Total Pageviews

Sunday, 12 August 2012

SEHARIAN

assalamualaikum

urm
selesai kursus tok lesen moto kat Asia Sg Besar . kul 12.30 tgh hari mak ambik aq and terus bergerak ke Teluk Intan . kitorang g ke The Store . biasalah nak raya ni kan . shopping lar . nk beli baju adik-adik aq . baju diorang kompem beli kat The Store TI . konon sebelum ni plan nak shopping kat Klang . tapi tak jadi . huhuhu .

kat TI . fuhh . sesak .

nak cari parking keta punyalah susah . maklum lar hari sabtu . masuk The Store . aiiyooo . manyak lamai la olang .

terus tanpa membuang masa . B.U.M menjadi pilihan . g cari baju adik-adik aq yang laki nihh . kurus and gemok . yang kurus longgar aje suarnye . yang  gemok ketat saje suanyer . haishh . yang terbaek adik aq yang bongsu dah plak pandai memilih baju . kena ikot cakap die lau nak milih baju . lau tak mulut itik dibuatnyer . lau die nak yang tu . kena beli yang tu . lau kite tunjuk lain die cakap " tak nakkkkkk !! " serentak ngan abangnye . hadoiii . abangnye ikot jer ape yang die pilih . bagosss abang . tahun ni buat first time baju adik laki aq 2 orang ni same . baju melayu n tshirt diorang . kuning , hijau , merah ,

dah selesai cari baju diorang , mak bawak adik gurl aq g cari baju , aq pun malas nak tunggu , aq bawak lari adik aq yang laki naik tingka atas sekali . ade pusat permainan .

adik aq laju je jalan oleh kerana semata-mata nak main . kat pusat tu dah tak macam dulu . tak best . huhu . tapi adik aq ape kire ? diorang main jer . n aq plak kena kua duit beli token . malas aq nak beli banyak sebab ukan ade pape yang boleh adik aq main pun .







kaur cepat aq hehehe . adik aq yang bongsu muncung manjang . bio jerrr .

mak dah ade kat tingkat atas sekali gak ngan adik gurl aq . mak cari gelas . mak . biasalah . tak sah lau raye tak beli set gelas yang baru . aq pun layan jer . tapi mang cantik . hehehe . aq minat yang gelas tinggi yang mak beli . simple tapi classss laa makkk . hehehe

turun plak bayar baju adik2 laki aq . less hebat !!!

tunggu nak bayar pun lame gak . huhuhu . then settle bayar . mak suoh aq ngan adik gurl aq cari kasut plak . HAWKEYE menjadi pilihan . aq pilih sandal . aq nak beli lagi 1 kasut kulittok dibawa ke U . 4 mata aq tertikam kasut jenama ALAIN DELON . huhuhu . tapi mak cakap lau nak beli 2 . t adik gurl aq pun nak 2 . so aq cakapbeli pas rayelarr .

dh settle sal kasut , kuar la ape ag . kunon nak g Billion plak . tapi mak malas nak jalan jauh . aq pun g masukkan barang kat keta . pastu kitorang wat pa ? masuk balik ke The Store . hehehe .

mak suoh aq cari baju . aq malas tol larrr . tapi . mak pilih baju mak . adik gurl aq pilih baju die . aq pilih baju aq . cantik gak . hehehe . layaaannnn . habis tak banyak pun . murah ! sape tak nak . huhu .

plan aq pas raye shopping ag . tok aq nak masuk U . sebab tu aq malas nak beli baju sekarang . huuuhuuu . gile aq nihh .

baju aq , adik gurl aq , n mak aq yang dibeli ukan tok raya . tapi saje2 . hehe . baju tok raya dah settle . hehe .

bukak posa kat Sabak Bernam . KFC  . pas bukak posa . sebelah tu ade kedai jual baju jenis2 sukan . aq layan . aq mang nak beli baju jenis jersi punya . layaaannn . LINE 7 & KAPPA ( kui kui aq xpenah dengar benda alah ni ) . duit bakal masuk akaun dari ayahanda pas raya ni . buleh beli lagi .

