Total Pageviews

Monday, 22 December 2014

Being simple as possible

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Sekarang hari Isnin 22 Disember jam1037
Aku pergi bercuti ke pulau pangkor semalam dan balik hari ni.pergi dengan keluarga mak su,mak lang dan mak uda.
Kami pakat jumpa kat restoran teluk batik. Setibanya keluarga aku kat restoran tu aku tengok yang perempuan kemain lawa lawa.dress up sakan tapi bukanlah pakai dress labuh berlabuci tu.cuma berkemeja jeans tudung macam biasa berkasut or sandal. Plus diorang berbeg tangan. Aku??? Tshirt jersi handsock seluar yang bukan jeans dan tudung bawal buat ala lilit dan beg ada jugak cuma aku guna beg goodies fakulti yang aku beli baju kelab maths tu haa plus selipar.
Aku berpakaian macam tu sebab aku rasa kita cuma pergi bercuti dan bersantai. Pulau pangkor tu dah banyak kali aku pergi. Tshirt jersi tu pon aku pakai masa pergi pulau pangkor sebab senang nanti terus terjun laut tak payah nak tukar baju lain cuma seluar je yang tukar. Tak de lah nak bawak baju bebanyak.
Bila dah kat lumut kami jalan kejap sementara tunggu nak nyeberang ke pulau pangkor. Tup aku berjalan pergi ke mak cik aku. Aihhh cukup lazat lagi manis dia kutuk aku dari atas ke bawah. Cakap aku tak pakai celak or mascara, lipstik or pelembab, beg la ape laa. Die kata,anak dara kena la make up sikit, dulu masa raya elok pulak pakai celak . Aku balas la, ni nak pergi santai bukan nak pi beraya atau kenduri yang nak kena melaram dan save muka nak make up or melaram masa jadi pengantin. Aku admit memang aku lupa nak pakai pelembab bibir dan aku jugak malas nak pakai celak sebab sebelom tu aku nak pakai tetapi tak jumpa lagipon nak terjun laut sat gi ada pulak keliling mata hitam je. Tak ke seram orang nengoknye??lagi pon aku nengok muka orang komen tu pon bukannye elok beno.bedak tebal la tu sampai tompok2.padahal dah kawin kena la jaga muka untuk suami pastu tak kan la muka tu nak nampak tua sampai orang anggap mak aku ni lagi muda dari dia. Tak ke malu?
Aku pakai selipar sebab senang tak payah nak bawak selipar dalam beg kalau aku guna kasut lain. Sedangkan ada orang pi pavilion or mid valley pon pakai selipar jeee ok je aku tengok dan diorang selamba je. Sebab ape? Sebab dah biasa sangat diorang jejakkan kaki kat sana. Macam pulau pangkor ni ada sekali dulu setahun sampai 3 kali aku pi. Aku rasa ok je cara aku berpakaian as long as aku tak pakai cara yang corak bercampur dan warna terlampau banyak masa tu.
Psstt kalau nak bergaya pon ikut tempat dan keadaan.
Ok itu je.baii.

Tuesday, 16 December 2014

Kap ba ro kap alif ta nun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang hari selasa 16 disember jam 1712

Kap ba ro kap alif ta nun

Apakah itu??

Sapa tau dia bagos. Mesti masa sekolah rendah pendidikan jawi dapat full mark kan3.

Hahaha

Okeyy

Ianya adalah keberkatan.

Nal ceghita. Last two week aku bersama ahli kelas yang lain kena tazkirah dengan lecturer akaun. Haa mesti korang pikir macam kena marah kan?? Lebih kurang la jugak.

Apa yang korang tahu pasal keberkatan dalam menuntut ilmu??

Apa yang aku dapat masa tazkirah tu keberkatan macam masa cikgu or pensyarah ajar kat depan jangan la kite buat benda lain kat belakang. Tak baik tau.ape yang setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah ilmu yang bakala sukar kita peroleh kat mana2. Dalam buku pon tak da tau.mana ada dalam buku boleh cakap macam yang cikgu or pensyarah cakap.ade ke?? Kalau ada meh sini habak kat cekk. Hehe. Sekali kita terlepas ape yang mereka cakap, uihhh parah parah. Bukan parah ape,tapi parah takot tak paham laa.

Selain daripada itu,*haa kira macam buat karangan bm dulu kala la nii hehe. Berkata sesuatu yang buruk pasal pengajar. Hah!! Sapa pernah buat benda ni.umpat mengumpat. Ish korang nihh tak baik tahuu *sambil goyang jari telunjuk. Walau pengajar tu macam mana sekali pun. Sebab kita dapat ilmu dari dia. Die bagi kita ilmu.*ehh macam sama je bunyi die hehe.

Pastu kan pastu kan, jadikanlah kelas tu ceria. Sebab kalau dalam mood ceria ilmu mudah masuk tau.cuba kalau korang dalam mood marah,sedih atau selain mood ceria gembira, boleh tak korang nak fokus dalam kelas?? Boleh? Tak boleh kann..hehe

Emm okey lahh nak cau dulu. Nak solat asar.lepas tuuuuu nakkkkkkk... nak makan laaa.bukan nak tido.tak baik tido lepas asar tauu.dengar pesan mak nii.syurga bawah telapak kaki mak. Tak baik derhaka.

Ok bai!

Monday, 15 December 2014

Minggu akhir

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Hari isnin 15 disember 2014 jam 1235

Sejak dah boleh nak post entry guna fon kann aku dah boleh la nak beleter sambil baring.maknanya sekarang sedang menaip sambil baringlah hehe

Sekarang sebagai student upiyem dah sampai ke minggu akhir sebelum study week. Hari ni happy banget pabila rabu ni dah tak ada 2 kelas.fuhh lega

So.

Boleh la bangun lambat sikit.hehe

Eh! Solat subuh mesti la buat.lepas tu tido la balik.tapi kan.katanya kalau kita tido selepas subuh rezeki sukar nak masuk.hmm acano tu.apo nak dibuat rabu nanti ehh.

Pikir2 *sambil sumbat earphone kat telinga nak denga lagu feberet aku sekarang ni. Lagu selimut tetangga by republik

Aku rasa kann baik aku masuk lab dan buat lab assignment yang terakhir.hari khamis nanti tak payah la nak tenggek lama dalam lab. Its gonna be good idea right? I'll try to do it.

Tapi kan
Tapi kan

Rajin ke aku ni?? Hehehe

Try ler jadi rajin fai oi

Perhaps.

Ada lagi dalam 16 minit sebelom masuk waktu zuhur ni.pastu nak bersiap pergi kelas jam1400.

Okeyy babai uolls

What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...