaminya.

si isteri mula memberontak meminta itu ini. si suami mengadakannya.

si suami membawa si isteri berjumpa dengan teman wanitanya. isterinya semakin sedih apabila si suami melayan teman wanitanya seperti isteri sedangkan isterinya sendiri tidak dilayan. runtun jiwa seorang isteri.

isterinya bersetuju memberi izin untuk suaminya berkahwin lagi dengan bersyarat dan syarat itu tidak disetujui oleh si suami dengan alasan tidak mampu. dengan itu isterinya tidak akan memberi izin untuk si suami bernikah dengan yang lain. teman wanita suaminya tiba-tiba melarikan diri dan si suami berfikir disebabkan oleh si isteri. si isteri marah dan dipukul. apa salah si isteri?

si isteri membawa diri. anak-anak ditinggalkan. yang menanggung susah anak kedua. anak sulung tidak langsung membantu walaupun sudah habis belajar. anak kedua kepenatan menguruskan rumah, adik-adik dan sekolah. begitu juga si bapa tidak menolong.

tidak lama kemudian si ibu kembali kerana kasihankan anak-anaknya bukan kerana suaminya. si suami semakin meliar melayan wanita di luar sana. semakin banyak rahsia si suami yang dibongkarkan oleh pekerjanya dan si isteri mendengar penuh sabar. di samping itu, si isteri berdoa agar suaminya berubah.

setelah setahun lebih, apabila si isteri tidak dapat menahan sabarnya apabila si suami melampaui batas, si isteri mengamuk menghempas semua barang. tika itu, pekerja suaminya ada begitu juga ibunya. disebabkan si suami mahu orang nampak semua itu salah si isteri, si suami menendang si isteri dan memukul si isteri dengan kerusi di kepala. mengalir darah. tika itu juga si suami melafazkan cerai dan memaki hamun isterinya di hadapan semua yang ada. si isteri mengalir air mata bukan tanda sedih tetapi tanda gembira akhirnya beban dia menanggung sedih sudah bebas. lepas ini dia sudah tidak perlu berasa sedih disebabkan suaminya.

namun, sengsaranya tidak berakhir di situ kerana bekas suaminya menabur fitnah terhadapnya kerana tidak mahu orang sekeliling memandang hina kepadanya. bekas isterinya meneruskan hidup dengan hati yang dikuatkan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan bantuan sedikit oleh bekas suaminya. mungkin balasan, si bekas suami kembali bekerja keras kerana perniagaan yang sedikit goyah tanpa bantuan anak-anak dan juga isterinya yang telah diceraikan.

Friday 19 June 2015

Salam Ramadhan al Mubarak 2015

Ramadhan pertama yang aku mulakan puasa di kolej. gembira sebab kita semua masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa lagi bagi kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah mari kita sedekahkan al-fatihah moga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. sedih bila kena bersahur sorang, berbuka sorang, tak dapat balik sebab first day puasa ada exam.

bila fikir balik, best ape sesekali berpuasa selain dari rumah family. kita dapat rasa kelainannya. bukankah hidup perlukan kelainan sesekali? ala bosan la kalau sama ja. eceh, bosan konon, padahal first day lagi dah sibuk pikir nak balik ah besok(hari ni) haihhh

dalam dilema nak balik rumah ni, sebab next paper hari isnin dan subjek ni susah oiii

selesai berbuka, pastu terawih, selesai terawih aku, cek fon sebab terdengar bunyi mesej masuk. whatsapp, dikejutkan dengan berita dari EEB yang anak buah dia meninggal jam 4 petang. innalillahiwainnailaihirojiun. semoga cikgu dan keluarga kuat hadapi ujian dari-Nya. walaupun dia kat hospital serdang yang sungguh dekat la jugak dengan kolej aku ni, tapi aku tak dapat nak jenguk sebab tak do transport. katanya meninggal sebab pneumonia. penyakit yang agak bahaya. semoga engkau di tempatkan di kalangan orang beriman dik. =(

jadi kita yang masih bernafas, sedarlah hidup ni bukan sahaja yang tua akan pergi duluan malah yang muda juga boleh kembali kepada-Nya dulu. beringat mati tidak memberi signal. selagi mampu menambah pahala buat bekalan di sana, maka kita tambahlah. di bulan Ramadhan ni kita di galakkan bersedekah. itu perkara paling mudah untuk menambahkan pahala. =)

SELAMAT BERPUASA DAN MENAMBAH PAHALA KEPADA UMAT ISLAM DAN KEPADA MEREKA YANG BUKAN ISLAM NAK JUGA TRY BERPUASA, SILAKAN. =) =)

Thursday 4 June 2015

FINAL WEEK OF 6TH SEM

Sepatutnya minggu terakhir semester menjadi minggu paling lepak bagi setiap student. Tapi kali ni minggu paling busy, sbb banyak assignment yang nak kena hantar. Kami ni budak statistic kena hantar 5 assignment pada minggu ni. Tak termasuk presentation dan jugak aku ni yang ambik bahasa jepun kena buat oral, berdialog dalam bahasa jepun. Hectic week.
Tapi dalam busy pon rabu dan khamis ada jugak escape pergi tengok wayang haha. Cerita san andreas hari rabu dan khamis cerita insidious 3. Best! Insidious 3 seram. Tapi tak best bila dalam panggung wayang tu ada perempuan gedik sikit sikit nak gelak nak jerit. Kejadahnya kau nak gelak bila dalam cerita tu pelakon tu tengok syiling. Eh apa daa. Celah mana kelakar? Tak de wehh. Untuk both day, aku keluar tengok wayang kat the mines dan makan kat old town white coffee. Macam tak de tempat lain kan?? Haha nak buat macam mana kalau dah member nak makan kat situ, layan kan ajerrr.

Bila kerja semua dah siap, aku pon mula la bermalas malasan. Asyik nak tiiiiddooooo aje. Haih! *sigh

Pape pon kena sedar next week is study week. So means dah nak final exam. Kena la study kannnn.
Goodluck for those who will seating for final exam this june!

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...