Total Pageviews

Wednesday 6 September 2017

NAK SAMBUNG MASTER?

Assalamualaikum,

Kehadapan para pembaca blog-ku yang tidak seberapa ini diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana hari-hari kalian? Diharap, kalian menempuhi hari-hari kalian dengan penuh nilai yang positif.

Ya, harini saya sangat berbasa basi. *senyum ayu

Kali ini saya sangat berbesar hati untuk menolong kalian yang sedang mencari-cari maklumat berkenaan persoalan yang di dalam hati kalian itu. Mahu sambung belajar atau tidak? Sambung belajar bagus atau tidak? Macam mana pula kalau mahu sambung? Bagaimana pula prosedurnya?

*bunyi seperti orang Indonesia pulaa

Let's move it

Di sini ingin mengongsikan (*betulkah ejaan 'mengongsikan' itu?) sedikit sebanyak pengalaman yang mahu sambung belajar peringkat Sarjana di UiTM. Aku telah menamatkan Sarjana Muda nya di UPM. Jadi aku tertanya-tanya sama ada mahu sambung di mana? Lalu aku membuat keputusan melanjutkan pelajarannya di UiTM. Kenapa?
  • Kerana dekat dengan rumahnya.
  • Kerana yuran lebih murah. *orang kata
  • Kerana tidak 2 tahun kalau sepenuh masa. *boleh jimat masa uuuiii
Antara sebab aku mahu menyambung pelajarannya adalah kerana:
  • Tertekan dengan keadaan sekeliling,  rakan sekerja. Mahu sahaja berhenti.
  • Terasa aku seperti tidak cukup ilmu bila sudah memasuki alam pekerjaan. Mana ada orang menggunakan sepenuh yang kita belajar bertahun-tahun di dalam alam pekerjaan. Sedangkan aku kerja sebagai Data Analisis tapi tidak tahu bagaimana mahu analisis BIG DATA, bagaimana lah itu. aduhh
PERMOHONAN

Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah *tahukah tidak lagu Raihan? *Hahaha

Baik, aku serius.

Dimulakan dengan bismillah, betulkan niat. Tetapkan dalam hati yang kamu betul-betul mahu sambung belajar. Sebab kena tahu dan tampal dalam minda, untuk LULUS kena gred A, -A, B+, B dan itu sahaja. B- itu bukan lulus. 

Pergi ke kaunter BSN yang paling jauh *sebab lagi jauh lagi berkat, usaha kannn

Tak, gurau gurau manja, 

Pergi ke kaunter BSN dekat ke jauh ke mana-mana, beli nombor pin (klik pada 'nombor pin' untuk terus ke jadual pembelian nombor pin) pihak BSN akan update jadual tersebut setiap masa. Permohonan ada 2 kali setahun untuk Coursework kemaasukan Mac dan juga September, tapi kalau Research sepanjang tahun ya. Harga RM50.06 (harga pin + GST). 

Sesudah itu pergi ke laman web IPSis untuk meneruskan permohonan. Isi lah segala tempat kosong yang boleh diisi. Isi betul-betul.

Ada beberapa lagi keperluan perlu dibuat silalah buat. Yang mana perlu dicop, pergilah cop. Kena jumpa lecturer U lama, pergilah jumpa.Tanya kabo ye.

Lepas itu, bila dah lengkap, hantar semuanya melalui pos pon boleh, nak hantar terus ke kaunter pun boleh.

Aku mohon untuk sepenuh masa, sebab fikir kelas macam biasa belajar degree dulu dan nak benti kerja.

PENANTIAN PENUH PENYIKSAAN 

Aku daftar memang lagi 4 hari nak tamat tempoh. Sangat kelam kabut. Sampai salinan yang kena ada cop pengesahan pon aku tak buat. Padan Muka. Hahaha. End up, aku sedar yang aku salah isi borang. LOL. Tah pasrah ke redha. Kalau ada rezeki, dapatlah.

Member cakap dapat result offer tu dalam sebulan setengah lepas mohon kalau tak silap. Bila dah sebulan setengah tu, hampir hari aku tengok ipsis tu, ada keluar ke tidak untuk semak permohonan.

Tiba la satu hari balik dari kerja. Aku tengok ipsis, ada link untuk semak permohonan berjaya or tidak. Masukkan ic number,

ALHAMDULILLAH, AKU DAPAT PELUANG.

