Total Pageviews

Monday, 27 April 2015

Budak malas basuh baju

Ambil kesempatan kejap bila petang tadi dah tido dan malam payah la pulokkkk nak tido . 

Aku ni budak malas

Ini statement

Hahaha

Baju sudah seminggu berlonggok dalam baldi   tak cukup baldi gantung lak kat memana yang boleh di sangkut . Lahaii busy bebeno ke cik oiii #busyday sangat . Malam ni gigih kan diri nak gak basuh baju . Sebab pakaian kecik dah habis .

Bila baju dah berlonggok ni kan . Engat mampu ke nak basuh manually ? Mang hidoknye ler aku ni budak malas nak pegang berus memalam gini . Mesin basuh kan hadooo . Apa guna pau adik aku duit syiling kalau tak guna mesin basuh kannn .

Tunggu mesin basuh baju setengah jam dan keringkan baju sejam . Habis lima hinggit weh . Tu tak kira lagi duit duoposen aku yang dimasukkan tapi paparan harga tu tak berubah . Aku pun tah kenapa macam leka je masukkan . Ngek ! Habis lapanposen

Selesai semua

Ambik baju punggah atas katil .

Sambung taip entry blog #thehonestfortoday

Baju tu sapa nak kemas weh??

Kol 1.40 pagi

'Aku nak tido je lah dengan pakaian berlonggok atas katil ni'

Malas punya pasal nak kemas kan . Tutop laptop setelah habis #thehonestfortoday2 . Kemas meja .

Aku si budak malas mula cari pakaian kecik dari longgokan 'emm banyak' . Sumbat dalam bekas kat almari . Tudung lipat dan gantung di penyangkut . Cari seluar pulak . Lipat dan letak di kerusi . Semua helai baju di kibas dan disangkut di penyandar kerusi .

Selesai !

Tutup lampu dan baring tidoooo .

Walaupun aku malas tapi aku tak mampu tempat tido aku sepah . #ituaku

Friday, 24 April 2015

SIKIT PASAL MATRIKULASI PAHANG, GAMBANG

assalamualaikum dan haiii

berapa minggu lepas budak lepasan spm baru dapat keputusan permohonan program matrikulasi . mesti korang tercari-cari pasal matrikulasi yang korang dapat kan?? 


jangan risau , sekarang ni maklumat semua di hujung jari je kan . apa lagi , google aje lah kan sonang . jangan la pada zaman maju ni korang hanya reti dok berwechat whatsapp facebook twitter instagram jerrr yang lain akak tak tahu apa lagi social apps yang korang guna . nak promote sikit lah , bukan nak promote ape kan , cuma nak promote pasal blog lah , korang jadilah blogger supaya senang sikit nak share cerita pengalaman korang contoh cenggini ramai budak nak cari makluamat pasal matrikulasi . 


okehh di sini hakak ni ex-student matrikulasi pahang batch 2011/2012. sapa nak jadi student KMPh meh ler ke blog sini cari info sikit-sikit hehehe


- masa batch akak tshirt KMPh ni ada dua , satu jenis cotton yang warna oren dan yang jenis kain jersi yang warna merah lengan biru . akak suka baju merah biru tu , sedap je bila pakai dan dua-dua baju ni masih cantik lagi sampai sekarang (2011-2015). tapi tshirt untuk batch korang lak tak tahu la warna apa dan macam mana kan. tapi haritu akak  ada nampak budak pakai baju tshirt KMPh tau, warna merah jenis cotton kalau tak silap lah.


- pasal bilik pulak akak tak banyak ambil gambar bilik tapi cukup la sekadar korang nak tengok kemudahan apa yang ada dalam bilik korang kan . katil, bantal, tilam, almari besi, meja belajar dengan 2 laci, kerusi, rak buku, bawah rak buku ada lampu (jadi kalau nak study sampai lewat malam boleh la tutup lampu utama ) , tempat sidai tuala atau sejadah semua ni korang ada korang punya sendiri. kipas ada jangan risau . satu bilik ada 4 orang ok la tu kan. bilik besar selesa. dalam bilik tu pepandai la korang nak beramah mesra , hormat rakan sebilik demi keharmonian korang setahun tu atau dua tahun tu. setiap aras ada 2 tempat sidai baju dan juga toilet. dalam toilet ada 5 bilik shower dan 5 jamban (*jamban, hahaha*) lah jugak kan kalau tandas tu. satu aras ada 41 bilik. ce lah kire bape ramai budak satu aras korang tu. hehe kalau nak mandi pagi  tu emm beratur laaa jangan risau kompom ada yang mandi dalam tandas. 



jangan cepat melatah ye, ni gambar bukan di usm walaupun meja tu ada sticker usm. laci tu bukan tak da, cuma akak keluarkan masa tu. lek eh
ni tempat akak yang agak bersepah sikit haha
haaa kemas gila kan?? ni sebab sumbat barang dalam almari . nak cuti 2 minggu kannn