Tuesday, 7 August 2012

hui hui

gulap gulita

ALHAMDULILLAH



motip dulu sebelum cerita . hehehe .
mungkin blogger bekas pelajar matrikulasi lain dah hebah cerita pasal kemasukan ke IPTA terlebih awal . bukan ape . aq malas nak update sal ni sebab terlalu banyak problem yang membelenggu my brain . sakit pale sampai migrain aq dibuatnye .

sape tak happy kalau dah dapat tawaran masuk universiti . aq happy sangat . perbelanjaan aq rase sepatutnye mampu . tapi masalah yang menyebabkan jadi tak mampu . aq tak tau lar .

malas lar nak citer sal masalah . lau di citer penat plak korang nak bace . huuu

k bye

Monday, 9 July 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H

Sunday, 1 July 2012

no idea actually . . twiss . .


hm . . last week g ipoh . . settle up urusan mak . .tak decide nak g ipoh . .just planned nak g teluk intan jer . .but mak should starting from ipoh . .so i ask mak teruskan jer g ipoh supaya tak de na sibuk2 pada hari lain . .

kat ipoh . . menyumpah aq nak cari MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PERAK . . MANJOI !!!

hm . . both pic i took at McD teluk intan . .

hazim . . bongsu 
haziq . . kedua bongsu

motifnye sekarang nih . . style yang si bongsu n si kedua bongsu . . kedua bongsu agaklaaa skema die . . yang si bongsu . . hmmmm . . 

thats all . . 
trimas coz read this . <3 <3

Thursday, 14 June 2012

huh..rindu larr


hehehe...ni lar jenis fon yang aq pakai masa form5..my first fon..

ne lawo ? ?

Мобильный телефон SonyEricsson W350i Hypnotic Black
ni aq punyas



itam ungu...

aq sukka warna fon ni..lagi pun jenis housing yang bukan licin..agak kesat sikit..

Wednesday, 13 June 2012

fully of laugh

assalamualaikum

semalam cukup seminggu aq pindah..benda yang sepatutnya diuruskan belum lagi selesai..
aq ikut ma keluar g sabak..nak uruskan hal pikah(adik aq)..nak "cuci" gambar and print keje buku skrap die..haih..terpaksa la aq ngan ma yang buat..settle 2 keje tuh..aq ajak ma kuarkan duit kat akaun BSN aq..
nak diingatkan..lau ade akaun bank..rajin2 la selenggara akaun awok tuh..rajin kemaskini..rajin masukkan duit..and yang paling penting..rajin2 la kuarkan duit eh..jangan sampai ada akaun bank pun macam tak da ja...sebab tak tau apa

hm..nak dibuat cita..

aq nak kuar kan duit kat BSN..cehh...masuk ngan senyuman manis..maklumlaaa...nak penuhkan duit kat tangan..hehehe

*aq : macam mane maa? akak boleh ke nak kuarkan duit . .
*ma : pegila kat sane . . gi tanye orang tu . .
k..menurut perintah ..
ehem..ehem..ehem..
*aq : assalamualaikum..em..umo saye 19..boleh ke saye keluarkan duit.? :)
*pegawai1 : waalaikumsalam..em..kenapa?
*aq : ??
*pegawai1 : (sambil tersenyum sinis ) lau nak keluarkan duit, umo 12 tahun pun dah boleh ..
*aq : )(*&^%$#@! (dalam hati : ma niiiii.sambil tersengeh-sengeh aq pandang kat ma)

last aq masuk bank tu 15 bulan yang lalu
pegawai tu ok jep..tapi aq la..malu dehh..hadoiii..aq cakap ah nak terus wat kad..die bagi borang..

*aq : nak buat pe nih??
*pegawai1 : isi ..

aq pun menurut perintah isi la borang tuh..

yess!!!siap...cepat aq g kat kaunter..

*aq : em..dah..
*pegawai1 pegawai2 pegawai3 : ambik nombor dulu kat sane..
*aq : (terdiam)) :p

pok tebal muka aq weiii...ma gelak jer...aishh..
seb bek orang tak ramai..para pegawai tu pun satu hal..lau ye pun sorang je cakap tak boleh ker? sume nak cakap..hadoyy

tekan button..kuar kertas..wah..TOTO!!
3487..bhahahahaha
sapa ambik...kompem...first place...huahuahuahua

em...tak sampai 30 saat dah berbunyi makcik sorang tu..
3.4.8.7 kaunter 2..
hehehe

bek tak yah ambik no..wat bazir ketas je..

g kaunter 2..
ehh...nape aq tak pasan mamat nih? ensem ahh..hahaha

k..tak nak citer panjang...selesai urusan kad..
kuarkan duit 7k bahagi 10..

berjalanlah aq ke arah pintu bank tu..nak wat pa??
nak kuar la pa ag..
mak khusyuk layan mesej die..
k..dekat dah ngan pintu..
pintu pun automatik terbukak..
bukk!..
adoiii...syiannye ma aq..terhantuk pulak vha..
semua orang yang ade kat dalam BSN .. polis..rela..JPAM.. tengok kejadian tragis itu..
aq ngan ma..
hahahahhahahahahahahahahah
sampai la ke kereta gelak aq...