Aku bersyukur sangat. Aku diberi peluang untuk sambung belajar. *dah macam sesi luahan

Sepanjang masa menunggu tu, aku macam dilema, adakah patut aku berhenti kerja? Aku banyak bertanya dan berkali kali aku bertanya pada rakan kerja yang dia pun sambung master juga. Dia buat sepenuh masa, tapi kelas dia sabtu dan ahad sahaja. Yang membezakan sepenuh masa dan separuh masa ni, kita boleh ambil jam kredit kurang 12 dan kita juga ada excuse bila kita terlampau sibuk dan banyak pula assignment. Itu yang rakan kerja aku cakap.

Maka, bila difikir fikir, aku tidak jadi untuk berhenti kerja, sekurang-kurangnya aku ada juga income bila belajar, tidaklah sengkek. KAH

PENDAFTARAN

Bagi pendaftaran, banyak benda juga perlu disediakan.

Bagi yang sepenuh masa, memerlukan laporan kesihatan, xray bagai tu perlulah. Bagi yang separuh masa tu, tak perlu. Cop pengesahan pun perlu. Aku sampai ke bangunan UMNO sana pi cari cop pengesahan sebab semua guru besar tak datang sekolah.

Yuran untuk kursus aku RM1958.00, aku bayar guna atm machine jerrrr.

Kalau nak buat penangguhan bayar yuran pun boleh. Nanti masa hari daftar, akan disediakan borang kuning untuk isi mohon tangguh bayar yuran. Don't worry. Aku bayar sehari sebelum daftar. Status belum update kepada telah dibayar. Jangan risau, fotostat resit bayar yuran, nasib tak perlukan cop pengesahan sebab aku fotostat masa dah masuk dewan untuk daftar, keluar uitm balik pergi seksyen 2 untuk fotostat. HAHAHA.

Semuanya ada 6 kaunter kalau tak silap.

  1. Kaunter yuran - kalau dah bayar, skip
  2. Kaunter kesihatan - serahkan xray & aku janji sahaja, yang lain buat penat isi. Gambar pun aku tak lekat.
  3. Kaunter kad pelajar - ambil gambar untuk kad pelajar. jangan risau gambar cantek ke tak, sebab nanti dia akan tanya, OK ke KO? It means, are you satisfied with your nerdy face? Kalau tak ok, boleh ambik lagi.
  4. Kaunter fakulti/daftar fakulti - kat sini ada la akak-akak fakulti. Neh, aku tanya macam mana nak tukar mod pengajian (akan diterangkan di bawah)
  5. Kaunter "ENTAH" *kena serah semuanya, untuk pastikan semua kita dah buat
  6. Kaunter kelab/persatuan pelajar

MASTER OF SCIENCE IN APPLIED STATISTIC

For master in applied statistics, it is same either full-time or part-time. All classes will be held from 6.30pm until 9.20pm on Monday to Friday. Maybe, on weekend as well.

Masa daftar kita akan disediakan dengan jadual kelas. Jadi tak perlu risau la pasal nak daftar subjek ape nanti dan ianya disertakan dengan hari dan masa sekali. Yeah bagus bukan.

Untuk Statistik Gunaan ada 2 aliran elektif yang kita boleh pilih, Business and Data Science. Pandai-pandailah nak pilih yang mana. Kalau boleh jangan la pakai pilih sebab pikir senang ke ape atau nak cabar diri ke apa kan, pilih kalau benda tu banyak kegunaannya. Guna masa kerja. Lainlah kalau nak jadi lecturer kan.

Lagi apa eh?

MOHON PERTUKARAN MOD PENGAJIAN

Akak tu cakap:-
  1. Isi borang mohon tukar mod pengajian yang ada kat ipsis
  2. Buat surat sokongan
  3. Hantar ke fakulti
  4. Dapatkan cop sokongan pensyarah anda yaa
SEPARUH MASA

Jadinya aku telah lulus masuk ke separuh masa. Aku telah bercadang untuk mengambil 4 sem dengan:-

Sem 1: 3 subjek
Sem 2: 3 subjek
Sem 3: 3 subjek
Sem 4: 2 subjek dengan disertation

Cadangnya lah hahaha

YURAN

Mengenai yuran, aku rasalah satu subjek RM300. Yuran lain lebih kurang RM600+-


maybe to be continued...






What Men Think

September 26, 9:15 am Me and some girl friends had some talk with a man who just considering he broke up with his girlfriend. We thought he ...