- ok kat kmph ada blok A B C, setiap blok tu pecah pada dua blok A1 A2 B1 B2 C1 C2 . blok A dekat dengan dewan kuliah, blok C dekat ngan bilik tutorial dan blok B dengan makmal dan juga bangunan pentadbiran. antara blok 1 dan 2 kat tengah tu ada cafe. cafe besar tapi kalau besar mana pun time rehat kol 1-2 penuh jugak sebab tu akak jarang makan kat cafe kalau time rehat. baik makan kat bilik lagi best. boleh terus solat zuhur. makanan kat cafe bergantung pada orang yang niaga lah sedap ke idak, murah ke idak hehe tapi masa batch akak makan sedap gila kat cafe A. cafe blok akak lah. ada western food jugak tapi pasta tak da lah,chicken chop,fish n chip, sizzling *ye ke ejanya hmm, koteaw sup pehh sodap gila makanan feveret haha dan macam-macam lagi. akak dok matrik ni jadi bambam sebab banyak makan. tak tertinggal jugak ada kedai runcit berdekatan dengan student centre, kedai alat tulis, kedai buku, kedai roti. 

ni blok A2 ada lima tingkat tetapi tikat dua dipanggil aras 1 jadi ada 4 aras. bawah bilik korang tu ada rumah felo. felo ni lecturer korang jugak. ada bilik tv.


ni kat cafe C. tengok ada ABC ngan ABJ. hirup tengah cuaca panas sedap jugak kan. hehe

- pasal kelas pulak korang bakal ada kuliah di dewan kuliah, ada 6 dewan kuliah. ada makmal biology, fizik, kimia dan juga komputer pada yang dapat module 2 dan 3. makmal komputer atas library. pergi library ambil pintu lobby sebelah pintu masuk library ada lif naik aras 2. kat library ada juga kedai tapi kami lebih memanggilnya kiosk. kat kiosk tu korang boleh fotostat nota kuliah dan juga beli tiket bas. kat depan library ada cafe kecik tapi kat situ akak suka sarapan. sarapan feveret megi goreng dengan ayam goreng. fuhh sedap oi! 

haa nampak tak tu 3 pintu, dua pintu kat kiri tu pintu untuk masuk dan keluar library. pintu lobby tu nak g ke lif untuk ke makmal komputer kat atas.


motif akak letak gambar ni bukan nak tunjuk orang tengah buat keje tepi kolam tapi nak tunjuk belakang tu kiosk yang akak cakap sebelom ni. tak nampak sangat kan
ni antara dewan kuliah.
ni dalam library
dalam library, boleh la korang kalau nak baca newspaper
antara experiment biology bedah tikus. buat experiment ni best. siyes akak cakap. yang tak best buat report
bilik tutorial. korang kena hafal turutan nombor bilik tutorial moga korang tak sesat dan tak susah nak cari. banyak wehhh rasanya ada la kot 40.
ada 4 tingkat untuk bilik tutorial
ni makmal. nak naik makmal ni boleh guna tangga atau lif.

ni kelas agama. setiap sem ada kelas agama. kelas agama yang ni buat dalam surau. surau 2 tingkat okehhh
ni haa suraunya


jamuan makan di cafe B, kalau nak tengok baju yang akak cakap tadi. tuha oren ngan merah lengan biru

 - pasal orientasi akak dah cerita masa akak awal masuk matrik. so malas nak cerita lagi. cari la dalam tahun 2011.

ni Dewan Besar dan ini masa orientasi pakaian ditentukan oleh akak fasilitator korang tudung tu dibagi jugak. series talk, dewan ni panas gila kalau tengah hari mengalir peluh beb kat badan even korang dok diam je.
ni kat teluk cempedak. untuk setahun kat pahang 3 kali jer akak pegi. tak sah la kalau student tak jejak kaki kat sini
 
student centre yang akak cakap tadi.


aktiviti berkayak. bergantung pada cikgu koko korangla nak buat atau tak. tapi best weh. dalam ni weh. tapi cikgu akak cakap tak dalam ah, cuma paras dada itik je. 
*tapi dengar cite ada kejadian budak lemas kat tasik ni lepas batch kitorang

lepas berkayak berendam kejap. yang sini tak dalam. kaki boleh cecah dasar.
 - korang nanti akan ada sesi photoshoot. setiap kelas. ada yang candid dan juga ada yang formal. pastu gamba tu korang boleh beli. nak berframe pun boleh. tapi gambar akak sampai sekarang tak berframe. hehe

gambar sekelas yang wajib ada




haa ni masa public speaking. kat belakang tu ada kedai runcit, bakery, ada kedai buku.




haa panjang gila entry akak kali neh. hanya untuk korang yang bakal jadi student kolej matrikulasi. kalau tak cukup maklumat silakan bertanya. sangat sudi menjawab yaa.


hai adik2, jika ada sebarang soalan, boleh bertanya melalui :

1. komen di bawah


selamat menjadi warga matrikulasi dan semoga berjaya menempuh kehidupan di matrikulasi yaa


okbai

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...