em..malam plak..
2 hari lepas fon ma terjun ke dalam kolam sinki...tu la..nak sangat gayut..
*ma : kak.fon ma nape yer? nak call orang tak boleh..
aq ambik fon ma..cek balance masih ok..kedit bertimbun..tarikh lame lagi..
aq pon tekan *139# kat fon aq..kuar la number..
aq try call no aq..
dapat sambung ngan fon aq..dekatkan fon kat telinga aq..
*aq : ma..sound fon ni problem ahh..tak dengar sangat...
jap jer..baru aq terperasan..
*aq : (dengan selamba) patut la tak dengar..pakai handfree..
ma tercengang..
bhahahahahaha!!!!!!!!!!
kihkihkihkihkihkihkihkihkih...
terkekek-kekek ma gelakkan aq..
tak lame tuh..aq pun turut ikut gelak...

hadoiii...
em..btw..aq ni tak cukup ilmu lagi nak wat awok sume tergelak...:)
k..itu sahaja coretan aq pada harini..
sekian..
wassalam..

uhh..ley tahan..ngee


XPERIA PLAY !!!!!

backside






Sunday, 10 June 2012

K E R J A ! !

abis metrik aq ase dalam 27 april...
tabiat bile dah pas abis metrik..

bangun lambat
makan masakan mak banyak-banyak
kuar lepak ngan member

lau aq itu je ah keje bile cuti metrik ni kan plak dah abis an..aq cadang nak start keje lepas sminggu duk kat umah..tapi mak suruh 1 mei masuk keje kat kedai runcit abah..umh nak wat camne an..kene lah ikut..

aq punya rule..
masuk keje kul 7.30pg balik kul 6ptg

tapi pe kan daya..rule aq hanya bertahan selam 3 hari je..huhu
aq kesiankan partner aq keje sorang2,tepakse la aq keje sampai malam..sampai kul 9mlm..ah mengong..

okay..keje jelah..
disebabkan aq keje sampai malam. so aq up lagi masa masuk keje aq..ikut sukka aq sampai kat kedai tu kul 8..bio ah abah nak marah..die tak plak nak mara sebab aq kene keje sampai malam..padahal aq da cakap awal2 yang aq nak keje sampai kul 6 jep..

aq keje terus tanpa rehat pada waktu keje and tanpa cuti..mengong..aq belaja pun ade cuti..lau aq cakap aq nak sambung belaja cepat boleh tak??hehehe..gara2 tension keje kat situ..

sebenarnye keje kat situ mang wat aq tension lagi2 bab nak tengok mukka orang yang  tak sedar di untung..bile nak mintak tolong yak amat la buat mukka senyum yang teramat la tak manis..dalam banyak2 senyuman..senyuman die la yang aq tak nak tengok..

aq keje kat kedai tu..dalam masa dua minggu 3 orang berenti keje..hahaha..nak tau sebab per?? yang sorang may be dah kecut lau aq masuk keje..sebabnye die keje dah naik kepala nak ngarah orang jer..meh sini lau berani nak ngarah aq..orang kedua..tak tahan asyik kena marah..orang ketiga..pun same la jugak tak tahan kena marah tapi die lau setakat marah die boleh tahan..die berenti pun sebab ade problem sal duit..takot dituduh mencuri..pakcik aq pg2 dok terjah die tnye sal duit..duit kurang 3ratus pg tuh..pdhal malam tu bagi banyak..nak kate bongok pun boleh gak..dah die yang gune duit 3ratus tu blei plak la lupe..dah petang baru la nak jelaskan kat pekeja tu..tapi pekeje tu dah balik a.k.a nak berenti terus..dua-dua bongok..tinggallah aq sorang2 keje...hampeh tol..seb bek aq dah timba sedikit ilmu selama 2 minggu keje berpartner..huh..sok pagi..nah ambik kaw..kena datang kul 7pg..padan mukka aq..elok2 leh datang kul 8pg balik kul 9mlm..terus jadi kul 7pg sampai kul 9 mlm..ish mengong ahh...

mang penat keje situ..nak wat keje kat belakang,depan,belakang,depan,belakang,depan...sapa ada bantu..time tengah hari and malam je ade yang bantu..sebabnye tengah hari barang sampai..malam kompem ramai orang...ponat...

tapi mula ri selasa pas 4 hari keje sorang2...mak cik aq istri kpd pakcik aq mai datang tolong...ok la jugak...tapi die sambil tu kena jaga anak die..huh..anak die anaqi yang cukup nakal...main..nangeh..main..nangeh..tido kejap jer...geram toi aq..tapi comeii..


uhh..sampai sini dulu my hasil nukilan..will be continue in the next post . .


try

quote, how it supposed to looks like? hi hi, what the difference with the quote hi